Monday, May 26, 2008

TOKOH ISLAM

Pengalamanku bersama Syeikh Ahmad Yassin di dalam penjara
Posted on Tuesday, March 22 @ 14:30:24 MYT by admin



Anonymous writes "Oleh : Saamir Khuwairah (wartawan www.islam-online.net) yang telah menemuramah Ir. Farid Ziadah yang pernah mendiami sel penjara bersama as-syahid Syeikh Ahmad Yassin.

Ketika pihak rejim Zionis Israel memberikan peluang kepada tahanan HAMAS di penjara pusat Nablus untuk ditukarkan ke Kufr Yuna pada tahun 1994, Farid Ziadah , salah seorang aktivis HAMAS yang dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis tidak melepaskan peluang tersebut. Ini kerana itulah sahaja peluangnya untuk bertemu dengan seorang individu yang hebat yang sentiasa beliau impikan untuk bertemu dengan individu tersebut.

Ketika beliau ditemui untuk di wawancara di rumahnya di sebuah kampung yang bernama Madama di Selatan Nablus, beliau telah mengimbas kembali kenangannya bersama Syeikh Ahmad Yassin di penjara Kufr Yuna yang tidak dapat dilupakannya. Beliau telah menceritakan bagaimana sepanjang tempoh beliau bersama dengan Syeikh Yassin di dalam satu sel untuk berkhidmat kepada pejuang agung tersebut dan amat berbangga dengan tempoh yang beliau habiskan untuk khidmat tersebut.

Ziadah menceritakan: Ianya semua bermula apabila para tahanan HAMAS diberikan peluang untuk berpindah ke penjara Kufr Yuna di mana Syeikh Yassin tinggal. Saya tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu lebih dekat dengan Syeikh Yassin yang merupakan satu gambaran kepada mukjizat keimanan di zaman ini.

Ziadah menambah lagi : Bukan hanya saya seorang sahaja yang berusaha untuk bertemu dengan Syeikh Yassin , malah ramai lagi yang terdiri daripada penyokong-penyokong dan murid- murid Syeikh turut meminta untuk bersama dengannya. Keadaan ini telah memaksa anggota- anggota HAMAS di penjara pusat Nablus untuk melakukan undi bagi memilih siapa yang layak untuk dipindahkan ke Kufr Yuna demi memberikan khidmat kepada Syeikh Yassin yang amat mereka sayangi. Ditakdirkan oleh Allah, Ziadah telah terpilih untuk tugas yang mulia tersebut.

Program seharian Syeikh Ahmad Yassin di penjara
Ziadah telah menceritakan hari-hari yang dipenuhi dengan kasih sayang, kerinduan, keimanan yang dilalui olehnya bersama dengan Syeikh Yassin dan juga keperitan yang dialaminya ketika berpisah dengan Syeikh tersebut, walaupun perpisahan tersebut adalah untuk pembebasannya dari penjara. Jika anda ingin memperkatakan tentang Syeikh Yassin, anda akan memperkatakan tentang program -program hidupnya yang padat, dan seolah-olah tubuhnya yang lemah itu bukanlah bekas untuk menampung ruh dan jiwanya yang besar dan aktif tersebut.

Beliau mengatakan : Beliau sentiasa bangun pada pukul 3 pagi untuk bertahajjud, membaca al-Quran sementara menantikan solat Subuh

Al-Quran sentiasa menjadi teman karib Syeikh Ahmad Yassin

Waktu-waktu selepas solat Subuh beliau habiskan untuk bersama dengan tuhannya dengan membaca al-Quran. Waktu-waktu tersebut seolah- olah melupakan beliau terhadap kesempitan hidup beliau di penjara dan membuka keluasan rahmat Allah di hadapannya. Aktiviti tersebut berterusan sehinggalah pintu sel dibuka untuk para tahanan keluar untuk bertemu di antara satu dengan lain di dalam kawasan penjara.

Waktu tersebut digunakan oleh Syeikh untuk mengambil udara segar dan bertemu dengan para tahanan yang lain. Ziadah dan juga rakan- rakan yang lain memapah Syeikh yang ingin bersama dengan para tahanan lain yang melakukan riadah. Ia menunjukkan seolah-olah Syeikh tidak mahu menyerah dengan lumpuh yang dihadapinya, dan seolah-olah beliau ingin membuktikan kepada pegawai-pegawai penjara bahawa beliau tetap bertenaga dan tidak akan menyerah kalah.

Kami juga akan mengurut dan menggerak- gerakkan sendi-sendi Syeikh sebagai salah satu daripada rawatan terapi untuk tubuhnya yang lumpuh itu, dan kami bagai dapat merasakan darah yang mengalir itu terkandung di dalamnya semangat perjuangan yang tidak akan terpadam. Selepas itu kami akan masuk semula ke dalam sel, di mana Syeikh akan berwudhu dan bersolat dhuha, sambung beliau.

Perpustakaan yang intensif di dalam sel yang kecil

Selesai sahaja solat, Syeikh akan mengkhususkan waktunya untuk ilmu. Dia akan segera dibawa ke perpustakaan mininya yang intensif dengan pelbagai buku di dalam selnya yang kecil. Beliau tidak jemu menatapi helaian-helaian buku di perpustakaan tersebut demi menajamkan pemikirannya. Menurut Ziadah, beliau bukan hanya membaca, malah daya ingatannya yang kuat telah membolehkannya menghafal maklumat hatta isi kandungan buku-buku yang dibacanya. Beliau amat menggemari buku gal-Bidayah wa al-Nihayah(buku sejarah Islam) karangan Ibnu Kathir yang mengandungi 20 jilid. Beliau juga sering meminta pembantu-pembantunya untuk menguji ingatan dan hafalannya terhadap apa yang beliau dapat dari buku tersebut. Lebih menarik lagi, beliau ingatkan muka surat yang terkandung di dalamnya maklumat yang beliau telah baca.

Selesai aktiviti keilmuan, beliau akan bersolat Zohor bersama dengan pembantu- pembantunya, dan akan tidur selepas itu selama sejam, dan apabila beliau bangkit dari tidurnya beliau akan menghabiskan waktu menonton rancangan berita televisyen, mendengar radio dan juga mendengar nasyid-nasyid Islami. Beliau amat menggemari nasyid-nasyid Islami. Selepas aktiviti tersebut, Syeikh akan segera ke perpustakaannya kembali untuk membaca sehingga tiba waktu Asar. Selepas Asar beliau akan membaca al-Quran yang menjadi wirid hariannya. Selesai sahaja menghabiskan wirid-wirid tersebut, beliau aka n makan bersama pembantu-pembantunya. Mereka hanya makan makanan yang mereka masak sendiri sahaja dan bukan yang disediakan oleh pihak penjara. Selepas itu mereka keluar bersama untuk beriadah. Waktu riadah mereka diasingkan daripada waktu riadah banduan-banduan jenayah, agar mereka tidak bertemu dan tidak diganggu.

Syeikh akan kembali ke selnya untuk berwudhu dan mempersiapkan diri untuk solat Maghrib bersama dengan yang lain. Usai solat Maghrib mereka akan menunaikan solat sunat sambil menantikan waktu Isyak. Selesai solat Isyak, mereka akan bertadarrus dan menyemak hafalan al-Quran mereka bersama Syeikh.

Tidak untuk bermalas-malasan dan membuang masa

Syeikh tidak sukakan keadaan santai dan bermalas-malasan pada waktu malam. Beliau juga tidak suka berjaga sehingga lewat malam. Beliau juga amat sedikit meminum teh dan tidak langsung meminum kopi. Biasanya mereka akan berehat- rehat sahaja sebelum tidur.

Semangat Syeikh Ahmad Yassin membakar sehingga kini walaupun jasadnya hancur di mamah roket rejim Zionis

Beliau juga seorang yang amat mudah mesra dan suka bergurau, tetapi tidak berlebihan. Walaupun keluarganya tidak dapat menziarahinya selalu, namun beliau tidak pula merasakan kesedihan seperti kebanyakan banduan yang sentiasa merindukan ahli keluarga mereka.

Ziadah juga menceritakan bagaimana Syeikh menghidapi sakit perut dan telinganya dan sentiasa sabar menghadapinya. Telinganya juga tidak dapat mendengar dengan normal, malah para pembantunya sering memasangkan ear-phone untuk Syeikh mendengar televisyen.

Rakan penjaraku

Ziadah juga sempat menceritakan ketajaman pemikiran Syeikh Yassin dan juga keperibadiannya yang diwarnai dengan pelbagai warna politik, figur agamawan, figur intelek dan juga universalitinya. Ini semua membuatkan Syeikh mudah didampingi dan didekati oleh sesiapa sahaja.

Beliau sempat menceritakan perihal gelas kecil milik Syeikh Ahmad Yassin yang kelihatan agak lama digunakan olehnya. Bila beliau menawarkan untuk menggantikannya dengan yang baru, Syeikh segera menolak dan mengatakan gelas itulah temannya di penjara semenjak dahulu lagi. Syeikh juga mengatakan saiz gelas itu sesuai untuknya menyukat bilangan air yang diminumnya seharian. Apabila dibalas oleh Ziadah bahawa beliau akan menggantikanya dengan gelas yang baru yang sama saiz dengannya Syeikh segera menjawab : gApalah untungnya menggantikan sesuatu yang lama dengan yang baru jika yang lama masih lagi elok

Perpisahan yang memeritkan

Ketika Ziadah menceritakan saat perpisahan beliau dengan Syeikh, beliau tidak dapat mengawal emosinya, dan air matanya bagaikan empangan yang pecah tanpa dapat dihalang alirannya. Kata beliau , Ketika pengurusan penjara memberitahu bahawa saya akan dibebaskan setelah selesai menjalani dua pertiga dari tempoh tahanan saya, saya langsung tidak berminat untuk keluar sepertimana halnya banduan-banduan yang lain. Saya merasakan keberadaan bersama Syeikh Yassin di dalam penjara lebih berharga buat diri saya, namun Syeikh memberikan semangat kepada saya untuk keluar dari penjara. Akhirnya saya akur dan menurut perintah Syeikh lantas keluar meninggalkan penjara tersebut.

Saat pengumuman pembebasannya oleh pihak mahkamah yang sepatutnya diserikan dengan perasaan kegembiraan bertukar kepada tangisan kesedihan kerana tidak sanggup menghadapi saat perpisahan dengan Syeikh Ahmad Yassin.

Seminggu sebelum tarikh pembebasannya dia berazam untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu dari Syeikh, namun semuanya berkecai apabila dia diperintahkan untuk dibebaskan dengan segera. Beliau walaubagaimanapun enggan meninggalkan Syeikh selagi pihak penjara tidak menghantar pembantu baru untuk Syeikh. Apabila seorang pembantu baru yang didatangkan dari penjara lain dihantar kepada Syeikh Yassin, barulah dia dapat meninggalkan Syeikh tersebut.

Saat perpisahan yang dilaluinya amat sedih dan pilu dan tidak mungkin beliau melupakannya. Dia masih terbayangkan bagaimana Syeikh Ahmad Yassin telah menyuruhnya pergi selepas beliau memeluk Syeikh dan tenggelam di dalam tangisannya. Susuk tubuh Syeikh melambaikan tangannya di lapang riadah masih terbayang di dalam kotak pemikirannya sehingga kini. Perpisahan kali pertama itu tidak akan dapat dilupakan sepertimana dia tidak melupakan perpisahan kali kedua apabila tubuh Syeikh Ahmad Yassin hancur dimamah roket tentera Israel.

Syeikh yang kuat berpuasa

Bukan hanya Ziadah seorang sahaja yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin. Sameeh Alawi, seorang anggota HAMAS dari Nablus juga pernah berkhidmat untuk Syeikh di dalam penjara selama 100 hari. Hari-hari bersama Syeikh Ahmad Yassin adalah saat-saat yang paling indah dalam hidupnya, walaupun sepanjang 100 hari tersebut mereka ditempatkan di dalam sel yang amat kecil yang tiada cahaya matahari dapat menerobos masuk ke dalamnya.

Sameeh ketika menceritakan perihal Syeikh Ahmad Yassin telah mengatakan : Syeikh akan bangun pagi dua jam sebelum solat Subuh untuk menunaikan Qiyamullail. Di siang harinya pula beliau amat rajin berpuasa. Beliau tidak ketinggalan berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Beliau juga banyak menghabiskan waktunya untuk membaca al-Quran, dan mendengarnya bersama dengan para pemuda di penjara. Syeikh membaca 3 juzuk dalam sehari dan mendengar bacaan al-Quran sejuzuk sehari. Syeikh amat gemar membaca buku al-Bidayah wa al-Nihayah, mendengar berita dan juga menonton rancangan-rancangan agama di T.V.

Menurut Alawi lagi : Para pemuda di penjara berlumba-lumba untuk berkhidmat kepada Syeikh. Mereka juga gemar mendengar kata-kata dan juga nasihat-nasihat Syeikh. Walaupun beliau tidak banyak bercakap, namun kata-katanya yang sedikit itu penuh dengan hikmah dan pengajaran.

Antara mereka yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau di dalam penjara ialah Syeikh Diyaf al-Samur dari Ramallah, di mana Syeikh telah menulis surat kepadanya dengan menggunakan tulisan tangannya sendiri dengan penuh kepayahan. Ini kerana Syeikh amat sayangkan beliau. Antara yang lain juga ialah Syeikh Naaji Sinqrit dari Khalil (Hebron), Syeikh Sameeh Zainuddin, seorang akauntan dari Bait Lid berdekatan dengan bandar Netanya, Syeikh Nidhal Abu Saadah dari Bait Dujan, dan juga Ir. Farid Ziadah dari Madama.

Hatta pegawai penjara pun sukakan Syeikh Yassin

Syeikh bukan hanya disukai oleh para pemuda muslim yang bersama dengannya, yang lebih menarik lagi, para pegawai penjara Israel yang berketurunan Yahudi pun ada yang mengkagumi dan menyukai beliau. Antaranya ialah salah seorang pegawai penjara yang merahsiakan namanya telah mengatakan : Saya tidak melihat apa-apa pun pada peribadi Syeikh Yassin yang menunjukkan beliau seorang pengganas.

Saya merasakan ketenangan dan juga berasa senang sekali jika dapat mengawalnya, hatta apabila berdiri berdekatan dengannya pun. Inilah yang mungkin dapat dirasakan oleh para pemuda yang telah berkhidmat kepadanya

Beliau menambah : Saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau (Syeikh) di dalam penjara ketika beliau bersama rakan-rakanya. Dan saya dapat merasakan bahawa HAMAS akan mengamuk jika Syeikh ini diapa-apakan oleh sesiapa pun. Beliau adalah bapa spiritual kepada HAMAS!. (Kenyataan ini telah dinyatakan oleh pegawai berkenaan di dalam sebuah rancangan Talk Show di salah sebuah rangkaian Televisyen Israel pada malam Sabtu 3 / 4 / 2003).

Note: sumber : maszlee malek"
Raed Shalah: Gerakan Internasional Membela Al-Aqsha Segera Launching

Infopalestina - Al-Quds: Syaikh Raed Shalah, ketua Gerakan Islam di tanah Palestina jajahan Israel tahun 1948 menegaskan, sebuah mobilisasi internasional untuk membela masjid suci Al-Aqsha akan segera digagas.
Dalam kasus tindakan melecehkan masjid Al-Aqsha ini, menurut Raed, tindakan Israel harus diajukan ke pengadilan internasional karena merupakan sebuah kejahatan. Raed yang melakukan aksi penentangan terhadap ulah Israel di wilayah lembah Al-Jooz di kota Al-Quds ini menambahkan, upaya mengeluarkan aksi para pengunjuk rasa yang menentang penggalian gerbang Al-Magharibah dari masalah hukum mengandung pesan yang mengancam Gerakan Islam. Upaya Israel ini akan gagal.
Pernyataan Raed ini disampaikan ketika ada kunjungan delegasi tokoh-tokoh Islam dan Kristen dunia di Al-Quds. Raed mengisyaratkan, upaya Israel ini bertujuan mengalihkan perhatian public dari kejahatan mereka terhadap masjid Al-Aqsha.
Ia juga menyatakan, kejahatan Israel ini masih terus berlanjut. Sebagai masjid Al-Aqsha sudah dihancurkan dan kontener Israel mengakut puing-puing sebagian bangunan yang sudah diruntuhkan. Raed meminta kepada media Arab yang merupakan suara Islam dan bangsa Arab sendiri serta Palestina agar kasus yang menimpa masjid Al-Aqsha menjadi headline mereka dalam setiap pemberitaan juga dalam setiap program tayangan.
Raed Shalah menyatakan, yang menyedihkan kejahatan Israel ini justru oleh media Arab, Islam dan Palestina tidak menjadi perhatian utama bahkan tidak ada.
Raed menegaskan tekadnya, bahwa pembelaan terhadap masjid Al-Aqsha akan terus berlanjut dan kini sedang disiapkan mobilisasi dan gerakan internasional untuk membela masjid Al-Aqsha. (atb) Berita lainnya:
2/26/2007 11:15:58 PM
39 Bocah Palestina Dibunuh Dalam 4 Bulan Terakhir

2/26/2007 10:55:16 AM
Penggalian di Al-Aqsha Masih Berlanjut

2/25/2007 5:50:10 PM
Hasil Polling : Mayoritas Responden Dukung Haneya jadi Presiden

2/25/2007 5:05:44 PM
Israel Gelar Operasi Militer di Nablus

2/25/2007 4:05:44 PM
Presiden Sudan Dukung Penuh Deklarasi Makkah

2/25/2007 3:05:44 PM
Barhoum : Misy'al Kunjungi Eropa Untuk Meraih Dukungan Terhadap Pemerintahan Persatuan Nasional

2/24/2007 7:29:17 PM
Komandan al Qassam Khan Yunis Dibunuh Orang-orang Bersenjata

2/24/2007 11:34:27 AM
Misy’al Minta Masyarakat Intenasional Cabut Embargo dan Arab Lindungi Kesepakatan Makkah


GAZA, 20/4/2004 ? Kalimat terakhir yang diucapkan Rantisi sebelum gugur syahid di Gaza mencerminkan ketinggian jiwa perjuangan seorang doktor pakar kanak-kanak ini. Inilah kenangan terakhir bersama Asy Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi.



Sebelum beliau gugur ia mengatakan,"Saya katakan kepada kalian agar kalian tenang, seandainya Rantisi, Az Zahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Sayyam, dan semuanya gugur syahid, demi Allah, kami akan bertambah gemilang dan semakin mencintai jalan ini. Tangan-tangan kita yang menggenggam senapang di dunia insyallah Allah roh-roh kita akan berpelukan di sisi Allah.Untuk itu, biarkanlah Sharon dan kaum konspirator menggantung harapannya di sini, dan kami akan meneruskan perjuangan ini. Jalan kami sukar dan berliku. Namun, inilah satu-satunya jalan yang menyampaikan kami kepada cita-cita kami. Demi perjuangan ini, mutlak tak ada kelemahan, menyerah, dan menghinakan diri."

Dengan kalimat perpisahan Rantisi kepada dunia fana yang semakin tua ini, Ia menyambut mati syahid dengan dada lapang. Beliau tidak bersembunyi dengan posisinya sebagai pemimpin Hamas, pengganti Syeikh As Syahid Ahmad Yasin. As-Syahid menyatakan,"Bukan menjadi rahsia Syeikh Yasin adalah pemimpin Hamas. Pengumuman nama saya juga bukan hal baru. Ini kerana sejak awal Israel memburu saya dan semua pemimpin Hamas. Kemudian, Hamas memerlukan identiti jelas; kepemimpinan yang boleh dijangkau oleh semua pihak, baik pemerintah, kumpulan-kumpulan perjuangan, ataupun orang biasa."

Semua pernyataan Rantisi sebelum syahid berkaitan dengan kesatuan nasional dan jihad. Ia mengatakan tentang pembalasan kematian Syeikh Yasin,"Kami tidak akan melupakan darah-darah kami yang tertumpah, kami yang dimaksudkan adalah Fatah dan sayap ketenteraanya, Jihad Islam dan sayap ketenteraannya, Barisan Rakyat, Barisan Demokrasi, Hamas dan semua sayap ketenteraannya."

Rantisi adalah tokoh karismatik yang dikagumi banyak pihak. Ia dibunuh Israel di Gaza kurang dari sebulan setelah pembunuhan Syeikh Yasin oleh Israel.

Pada bulan Jun tahun lepas beliau terselamat dari percubaan pembunuhan yang dilancarkan oleh Israel. Setelah Syeikh Yasin berjaya dibunuh di luar sebuah masjid di Gaza pada 22 Mac 2004, sasaran Israel menghala kepada sosok tegap dan tegas ini.

Sumber Israel menyebutkan, empat pesawat penggempur Israel berlegar-legar di ruang udara Gaza untuk mencari Rantisi sebelum akhirnya tempat beliau diketahui dan dibunuh, Sabtu lepas.

Peribadi Ar-Rantisi
Rantisi (56 tahun) sebenarnya adalah doktor pakar kanak-kanak yang menimba ilmu di Mesir, seorang pemimpin politik Hamas dan tidak berkaitan dengan sayap ketenteraan gerakan ini. Ini tentu tidak boleh diterima Israel. Bagi penjajah yang sudah mencengkamkan kukunya di Palestin selama lebih dari setengah abad ini, tidak ada bezanya antara sayap politik dan sayap ketenteraan Hamas. Bahkan Israel menuduhnya sebagai ahli perancang yang membuat keputusan serangan bom syahid. Selepas syahidnya Syeikh Yasin, ia berkata kepada para pendokongnya, Hamas di dalam Palestin akan memerangi Israel hingga Palestin merdeka.

Rantisi adalah tokoh peribadi yang islamik dan komitmen. Memiliki enam cahaya mata dan terkenal dengan sifat meghentikan pertemuan buat sementara demi untuk menunaikan solat pada waktunya. Loghat Inggerisnya yang fasih, menyebabkan as-syahid digemari oleh ramai wartawan dari pelbagai media. CNN dan TV Inggeris pun pernah melakukan wawancara dengannya.

Sikapnya yang tegas membuatkan banyak pemuda Palestin mengaguminya dan semakin lekat dengan Hamas serta semakin kukuh memperjuangkan perjuangan penentangan sama ada di Tebing Barat atau Genting Gaza.

Kelahiran
Rantisi dilahirkan di desa Yabna, berdekatan kota yang sekarang dikenali dengan Asqolan di Israel. Ketika masih lagi menyusui ibunya, as-syahid berpindah bersama keluarganya ke Genting Gaza berserta ribuan warga Palestin yang diusir pada tahun 1948 ketika Israel didirikan. Rantisi membesar di perkhemahan pelarian Khan Yunis dan menimba ilmu di Mesir. Ketika kembali ke Gaza ia terlibat menubuhkan Hamas pada tahun 1987. As-Syahid pernah keluar masuk penjara Israel berkali-kali semenjak tercetusnya Intifadhoh pada tahun 1987.

Rantisi adalah salah seorang dari 415 tokoh yang terlibat dengan gerakan Hamas dan Jihad Islam yang pernah diusir ke Lubnan pada tahun 1992 setelah terjadi rangkaian serangan ke atas Israel. As-Syahid kembali ke Palestin setelah Israel mendapat tekanan antarabangsa. As-Syahid juga pernah dipenjara kerana menolak berdamai dengan Israel."






Tokoh quran

Nama penuh Sheikh Qari kita ini ialah Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid AL-`Afasy. Ia berasal daripada Kuwait. Sheikh Mashary ni ni muda lagi orangnya…Pernah saya tanya kepada beberapa sahabat saya…saya tanya…agak-agaknya berapakah umur Sheikh Mashary ni ia? Jawap salah sorang diantara mereka…dari suaranya…rasanya dah sampai peringkat 40-an, ada yang jawap 37-38 tahun…ada yang jawap 30-an…Umur Sheikh Mashary kita ni ialah 27 tahun, muda kan? Beliau jadi Imam jemputan di Masjid an-Nabawi ketika 24 atau 25 tahun…muda kan? Macam tak percaya jer…Sheikh kita ni dilahirkan pada hari Ahad 11 Ramadhan 1396H bersamaan 5 September 1976. Sheikh Mashary ni tampan orangnya, tegap…tebal janggutnya macam Sheikh as-Sudais…orangnya tak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah…manis senyumannya…hati jadi sejuk dan terpesona melihat ketampanannya… kulitnya tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah…tapi yang dapat dilihat ialah kulit wajahnya bersih, ada cahaya yang menyinar dari wajahnya…bila melihatnya maka akan merinduinya… suaranya merdu, akan terpesona bila mendengarnya ia berbicara…saya yang laki ni pun terasyik setelah melihatnya, apatah lagi seorang wanita yang sering mendengar dan menghayati bacaannya…mungkin juga ter-merindu orangnya…bagaimana orangnya…mesti terbayang bayang…tak banyakpun sikit…tak sikit mesti banyak…terbayang-bayang… alangkah bertuahnya jika suaraku sepertinya…cukuplah tu…kita sambung lagi, Sheikh Mashary kita ni sudahpun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Sheikh Mashary juga dipanggil dengan gelaran Abu Nuura. Ia merupakan lulusan daripada Universiti Islam Madinah an-Munawarah dalam Kuliyah al-Quran dan ad-Dirosat al-Islamiah. Sheikh Mashary ini juga pelajar dalam jurusan at-Takhasus (pengkhususan) Qiraat 10 dan Tafsir. Maka Sheikh Mashary kita ni bukan setakat hafiz al-Quran sahaja tetapi seorang yang Muqri kerana mempelajari 10 Qiraat. Bukan setakat hafiz, Muqri sahaja bahkan `alim dalam tafsir al-Quran pula… Sheikh Mashary ni bartalaqqi al-Quran sehingga mendapat ijazah iaitu sanad daripada Tok Sheikhnya dalam bacaan menurut riwayat ulama Qura Kufah iaitu Hafs bin Sulaiman ibnu al-Mughiroh al-asadi al-Kufi bagi bacaan `Asim bin Abi an-Najud al-Kufi at-Tabii yang mengambil bacaan daripada Abi Abdul Rahman Abdullah bin Habib as-Sullaimy yang mengambil bacaan daripada Ustman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Thabit dan Ubai bin Ka`ab yang mereka ini semuanya mengambil bacaan daripada Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, saya telah melihat ijazah sanad al-Muqri Mashary, dimana Sheikh Mashary menghafaz dan bertalaqqi al-Quran dari awal sehingga akhir dengan sempurna dengan bacaan tartil serta bertajwid mengikut riwayat Imam Hafs daripada Imam `Asim al-Kufi mengikut toriq, jalan atau kaedah bacaan Imam as-Syatibi al-andalusi. Ini merupakan bacaan secara ifrod (tunggal). Sheikh Mashari juga telah bertalaqqi Qiraat dengan bacaan jama`(7 Qiraat) mengikut toriq as-Syatibi. Bukan itu sahaja Sheikh Mashary juga telah bertalaqqi 10 Qiraat yang diantaranya seperti Qiraat Nafi`, Ibnu Katsir, Abu Amru, Ibnu `Amir, `Asim, Hamzah, al-Kisai, Abu Ja`afar, Ya`qup dan Kholaf al-`asyir(sepuluh) daripada Tok Sheikhnya. Dalam Qiraat 10 Sheikh Mashary bertalaqqi mengikut toriq as-Syatibi dan ad-Durrah (toriq Imam al-Jazari). Alhamdulillah saya telah melihat 2 ijazah Quran yang dimiliki oleh Sheikh Mashary ketika ini. Ijazah sanad Sheikh Mashary telah keluar pada hari Rabu 29 Mei 2002 bersamaan 1423 dan Ijazah kedua pada 18 February 2003. Sheikh Mashary juga hafaz matan as-Syatibi dan ad-Durrah. Alhamdulillah, saya telahpun mendengar bacaan kedua-dua matan tersebut oleh Sheikh Mashary.
Panjang kalau nak cerita semuanya….saya pendekkan ajelah yer. Guru Sheikh Mashari ni ramai, sebab Sheikh Mashari ni bukan hanya bertalaqqi kat Madinah atau Arab Saudi sahaja, bahkan ia juga bertalaqqi Quran di Mesir dan tempat asalnya di Kuwait. Antara guru-gurunya ialah Sheikh Ahmad Abdul Aziz az-Zayat, dengan Sheikh ni Sheikh Mashary bertalaqqi Quran mengikut Qiraat Imam Hafs daripada Imam `Asim mengikut toriq as-Syatibi. Antara lainnya ialah Sheikh Ibrahim Ali Shahata as-Samanudi, Sheikh Abdul Rafiq Ridwan, Sheikh Dr Ahmad Isa yang merupakan seorang ketua dan pakar rujuk al-Quran. Selain itu ia pernah bertalaqqi al-Quran di Mesir, Kuwait dan Arab Saudi. Bulan Ramadan al-Mubarak tahun ni, Sheikh Mashary menjadi Imam solat Tarawih di Masjid al-Kalib di Qortobah, Kuwait.
InsyaAllah kita bersambung pada ruangan akan datang.

Al-Faqir
Muhammad Syamsol Ustman as-Sa`adi
Ma`ahad Qiraat
12:17pm 18 Ramadan 1424H
mohdsyamsol@yahoo.co.uk



TAMADUN ISLAM

4. AL-IMAM MALIK

1. BIODATA;
• Malik Bin Anas Bin Malik
• Lahir 93H di Madinah
• Pengasas mazhab Maliki
• Keturunannya dihormati
• Meninggal dunia pada 179H ketika berusia 86 tahun

2. SIFAT PERIBADI;
• Akalnya cerdas (mampu hafaz al-Quran dalam usia muda)
• Pendiam dan tidak suka berbual kosong
• Berakhlak mulia, bersih dan suka memakai bauan harum
• Suka bergaul dengan masyarakat tanpa mengira darjat (walaupun kaya)
• Tidak suka mencela manusia
• Pemurah (selalu sedekahkan hartanya pada jalan Allah)
• Warak
• Tidak pernah menunggang haiwan di Madinah (kerana menghormati jasad Rasulullah)
• Tabah menghadapi cabaran ketika berdakwah (pernah diseksa kerana mengeluarkan fatwa yang tidak dipersetujui oleh khalifah)
• Sangat menghormati hadis :
- Kebanyakan ulamak hadis mengakui bahawa hadis imam malik adalah yang paling sahih
- Beliau akan mandi, memakai pakaian bersih, memakai bau-bauan dan memakai serban sekiranya persoalan yang ditimbulkan adalah berkaitan hadis
- Beliau menyatakan bahawa hadis adalah petunjuk dan penuluh kepada seluruh manusia



3. PENDIDIKAN;
• Hafaz al-Quran dan hadis sejak kecil
• Menuntut pelbagai ilmu di Madinah
• Belajar daripada 900 orang guru (semuanya ulamak tabiin)

4. SUMBANGAN;
• Ulamak ahli hadis yang dihormati
• Seorang mujtahid dengan mentafsir al-Quran dan hadis melalui pendapat sendiri yang amat disegani
• Menganalisis hadis untuk merumus hukum agama (hingga menghasilkan kitab al-Muattok)
• Kerap mangadakan majlis-majlis ilmu di masjid an-Nabawi bermula dari usianya yang muda
- Bersungguh-sunguh semasa menyampaikan ilmu
- Sering berjaga malam untuk mencari jawapan bagi masalah-masalah yang dikemukakan
- Majlisnya kerap dihadiri oleh guru-gurunya sendiri kerana kebolehannya menjadi seorang guru yang baik.
- Anak muridnya bukan dari kalangan masyarakat setempat sahaja malahan dari neger yang jauh
- Dari pengajarannya bermula pegangan mazhab Maliki

5. PENGHASILAN AL-MUATTOK;
• Menghafaz 100 000 hadis kemudian dianalisis dan hanya 10 000 hadis diterima
• Memadankan 10 000 hadis tadi dengan ayat-ayat al-Quran untuk menentukan kesahihannya
• Hanya 5000 yang diterima dan diakui sebagai hadis Rasulullah
• Hadis disusun mengikut urutan dan dibukukan dalam al-Muattok

6. HUKUM-HUKUM AGAMA YANG DIBUAT OLEH IMAM MALIK BERDASARKAN;
• Al-Quran
• Hadis
• Ijmak ulamak
• Kias
• Masalih mursalah

ISLAM BUKAN RADIKAL

ISLAM BUKAN RADIKAL


Islam agama universal




 ••           •      •    

13. Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.


Islam menganjur perdamaian
              
61. Dan jika mereka condong kepada perdamaian, Maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya dialah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.


Islam agama rahmat

     
107. Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.

Islam bukan agama permusuhan
                             •                      •   •    
2. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah[389], dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram[390], jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya[391], dan binatang-binatang qalaa-id[392], dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya[393] dan apabila kamu Telah menyelesaikan ibadah haji, Maka bolehlah berburu. dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum Karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.

[389] Syi'ar Allah ialah: segala amalan yang dilakukan dalam rangka ibadat haji dan tempat-tempat mengerjakannya.
[390] maksudnya antara lain ialah: bulan Haram (bulan Zulkaidah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab), tanah Haram (Mekah) dan Ihram., maksudnya ialah: dilarang melakukan peperangan di bulan-bulan itu.
[391] ialah: binatang (unta, lembu, kambing, biri-biri) yang dibawa ke ka'bah untuk mendekatkan diri kepada Allah, disembelih ditanah Haram dan dagingnya dihadiahkan kepada fakir miskin dalam rangka ibadat haji.
[392] ialah: binatang had-ya yang diberi kalung, supaya diketahui orang bahwa binatang itu Telah diperuntukkan untuk dibawa ke Ka'bah.
[393] dimaksud dengan karunia ialah: keuntungan yang diberikan Allah dalam perniagaan. keredhaan dari Allah ialah: pahala amalan haji.


Islam menolak kejahilan

                                
11. Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", Maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", Maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.



memupuk nilai-nilai jiwa murni

                              •    
159. Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah Lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu[246]. Kemudian apabila kamu Telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.

[246] Maksudnya: urusan peperangan dan hal-hal duniawiyah lainnya, seperti urusan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lainnya.


         •    Islam
23. Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami Telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya Pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.




•          •        •           •       •          •        •           •      
109. Sebahagian besar ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, Karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka ma'afkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya[82]. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
   •        •                      •    
13. (tetapi) Karena mereka melanggar janjinya, kami kutuki mereka, dan kami jadikan hati mereka keras membatu. mereka suka merobah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya[407], dan mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka Telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit diantara mereka (yang tidak berkhianat), Maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

[407] Maksudnya: merobah arti kata-kata, tempat atau menambah dan mengurangi.

Islam melihat kehidupan manusia 2 dimensi yang x bleh dipisahkan
Agama dan dunia
Rohani dan jasmani

          
122. Dan kami berikan kepadanya kebaikan di dunia. dan Sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang saleh.

 •            • 
201. Dan di antara mereka ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"[127].

                      •       •                            •       •     
156. Dan tetapkanlah untuk kami kebajikan di dunia Ini dan di akhirat; Sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada Engkau. Allah berfirman: "Siksa-Ku akan Kutimpakan kepada siapa yang Aku kehendaki dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami".

Aduhai wanita

Saidina Ali r.a menceritakan bahawa beliau bersama isterinya memasuki rumah Nabi Muhammad s.a.w. Baginda sedang menangis tersedu-sedu kemudian saidina Ali bertanya: Apakah yang menyebabkan kamu menangis wahai Rasulullah? Sabda baginda yang bermaksud : wahai Ali, pada malam Isra’ku ke langit, aku melihat wanita dikalangan umatku disiksa dengan pelbagai siksaan, itulah sebabnya aku menangis kerana menyaksikan mereka disiksa dengan siksaan yang sangat berat dan mengerikan
Aku melihat wanita yang digantung dengan rambutnya hingga mendidih otaknya.
Aku melihat wanita yang digantung lidahnya dan air panas dituang ke halkumnya.
Aku melihat wanita yang kedua kakinya diikat ke payudaranya sementara kedua tangannya ke ubunnya.
Aku melihat wanita yang tergantung sedangkan payudaranya digigit ular dan kala jengking.
Aku melihat wanita yang berkepala khinzir berbadan keldai disiksa dengan pelbagai siksaan.
Aku melihat wanita yang menyerupai anjing sedangkan api masuk ke dalam mulutnya dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukul kepalanya dengan pemukul api .

Saidatina Fatimah r.a bertanya wahai kekasihku,wahai Rasulullah apakah perbuatan mereka sehingga mereka ditimpa dengan azab itu? Jawab Rasulullah:

Mereka yang digantung dengan rambutnya hingga mendidih otaknya adalah wanita yang tidak menutup rambutnya daripada pandangan lelaki yang bukan mahramnya.

Wanita yang digantung lidahnya dan air panas dituang ke halkumnya adalah wanita yang menyakiti hati suami (dengan lidah) mereka.

Yang digantung payudaranya kerana isteri yang mengkhianati suaminya.

Wanita yang kedua kakinya diikat adalah wanita yang tidak mandi hadas dan haid dan mempermainkan kefarduan solat.

Wanita yang berkepala khinzir berbadan keldai adalah wanita yang pengadu dan pendusta.
Wanita yang menyerupai anjing adalah wanita yang mengungkit-ungkit pemberian dan irihati. Wahai anakku kecelakaanlah kepada isteri yang tidak taat kepada suami.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Barang siapa yang mengenakan pakaian untuk dipertontonkan di dunia, maka Allah akan memakaikan pakaian kehinaan kepadanya pada hari kiamat.

Aduhai wanita dirimu amat berharga, maka hiasilah diri dengan hiasan iman dan takwa (berpakaian menutup aurat) kerana ia merupakan jaminan untuk menempatkan dirimu di taman Syurga , jangan sampai terlambat dan menyesal di kemudian hari.

Mafhum Hadis :
Dunia adalah perhiasan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Apabila suaminya memandangnya maka hatinya tenang dan apabila disuruhnya dia taat, dan apabila suaminya tiada ia tetap menjaga kehormatan dan harta (suami)



Sumber:Muslimah Julai 1995, Wanita solehah. 2001.

GERAKAN HAMAS

1.0 PENGENALAN

Berita isu Palestin selalu terpapar di dada akhbar, televisyen, radio. Rakyatnya yang terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri .Mereka tercari-cari siapakah yang dapat membela nasib mereka ini. Maka Allah SWT telah memberi amanah kepada satu golongan yang berakhlak mulia ,iman yang mantap dalam menggerakkan perjuangan Isalam di Palestin yang di beri nama sebagai HAMAS iaitu Harakah al-Muqawamah al-Islamiyah .Ia bermaksud gerakan penentang Islam (Enciklopedi Islam , Alijah Gordon 2003: 293) Ia adalah salah satu daripada gerakan Islam yang terpenting di Palestin dalam misinya membebaskan bumi Palestin daripada Zionis dan memepertahankan al-Quds dari dijajah. Gerakan ini mulai popular dengan intifadah yang dilakukan dan akhirnya dapat memerintah Palestin selepas pilihanraya 2006 walaupun mereka tidak diiktiraf oleh Zionis, AS.

Dalam kertas kerja ini penulis cuba memberi pendedahan kepada pembaca untuk mengenali HAMAS dengan lebih dekat dan meniupkan ruh perjuangan HAMAS kepada umat Islam seluruh dunia khususnya kepada umat Islam di Malaysia agar dapat bersama memberi sokongan dalam perjuangan yang mereka lakukan untuk kebaikan Islam sejagat. Allah SWT pernah berfirman yang bermaksud : Dan hendaklah ada daripada kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran.(al-Quran. Ali Imran 3 :104 )

2.0 SEJARAH PENUBUHAN HAMAS

Gerakan ini banyak mencontohi gerakan Ikhwan al-Muslimin di Mesir yang dipimpin oleh Syeikh Hasan al-Banna dan kesinambungan perjuangan Syeikh cIzzudin al-Qassam. Ia bermula dengan lawatan Abdul Rahman al-Banna ke Palestin, setelah itu wujud pertubuhan Ikhwan al-Muslimin (IM) di Palestin dengan nama Jamciyah Makarem al-Aqsa. Selepas 1970 IM berjaya menghasilkan pembinaan generasi IM di Gaza dan Tebing Barat dengan fasa pembinaan masjid, pembinaan institut sosial, badan-badan kebajikan, kelab-kelab pemuda dan universiti. Pada 1984 IM telah melakukan persediaan melancarkan jihad tetapi dapat dibongkar oleh Zionis dan menangkap Syeikh Yasin dan orang-orang yang bertanggungjawab membina generasi muda. Pada tahun 1984 sehingga 1987 keadaan semakin getir menyebabkan aktivis IM melonjak muncul sebagai gerakan jihad di Palestin.

Wajah perjuangan jihad mereka tinggalkan sebelum ini dengan melebihkan kepada pembinaan sosial dan kebajikan menyebabkan kegagalan para sekularis dan golongan kiri memerdakakan Palestin. Akhirnya lahirlah gerakan ini yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yasin didirikan pada 8 Disember 1987 dibentuk di Gaza bersama-sama sahabat-sahabatnya iaitu Dr.Abd Aziz al-Rantisi, Salah Syahada, Muhammad Shamcah , cIsa al- Nashar, Abdul Fatah Dukhan dan Ibrahim al-Yazuri. Mereka membentuk jihad IM bersama rakyat Palestin dengan nama baru iaitu HAMAS. Ia dalam bahasa arab bermaksud semangat. Ia ditubuhkan serentak dengan Intifadah pertama dan tersebar ke seluruh Gaza dan seluruh anggota IM serta rakyat Palestin iaitu pada 11 dan 12 Disember 1987 seterusnya meluas ke Tebing Barat pada 14 dan 15.(Enciklopedi Islam , Maszlee Malik 2006:2-13)HAMAS kekal tidak menganggotai PLO (Alijah Gordon 2003: 293)


3.0 ORGANISASI KABINET PALESTIN DALAM PIMPINAN HAMAS

Apabila HAMAS berjaya dalam pilihanraya 2006. Mereka telah diberi mandat oleh Presiden PA iaitu Mahmoud Abbas untuk membina kerajaan baru di bawah pimpinan HAMAS. Oleh itu, terhasillah kabinet Palestin HAMAS sendiri yang diterajui oleh Ismail Hanieyyah. Berikut adalah senarai lengkap menteri kabinet HAMAS beserta portpolio masing-masing :

Perdana Menteri :Ismacil Haneyyah merangkap sebagai Menteri Kesukanan.
Timbalan Perdana Menteri :Nasseredine al-Shaer merangkap Menteri Pelajaran.
Menteri Kewangan :Omar Abdelrazek
Menteri Hubungan Luar: :Mahmoud al-Zahhar
Menteri dalam Negeri :Saced Siyam
Menteri Ekonomi :Alaadine al-A’araj
Menteri Penerangan :Yussef Rizqa
Menteri Keadilan :Ahmed al-Khaldi
Menteri Kesihatan :Bassem Naim
Menteri Kerajaan Tempatan :Issa al-Jaabari
Menteri Kerjaraya :Ziad al-Zharzha
Menteri Tenaga Buruh :Mohammad Barghouti
Menteri Teknologi dan Komunikasi:Jamal al-Khodari
Menteri HalEhwal Tahanan :Wasfi Kabha
Menteri Kebudayaan :c Ata’allah Abu al-Sabeh
Menteri Perancangan :Samir Abu Eisheh
Menteri Pengangkutan :cAbdelrahman Zidane
Menteri Pelancongan :Jawdath Mouqos (kristian)
Menteri Pertanian :Mohammed al-Agha
Menteri Hubungan sosial :Fakhri al-Turmani
Menteri Wanita :Mariam Saleh
Menteri Agama :Nayef Rajub
Menteri Hal Ehwal Baitul Maqdis:Khaled Abu Arafeh
Menteri Hal Ehwal Pelarian :Atef Adwane. (Maszlee Malik 170)

Oleh yang demikian mereka cuba untuk membuat perubahan dan refomarsi dalam corak pemerintahan Palestin yang sebelum ini dikuasai oleh Fatah. Pelbagai krisis dan tribulasi,sekatan kewangan yang berlaku tetapi mereka tetap teguh memperjuangkan misi dan visi mereka serta berpegang teguh dengan prinsip yang diperjuangkan.

4.0 PEMIKIRAN HAMAS DALAM PERJUANGAN

HAMAS sebagai satu pertubuhan kebangsaan yang bercirikan Islam dan menjadikan jihad sebagai dasar utama. Ideologi, polisi, pendekatan dan sebagainya berpaksikan kepada Islam yang syumul. Mereka meyakini akidah yang mantap dan bantuan Allah menjadi teras dalam meneruskan perjuangan ini. Usaha pembebasan Palestin memerlukan penyertaan seluruh umat Islam. Mereka selama-lamanya tidak akan mengiktiraf Israel . Rakyat Palestin memerangi mereka bukan kerana mereka yahudi. Islam memberi keutamaan kepada mereka berbanding dengan agama lain kerana mereka adalah ahli kitab tetapi Memerangi Israel kerana mereka telah merampas dan merompak tanah air, negara dan kampung halaman . Mengiktiraf Israel bererti menyerahkan rumah mereka kepada perompak dan panyamun. Jihad dalam segenap aspek adalah jalan yang paling efektif dalam memerdekakan Palestin. Mereka mahu membina masyarakat Palestin yang bertamadun bertunjangkan akidah dan prinsip Islam. Mereka menganggap bahawa nasionalisme mempertahankan tanah air adalah sebahagian daripada iman. Oleh itu mereka terus berjihad melawan musuh untuk menyembalikan tanah air umat Islam(Maszlee Malik 2006: 16-25,170,270)

Menurut Dr Azam Tamimi bahawa HAMAS dan rakyat Palestin akan terus mempertahankan negara , maruah dan jati diri mereka .Mereka tidak akan berdiam diri membiarkan tanah air mereka terus dimamah dan dijajah oleh musuh Allah.Rakyat Palestin tidak percaya lagi dengan janji manis dari Zionis kerana mereka memang telah dikenali sebagai pembohong nombor satu dunia.Kemerdekaan hanya dapat dicapai melalui pertumpahan darah. (Maszlee Malik 2006)

5.0 PENDEKATAN YANG DILAKUKAN OLEH HAMAS

HAMAS melakukan pelbagai pendekatan untuk membebaskan Bumi Palestin dari cengkaman Zionis. Antaranya ialah:

5.1. Menjalankan dakwah melalui penerangan

Pendekatan Hamas kepada masyarakat dengan menjalankan dakwah melalui penerangan yang diberikan melalui ceramah mereka di masjid-masjid di sekitar Palestin dan menyusup di universiti-unversiti,(ensiklopedi islam)pusat pengajian tinggi. Mendidik umat tentang Islam, membentuk kesatuan fitrah umat Islam bagi menghadapi Zionis dan menyediakan masyarakat menghadapi jihad. (Hafidzi Mohd Noor 2006 : 23)Pengaruh HAMAS meluas bukan sahaja dikalangan pelajar bahkan para profesianal Muslim.Perkara ini telah diakui oleh Dr. Hisyam Sharobi seorang penganalisis Politik sekular di Palestin pernah berkata.”Perjuangan HAMAS sudah berjaya dan sehingga kini mereka sudah mencapai apa yang tidak pernah dicapai oleh pihak PLO selepas setengah kurun mereka berjuang. (Maszlee Malik 58)

5.2. Membentuk pasukan jihad

Hamas telah menjadikan jihad adalah pendekatan yang paling penting untuk merealisasikan misi dan visi mereka . Ia dilakukan dalam beberapa fasa. HAMAS mengikut strategi Syeikh cIzzudin al-Qassam dengan menubuhkan Bridge al-Qassam (1987-1990). Pada waktu itu HAMAS lebih menumpukan kepada beberapa bentuk serangan iaitu:

i. Demontrasi secara besar-besaran, demontrasi diadakan di jalan-jalan Palestin, Zionis membalasnya dengan peluru. Demontrasi pertama berlaku selepas solat subuh 9 Disember di Masjid Mukhayyam Jabalia. Seterusnya di Hospital al-Syifa, ramai rakyat Palestin yang terkorban. Akhirnya merebak demontrasi secara meluas ke pelusuk Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dengan melibatkan ramai warga Palestin. (Prof. Madya Dr. Mohsen M. Saleh 2001: 82)

ii. Pertempuran dengan membaling batu ke arah tentera Zionis.Rakyat Palestin membuat penentangan terbuka dengan melontarkan batu ke arah musuh. Mereka pada masa itu tidak mendapat senjata api kerana sempadan negara ditutup dan dikawal ketat oleh Israel dan negara-negara sempadan.(Ibnu Ismail 35) contohnya seorang kanak-kanak 12 tahun keluar bersama pemuda Palestin bertekad untuk berjihad dengan bersenjatakan batu-batu kecil itulah mereka memerangi yahudi dengan membalingkan dengan sekuat-kuatnya dan dibalas dengan peluru yang menjadikan beliau turut syahid . (Wartawan-wartawan Mujahidin antarabangsa 2004: 210)

iii. Menurut Nusse A. (1998: 128) melalui Perang Pisau (Harb al-Sakakin). Para pejuang HAMAS menggunakan senjata pisau dalam melawan tentera zionis, ada yang mengeluarkan pisau kerambit dan membenamkan ke tubuh musuh. Zionis tersebut mengerang kesakitan dan rebah ke bumi.

iv. HAMAS membuat serangan dengan senjata api, sebanyak 16 operasi dapat dilancarkan. Membentuk pasukan jihad dalam kelompok-kelompok yang kecil di bawah pimpinan Syeikh cAbdul al-Aziz cAudah dan Dr. Fathi Syiqaqi bagi melawan musuh Allah SWT iaitu Israel dari pelbagai aspek. Antaranya ialah menentang dengan senjata. Ia adalah kewajipan yang utama kepada mereka. Ia menjadi fardhu ain kepada mereka. Jihad adalah satu-satunya untuk membebaskan diri dari belenggu kajahatan Israel dan mempertahankan aqidah dan negara mereka. Pada tahun 1986-1987 mereka talah melakukan suatu gerakan gerila anti-Israel. Ini adalah memberi suatu dorongan untuk melakukan intifadhah(Ensiklopedi Tematis Dunia Islam 144)

v. Penculikan tentera zionis. Para mujahidin HAMAS dapat menculik tentera Zionis pada 13 Disember 1992 kemudian menukarkan tahanan tersebut dengan Syeikh Ahmad Yasin yang telah dipenjara oleh Zionis.(Maszlee Malik 2006: 49)

Pada fasa inilah tercetusnya intifadhah pertama. Intifadah ini berlaku pada 8 Disember 1987. Ia berlaku serentak dengan tertubuhnya HAMAS. Ia tercetus kerana trak Israel merempuh kereta yang dinaiki oleh para buruh palestin menyebabkan 9 orang Israel tercedera dan telah mengorbankan 4 orang Palestin. Intifadah ini melibatkan semua golongan yang di bahagikan kepada beberapa kelompok .

i.Kelompok pertama dinamakan Majmucah al-Muraqibah mereka ini tugasnya sebagai pengintip yang menyelidik kedatangan tentera Israel. Kebiasaannya mereka dari kelompok ini adalah para remaja. Contohnya Abu Muaz, beliau diarahkan oleh HAMAS menyamar dan memperdayakan agensi perisikan Israel Sabak dengan berpura-pura bekerjasama dengan Sabak. Beliau berjaya meyakini pemimpin Sabak tentang keinginannya untuk bekerjasama dengan mereka. Akhirnya beliau telah menyeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah Kapten Majdi.(Ibnu Ismail 2002:113-114).

ii.Kelompok kedua pula ialah al-Majmucah al-Mutadarrijah, golongan ini diberi tugasan sebagai pengumpan yang memancing tentera Israel memasuki perkampungan orang Islam Palestin.

iii.Kelompok ketiga yang dinamakan al-Majmuacah al-Ramiyah. Mereka ini ditugaskan melempar askar Israel yang memasuki perkampungan Palestin. Alat-alat yang digunakan untuk melawan musuh ialah miqlah, telur busuk, alat pelempar berisi batu, bom Molotov.

iv.Kelompok ini ialah al-Majmucah al-Musyagilah mereka adalah kelompok yang membuat rusuhan dan kelompok terakhir ialah al-Majmucah al-Ishcab mereka adalah kelompok penyelamat. Kedua-dua kelompok ini akan beraksi sekiranya berlakunya penangkapan terhadap rakyat Palestin . Tempat mesyuarat bagi umat Islam ini selalunya diadakan di Masjid al-Aqsa bagi menyusun strategi melawan musuh .(Ensiklopedia Islam untuk pelajar 2004: 233-234)

Ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka melakukan intifadhah iaitu.
Menjadi suatu dorongan kepada mereka untuk mempertahankan kedaulatan tanah iar mereka yang hilang.
i.Kesatuan umat Palestin dan kerapian mereka untuk terus berjuang.
iii.Mereka mendapat motivasi yang sangat kuat dari para pemimpin mereka berpandukan al-Quran, al-Sunnah dan kata-kata semangat untuk terus berjihad yang sering diperkatakan. Israel pada awalnya tidak begitu gementar dengan pergerakan ini tetapi setelah melihat kesannya yang besar pada mereka barulah mereka mengambil serius perkara ini.

HAMAS berjaya melibatkan secara umum rakyat Palestin supaya menentang Zionis. Hamas berjaya membuktikan bahawa mereka mampu untuk melawan musuh mereka tanpa bantuan luar. Oleh itu, mentaliti ini menaik semangat warga Palestin untuk membebaskan negara mereka dari cengkaman Zionis. Mereka dapat menghadapinya dengan lebih berstrategi, terancang dan teratur. Intifadah ini dapat melonjakkan kesedaran dan menyembangkan ideologi Islam di kalangan penduduk Palestin. Ia juga dapat melahirkan bakat-bakat muda dan terus bangkit menentang musuh Allah. Generasi inilah yang menjadi penggerak kepada Intifadah kedua.(Maszlee Malik 55-56) Pada peringkat pertama Intifadah , ia menghadapi kebangkitan rakyat secara meluas melalui mogok, demontrasi, pemboikotan pentadbiran awam Zionis, pembersihan masyarakat daripada menjadi kawan kepada yahudi (Prof. Madya Dr. Mohsen M. Saleh 2001: 83)

Intifadah kedua pula bermula kerana tindakan biadab yang dilakukan oleh Ariel Sharon memasuki Masjid al-Aqsa tanpa memakai kasut. Ini menimbulkan kemarahan umat Islam sehingga menyebabkan berlakunya pertempuran darah di rumah Allah itu pada 28 September 2000. Seramai lima orang gugur dalam pertempuran tersebut demi mempertahankan al-Quds.

Antara sebab umat Islam memarahi rejim Zionis ini adalah seperti berikut:
Perancangan yahudi untuk memusnahkan Masjid al-Aqsa. Proses menyahudikan Baitul Muqaddis. Pengusiran rakyat Palestin secara berperingkat-peringkat dari Baitul Maqdis
Kedegilan Zionis berhubung isu pelarian. Rampasan tanah di Baitul Maqdis dan sekitarnya oleh rejim Zionis tanpa menghirau hak Palestin.

Kesan daripada tingkahlaku biadap itu, rakyat Palestin telah melakukan tunjuk perasaan dan mendapat sokongan di seluruh dunia. Mereka telah memulakan perarakan selepas solat jumaat dari setiap masjid yang berhampiran menuju ke Masjid al-Aqsa yang dilarangkan melakukan solat jumaat pada hari itu. Pertempuran berlaku di merata tempat. Dalam pertempuran ini sebanyak 4130 menjadi syahid, 766 daripadanya adalah kanak-kanak. Sebanyak 45 487 telah tercedera. Rakyat Palestin yang dipenjara oleh rejim Zionis sebanyak 8 600 termasuk 288 kanak-kanak, wanita yang ditahan adalah lebih daripada 800. Rumah Palestin yang dirobohkan sebanyak 72 105 melalui serangan dan operasi rasmi termasuk pembinaan tembok pemisah di Tebing Barat. Pihak Zionis telah memusnahkan 135 529 pokok dan tanaman rakyat Palestin untuk dijadikan tempat perumahan mereka.

Pada Intifadah ini , pihak rejim telah melakukan pembunuhan bersiri ke atas para pemimpin dan pejuang Palestin terutama pemimpin HAMAS dan Jihad Islami(.(Maszlee Malik 2006:70-73)Antara Pemimpin dan pejuang HAMAS yang terkorban ialah:

i. Syeikh Ahmad Yasin adalah ikon perjuangan Intifadah dan pengasas HAMAS.Beliau dan rakan-rakan telah menubuh gerkan ini kerana melihat situasi pada waktu itu Negara-negara Arab tidak mendapat hasil untuk memerdekakan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa.Beliau adalh seorang yang bersemangat kental walaupun lumpuh..Pada Ogao 1988,Pihak Zionis telah merobohkan rumahnya.Pada 18 Mei 1989 Beliau dan ratusan anggota pergerakan HAMAS dipenjara.Semasa penahanan tersebut menyebabkan beliau mengalami lumpuh yang lebih teruk kesan penyiksaan yang dialaminya iaitu seluruh badannya lumpuh kecuali kepala sahaja,mata kanannya tidak dapat melihat dan mengalami masalah pendengaran,jangkitan paru-paru dan abdomen.Pada 1 Oktober 1997Beliau berjay dibebaskan melalui pertukaran tawanan.Apabila beliau dibebaskan ,beliau kembali menjadi pemimpin agama gerakan HAMAS dan berjaya meniupkan semangat supaya terus berjuang menentang Zionis laknatullah.

Israel beberapa kali cuba membunuh Syeikh tetapi Pada 6 September 2003,rummah Syeikh Yasin sekali lagi dibedil,alhamdulillah dia terselamat hanya sedikit cedera ringan yang dialaminya pada tangan kanannya. Israel beberapa kali cuba membunuh Syeikh tetapi akhirnya pada subuh 22 March 2004 adalah tarikh penting tatkala penduduk Malaysia sibuk dengan keputusan pilihanraya.Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh dan empat orang lain termasuk anaknya,Abdul Ghani terkorban semasa pulang dari masjid selepas solat subuh berjamaah.(Wartawan-wartawan Mujahidin antarabangsa 2004: 212-214 ,Maszlee Malik 2006 : 208-213)


ii.Dr Abd Aziz al-Rantisi adalah antara pengasas HAMAS atau dikenali sebagai “singa Palestin”yang membawa aspirasi perjuangan Ikhwan Muslimin keran beliau pernah menuntut ilmu di Mesir dalam bidang perubatan di Universiti Iskandariah.Beliau beberapa kali masuk keluar penjara disebabkan penentangannya terhadap Zionis.Pada kali keempat dipenjara adalah waktu yang amat bermakna kepadanya kerana dia ditempatkan bersama Syeikh Ahmad Yasin.
Peluang itu dia gunakan untuk menghafaz Quran,membina replica Masjid al-Aqsa. Menggunakan kotak-kotak terbuang,menghasilkan syair-syair perjuangan .Walaupun beberapa kali dipenjarakan ,beliau tetap terus bersemangat memperjuangkan Islam,Rejim berasa buntu dan beliau diusir bersama 400 para pejuang ke Marja Zuhur di Selatan Lubnan.Beliau menjadi bintang bersinar setelah menjadi jurucakap bagi orang yang diusir kerana beliau fasih berbahasa Inggeris.Dengan itu,beliau mudah disenangi dan berurusan dengan pelbagai pihak.

Setelah pulang ke Palestin beberapa kali juga beliau di penjarakan.Apabila beliau keluar kali terakhirnya,Israel melancarkan serangan tapi beliau dan anaknya selamat manakala kereta yang dinaiki hancur.Setelah Syeikh Yasin syahid beliau memegang kepimpinan HAMAS ,tidak sampai sebulan memegang pucuk pimpinan HAMAS, beliau pula mengikut jejak Syeikh Yasin pada 17 April 2004 bersama dua rakan lain apabila kereta beliau dibedil dengan rket dari helikopter Apache di jalan al-Jallaa di Wilayah Gaza. .(Maszlee Malik 213-219)

iii.Yahya Ayassh adalah seorang graduan di bidang kejuruteraan elektrik. Diakui oleh musuh bahawa dia seorang pakar pembuat letupan. Beliau dianggap orang penting dalam merancang siri serangan ke atas Zionis. Serangan demi serangan yang dilakukan olehnya menggerunkan Zionis.Namanya menjadi buruan utama rejim dan pernah menyamar sebagai rabbi ortodok untuk mengelak diri daripada ditangkap. Gambarnya dicetak dan diedar merata-rata. Pada 5 Januari 1996 telefon bimbitnya ditukar dengan telefon yang dilengkapi bom meletupkan seluruh badannya oleh agen Zionis . (Ibnu Ismail 137-143, Maszlee Malik239-240)

Ramai lagi di antara mereka yang terkorban seperti Dr. Salah Syahadah pengasas Bridge al-Qassam, Muhammad Tohir pemimpin komando al-Qassam, Ibrahem al-Maqadmeh sebagai perancang strategi HAMAS, Ismael Abu Syannab,(Maszlee Malik74) Muhannad Tahir jurutera keempat, Muhammad Ahmad Halas, Nahidh Mohd Isa (27 tahun), Nidhal Fauzi Nasir(32), Fadi cata’ullah(22), Nuruddin Sofi(21), Na’il Abu Awwad dan lain-lain lagi.(Ibnu Ismail 2002: 145-198)

Pada fasa ini amaliyah istisyhadiah atau dikenali sebagai bom berani mati telah dilakukan untuk membuat penentangan terhadap Zionis . Mereka mencipta bahan letupan sebagai senjata untuk melawan musuh dengan terpaksa mengorbankan diri. Satu nyawa dikorbankan untuk membunuh sejumlah besar kuffar. Ini dapat menimbulkan kegerunan di hati musuh-musuh, Zionis ini tidak dapat melakukan sewenang-wenangnya kepada rakyat Palestin. Kestabilan politik dan ekonomi mereka tergugat.(Ibnu Ismail 2002:53-56)

Antara para pejuang bom mati syahid adalah Soleh Nizal. Beliau seorang yang pendiam dan selalu melakukan puasa sunat isnin khamis. Apabila HAMAS ditubuhkan beliau terus menjadi ahli. Selepas itu dia selalu ditangkap disoal siasat dan dipenjara. Apabila dibebaskan, beliau semakin bersemangat jihad melawan Yahudi setelah berlakunya pembunuhan kejam di Masjid Saidina Ibrahim yang menyebabkan berpuluh-puluh umat Islam terbunuh. Beliau telah melancarkan bom mati syahid pada 19.10.1994 di Bandar Tel Aviv menyebabkan 27 yahudi terbunuh dan 100 tercedera. (Ibnu Ismail 2002:122-124) cImad Kamil al-Zubaidi adalah seorang remaja yang berani ketika itu usianya baru 18 tahun tetapi beliau sanggup meninggalkan keseronokan dunia untuk membeli akhirat dengan melakukan amaliyah di Kufru Saba pada 22.4.2001. Pada pagi tersebut beliau keluar apabila melihat sepasukan tentera yahudi yang ramai di stesen bas, cImad telah meletupkan letupan yang dibawa dan dapat mengorbankan 50 yahudi dan sebahagiannya tercedera. Maka bahagialah cImad bertemu Ilahi .(Ibnu Ismail 2002: 165-166)
Raid al-Barghuthi telah dipilih untuk melaksanakan amaliyah sebagai tindakan terhadap pembunuhan pejuang Islam sebelum ini. Pada 4.9.2001 pagi selasa beliau keluar ke Jalan Anbia’ di tengah kota Baitul Maqdis. Beliau telah membawa bersamanya bahan letupan yang meledakkan ditengah-tengah pengganas yahudi, 5 terbunuh dan ramai yang tercedera. Oleh itu ,pergilah ruhnya menemui Allah SWT sebagai shuhada.(Ibnu Ismail 2002: 170-171). Pejuang Islam yang sama-sama mencari syahid adalah Jamal Abu Ghani, Ayat al-Akhras(16 tahun), Syadi Zakaria Tobas(23), Khalil Azuz (29), Abdul Basit Audah (25), Mahir Habisyah, Husain Hasan Abu Nasr, Suhaib Timraz(18), Musa abd Qader dan ramai lagi. (Ibnu Ismail 2002: 145-198). HAMAS telah melancarkan bom berani mati sebanyak 54 operasi yang mengorbankan sebanyak lebih 300 warga yahudi. Jumlah tersebut sebenarnya tidak seberapa mana jika dibandingkan dengan 4000 rakyat Palestin yang dibunuh termasuk 1000 kanak-kanak yang tidak berdosa yang dialkuakan oleh Zionis.

Antara teknik-teknik lain yang dilakukan dan ia lebih canggih daripada intifadah pertama ialah:
i.Bom kawalan jarak jauh iaitu mereka dapat meletupkan kereta kebal Zionis
ii.Operasi bom syahid bersama fraksi-fraksi lain
iii.Melancarkan roket daripada pelbagai jenis bermula daripada roket Hound sehingga kepada Qassam 1, Qassam 2, Qassam 3. Roket-roket tersebut dibuat sendiri oleh HAMAS melalui R&D. Ia dapat menjangkau jarak yang jauh dan amat digeruni oleh Zionis.
HAMAS mencipta kaedah serangan bersama fraksi lain ke arah pos kawalan tentera.
Contohnya operasi thuqub, operasi Hudhairiah ia mengorbankan ramai zionis terkorban dalam operasi tersebut. Ini menyebabkan Sharon membuat keputusan segera untuk berundur dari Gaza
v.Serangan camaliyyat nafaq, iaitu komando-komando HAMAS telah menggali terowong dan meletupkan pos-pos kawalan dari bawah tanah untuk mengerang Zionis laknatullah. (Maszlee Malik 2006:78)
vi.HAMAS dapat dapat menghancurkan dan menenggelamkan kapal penceroboh Israel. Pada 7 November 2000
viii.Pembunuhan Benyamin Kahana ketua gerakan “kakh” Zionis pelampau iaitu pada 3 Disember 2000. (Prof. Madya Dr. Mohsen M. Saleh 2001:110)

Pada Intifadah kali ini dapat dilihat lebih kepada operasi ketenteraan rakyat Palestin dalam menentang Zionis. Pada waktu ini gerakan Fatah dan pengikutnya dalam PLO telah menyetujui Perjanjian OSLO dengan manamatkan operasinya manakala HAMAS dan Jihad Islami tetap meneruskan perjuangan mereka. Mengikut statik yang dibuat selama 6 tahun Intifadah kali ini mengorbankan 1540 rakyat Palestin , sebanyak 130 000 yang tercedara dan 116 000 telah dipenjara. (Prof. Madya Dr. Mohsen M. Saleh 2001: 83) Dalam Intifadah kali ini menunjukkan kehebatan pejuang HAMAS walaupun ramai para pemimpin dan pejuang terkorban,mereka tetap terus unggul dan tetap bersemangat dalam melawan musuh .

Intifadah ini juga telah memberi ruang yang luas dan sokongan dari seluruh dunia dengan mempromosi melalui media elektonik dan dikenali sebagai eletronic Intifadah. . Ulama-ulama memberi sokongan terbuka kepada pejuang melalui amaliyyah istisyadiyyah, fatwa boikot, menyeru umat Islam sedunia menyertai misi pembebasan Palestin. Jalan raya di Negara Teluk dibanjiri dengan demontrasi isu Palestin. Tunjuk perasaan juga diadakan di bandar-bandar utama dunia. Pada Mac 2005 satu pertemuan telah diadakan di Beirut menemukan beberapa gerakan Islam dunia iaitu HAMAS , Hezbullah , Jamaat Islami Pakistan dengan beberapa pegawai CIA dalam usaha Barat yang cuba bersikap neutral dan melobi supaya pihak EU mengiktiraf HAMAS.(Maszlee Malik 2006: 75-79)

Dalam Utusan Malaysia pada 5 Februari 2005 pemimpin HAMAS, Khaled Masaal mengutuk kerja- kerja penggalian dekat Masjid al-Aqsa, beliau mahu Israel belajar daripada peristiwa yang mencetuskan intifadah 2000. Israel sudah pasti sedar padah yang bakal menimpa jika mereka mencabuli kesucian al-Aqsa.(Reuter) Pihak Zionis sibuk membina terowong, melancarkan kempen pembersihan etnik dan merancang untuk menjadikan tingkat tingkat bawah Masjid al-Aqsa sebagai pusat pelancongan . Hal ini menimbulkan kemarahan umat Islam . Keadaan ini telah mengundang Bridge Abu Risyh , Bridge al-Aqsa , dan Katibah al-Mujahidin membalas tindakan melampau Israel dengan serangan yang tidak dibayangkan.( Azlinariah Abdullah 10)

5.3. HAMAS melibatkan diri dalam poltik

Pendekatan yang dilakukan oleh HAMAS dalam usaha membebaskan bumi Palestin dari cengkaman zionis ini dengan melibatkan diri dalam politik demokrasi dalam perjuangan mereka. Palestin bermula dari pilihanraya kecil di universiti hinggalah ke peringkat yang lebih besar.Pilihanraya adalah wadah yang penting untuk mengembalikan tanah air mereka dan perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan.(Maszlee Malik168)Ada juga HAMAS tidak melibatkan diri dalam pilihanraya . HAMAS tidak menerima politik yang dibawa oleh PLO (Organisasi Pembebasan Palestin) semasa menmbangunkan Negara Palestin pada 1988. Di bawah akan membincangkan berkaitan perkara tersebut:

i. Pilihanraya pelajar dan kesatuan sekerja

HAMAS telah meletakkan calon – calon mereka di peringkat universiti. HAMAS telah mendapat sokongan massa yang luas. Semasa pilihanraya tersebut perwakilan pelajar HAMAS sering memenangi 1/3 undi popular hingga ½ undi dalam pilihanraya pelajar di Universiti Najah , Universiti Gaza , Universiti Khalil , Universiti Birzit dan Universiti al-Quds. Mereka juga mendapat sokongan melalui Kesatuan Sekerja seperti Persatuan Jurutera, Kedoktoran , Farmasi , Guru dan Dewan Perniagaan. (Prof. Madya Dr. Mohsen M. Saleh 2001:84)

ii. Pilihanraya Majlis Perbandaran

Majlis Perbandaran atau dikenali Baladiyat. Pilihanraya diadakan di seluruh Gaza dan Tebing Barat. Pilihanraya ini melalui beberapa pusingan dan dianggap unik di dunia kerana mengambil masa lebih kurang setahun. Moto utama mereka menghapuskan penyelewengan dalam PA . Sebenarnya ia dirancang kemenangan adalah pada Fatah. Keputusan ini memeranjatkan pada pusingan pertama yang berakhir pada 27 Januari 2005 kerana 9 daerah yang mengundi 7 daripadanya memihak kepada HAMAS. Banyak kubu-kubu Fatah dapat ditembusi oleh HAMAS seperti Bayt Hanun, Der Balah , Zuwaiyah dan sebagainya. Kebersihan Pilihanraya tersebut masih diragukan. HAMAS tidak mahu menguasai PA tetapi mereka hanya mahu memperbaiki pos-pos yang banyak melakukan penyelewengan .(Maszlee Malik 2006: 88-109)

iii. Pilihanraya Majlis Legaslatif Pihak Berkuasa Palestin(PA)

HAMAS mendaftarkan diri dalam pilihanraya 2006 dengan nama al-Islah wa al-Taghyir. Pada pilihanraya tersebut seluruh mengejutkan dunia dengan kemenangan pada gerakan Islam yang dibawa oleh HAMAS untuk menuntut kemerdekaan negaranya. Kemenangan itu menjadi majoriti rakyat memberi kepercayaan kepada HAMAS untuk mengemudi kepimpinan PA sekaligus menerajui rakyat Palestin. HAMAS mendapat 74 kerusi daripada 132 kerusi yang dipertandingkan dengan mencapai 60.5% kerusi. Fatah hanya meraih 43 kerusi manakala 13 lagi dikuasai oleh parti-parti lain. Dengan kemenangan tersebut Abbas telah memberi mandat kepada HAMAS untuk membentuk kerajaan sendiri.

Kemenangan majoriti HAMAS adalah diluar jangkaan penganalisis politik. Pilihanraya ini adalah pilihanraya yang paling bersih dilakukan di rantau Arab. Agenda HAMAS dalam pilihanraya tersebut adalah untuk menghapuskan rasuah, korupsi, salah guna kuasa dan penyelewengan. Rakyat telah muak dengan kecurangan yang dilakukan oleh Fatah. Ini telah membuka mata dunia bahawa rakyat mahukan suatu kerajaan yang dapat membebaskan mereka dari rejim Zionis. Setelah kemenangan besar pada HAMAS menyebabkan Amerika dan Israel mengenakan sekatan perdagangan dan ekonomi kepada Pihak Berkuasa Palestin(PA) yang baru. (Maszlee Malik 108-120)

iv. HAMAS tidak turut serta dalam Pilihanraya

Semasa pemilihan Presiden PA, HAMAS tidak melibatkan diri iaitu pada 9 Januari 2005. HAMAS memboikot pilihanraya tersebut dan mereka tidak memaksa ataupun merayu rakyat agar tidak mengundi tetapi keengganan lebih 66% tidak keluar mengundi secara sukarela. Akhirnya Mahmoud Abbas menjadi Presiden PA bagi 25% sahaja daripada rakyat Palestin yang layak mengundi. HAMAS tidak menyertai pilihanraya 1996 kerana pada waktu itu pilihanraya tersebut di bawah naungan Oslo 1993 dan seliaan rejim Zionis.

5.4.Menjalan aktiviti sosial dan kebajikan

Gerakan HAMAS memberi bantuan dan untuk klinik – klinik pengubatan dan dasar pendidikan. Mereka menghormati anak-anak yatim dengan menyumbangkan makanan hibah dan menawarkan bantuan secara cash kepada mereka yang memerlukan bukan hanya kepada keluarga yang syahid bahkan kepada mereka yang menderita akibat serangan Zionis. Apabila Zionis memusnahkan rumah-rumah warga Palestin sebagai cara untuk menyiksa mereka yang mendukung perjuangan HAMAS, mereka tidak mendiamkan diri sebaliknya akan memberi dana permukiman cash yang melebihi nilai sebenar rumah mereka yang hancur itu.(Mark Juergensmeyer 114)

Dana yang diberikan digunakan sebaik mungkin bagi usaha-usaha kebajikan, sosial dan pendidikan, kelab sukan, masjid, klinik kesihatan dan pembiayaan sekolah.(wikipedia encyclopedia)Bukan mereka menggunakan wang yang diberikan untuk kepentingan diri mereka tetapi adalah untuk kebajikan rakyat Palestin. Berbeza dengan Fatah yang lebih mementingkan kekayaan dan kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan kesusahan yang dialami oleh rakyat Palestin dan memang mereka dikenali sebagai golongan yang pecah amanah. Walaupun HAMAS tidak mengharap bantuan ekonomi dari EU dan AS. Mereka mampu memberi pertolongan kepada rakyat melalui sokongan dan dorongan dari negara-negara Arab dan negara Islam yang lain.

Tiada siapa dapat menafikan usaha kebajikan yang dilakukan HAMAS bagi membantu pelarian Palestin di Gaza dan di Tebing Barat. Ketelusan mereka dalam menyalurkan bantuan ke kem-kem pelarian dan di lain-lain tempat tidak diragui . Kaganasan rejim merobohkan rumah-rumah Palestin sekolah- sekolah , tempat – tempat umum menjadikan HAMAS harapan terakhir sebagai tempat mengadu. Beberapa jurnalis telah meninjau dan mengakui bahawa rakyat Palestin tidak berasa risau soal kebajikan kerana mereka yakin HAMAS akan membantu mereka.HAMAS juga dikenali sebagai kumpulan yang amanah, jujur, baik dan professional dalam menjalankan tugas . ( Maszlee Malik ,67,77,107,153)

5.5.Menawarkan Hudna dengan Israel dan mengadakan rundingan dengan fraksi- fraksi lain.

HAMAS telah menawarkan Hudna kepada Israel untuk menyelesaikan masalah ini. sebagai proses damai. HAMAS sanggup melakukan rundingan dan perbincangan dengan musuh asalkan hak rakyat Palestin tetap terjamin dan menerima genjatan senjata dalam masa yang panjang. HAMAS telah meletakkan syarat – syarat tersendiri iaitu rejim Zionis perlu berundur dari sempadan 1967 secara keseluruhan termasuk dari Baitul Maqdis dan Khalil(Hebron).Rejim Zionis hendaklah melucutkan senjata seperti HAMAS. Sesiapa yang mengkhianati akan menerima padahnya..Orang awam tidak dijadikan sasaran oleh kedua-dua pihak dalam pertempuran. PBB perlu meletakkan Gaza dan Tebing Barat di bawah jagaan HAMAS daripada sebarang tindakan ganas rejim Zonis.

Setelah HAMAS mengemukakan Hudna, media antarabangsa, Israel dan AS tidak menghiraukannya. (Maszlee Malik 159,170)Fatah juga pernah mencanangkan dengan proses rundingan damai dengan Israel melalui PLO dan PA iaitu Perjanjian Madrid 1991(Nusse A. 1998: 129) , Oslo 1993 , Road Map (Maszlee Malik 2006:170) Syarm Syeikh 2005, tetapi HAMAS menolak perjanjian-perjanjian damai tersebut kerana ianya tidak menguntungkan rakyat Palestin sebaliknya memberi keuntungan kepada musuh. (Maszlee Malik 2006:114). Pada Mac 2005, HAMAS juga pernah mengisytiharkan tahdiah iaitu tempoh bertenang. Mereka sedia membuat rundingan damai untuk kesejahteraan rakyatnya tetapi sama sekali tidak akan menggadaikan tanahnya kepada Israel.

HAMAS telah mengadakan rundingan dengan Fatah dalam menangani pertempuran antara Fatah dan HAMAS. Maka terhasillah Pengiytiharaan Mekah. Dalam permuafakatan di depan kaabah itu akhirnya mereka bersetuju menubuhkan kerajaan perpaduan (kerajaan campuran) kebangsaan Palestin. Dalam pertemuan tersebut disepakati Hamas memegang jawatan sembilan menteri, Fatah enam menteri, lima menteri dari pihak bebas dan empat kerusi lagi dari fraksi lain dan tujuannya menghentikan pertentangan antara sesama rakyat Palestin dan menghindari pertumpahan darah. (palestinkini.info) kerana persengketaan selama dua bulan itu menyebabkan 200 rakyat mereka terbunuh akibat perselisihan politik . Mahmoud menggesa HAMAS agar Haneyyah menghormati perjanjian – perjanjian yang ditandatangani oleh PLO yang tidak pernah HAMAS menyertainya secara rasmi dan menetapkan Haneyyah sebagai ketua kerajaan Palestin. (Utusan10/2/07).

v.Memberi kesedaran melalui media massa mengenai isu Palestin, kempen barangan boikot.

HAMAS menjadikan media massa untuk menyebarkan isu Palestin kepada umat sedunia agar setiap umat Islam menyedari penderitaan yang mereka hadapi melalui televisyen, internet, email, surat khabar, majalah dan sebagainya dalam usaha mendedahkan prejudis Zionis dan meraih sokongan mengenai isu Palestin, kempen barangan boikot dan sebagainya. Kesan daripadanya berjuta orang telah mengubah cara hidup dari segi makanan ,minuman, pakaian, kenderaan hiburan dan lain-lain. Penurunan nisbah 80% secara mendadak makanan segera KFC, Mc Donalds di Arab Saudi, minuman pepsi cola dengan nisbah 46% di Mesir. Mereka telah mengalih perhatian kepada barangan, makanan, minuman tempatan. (Prof. Madya Dr. Mohsen M. Saleh 2001: 84)

HAMAS dapat menghasilkan laman web untuk kanak-kanak yang dinamakan al-Fateh.Majalah web ini yang bermaksud’penakluk’ itu dengan slogan ‘kanak-kanak adalah pembina generasi akan datang’. Ia dikenali untuk membuat satu tuntutan mengembalikan isu mengembalikan Bandar Spanyol iaitu Seville yang dikatakan syurga yang hilang di Andalus sebagai satu bahagian hak orang Islam yang wujud di antara tahun 711 dan 1492. Beberapa penganalisa Barat mengulas bahawa web site ini menghasut dan mendakwa ia mengajar fahaman teroris dan kekejaman kepada kanak-kanak contohnya isu yang ke 38 menunjukkan gambar seorang wanita yang melakukan bom berani mati. Keterangan ini menunjukkan bahawa Zainab Abu Salam telah melakukan serangan bom berani mati. Kepalanya, beberapa cebisan badan yang masih kekal dan tudungnya menghiasi mukanya. Abu Salem telah membunuh dua polis sempadan dam mencederakan 17 orang. Web site ini mungkin mengejutkan sesiapa yang menontonnya kerana mengandungi imej yang kejam.(wikipedia)

Hakikatnya web ini untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada kanak-kanak tentang semangat perjuangan Islam yang sebenarnya bukannya seperti yang diwar-war oleh Barat yang sememangnya membencikan Islam. Jika dilihat laman web Barat, hakikatnya lebih ganas dan kejam serta banyak unsur-unsur memburukkan Islam. Barat sebenarnya takut sekiranya kanak-kanak Islam ini bangkit pada masa akan datang melawan mereka dan mereka tidak mampu lagi memperkudakan umat Islam.

Pada 2005, tiga bulan sebelum Pilihanraya Majlis Legaslatif Pihak Berkuasa Palestin(PA), HAMAS telah mengumumkan cadangan mereka melancarkan siaran TV percubaan “al-Aqsa”. Stesyen ini telah dilancarkan pada 7 Januari 2006 . Ia juga dimasukkan rancangan untuk tontonan kanak. (wikipedia)

Melalui pendekatan yang dilakukan banyak memberi impak positif dalam perjuangan HAMAS kerana rakyat memang memerlukan kepada HAMAS dalam membantu mereka disebabkan kezaliman, kekejaman, kerosakan yang dilakukan oleh rejim Zionis kepada mereka. HAMAS digeruni oleh pihak lawan dan disegani oleh rakyat di bawah pemerintahannya. Mereka sanggup bersusah payah bersama rakyat bukan hanya untuk kesenangan diri mereka semata-mata.

6.0 PENUTUP

HAMAS mewakili umat Islam seluruh dunia di Palestin untuk membebaskan Bumi Palestin di tanah air mereka sendiri dari cengkaman Zionis laknatullah yang sentiasa mencari jalan untuk menguasainya. Justeru seluruh umat Islam perlulah memberi sokongan,dorongan dari segi spiritual dan material kepada mereka.Umat Islam mestilah bersatu padu tanpa mengira apa jua parti, fahaman, bangsa dan perlulah mengambil berat dan sensitif dengan isu Palestin ini jangan hanya menuding jari tanpa berusaha untuk mengembalikan al-Quds ke tangan umat Islam kerana al-Quds bukan hanya untuk rakyat Palestin sahaja tetapi ia adalah hak umat Islam di seluruh dunia dan semua pihak wajib mempertahankannya. Umat Islam perlu menyedari bahawa sahabat seakidah dalam kesusahan memperjuangkan tanah air mereka, bandar suci ketiga, bumi Isra’ dan micraj dan bumi para anbia’ daripada dijajah dan dirampas oleh Zionis.

Oleh itu hulurlah bantuan kepada sahabat-sahabat seperjuangan kita melalui infaq fi sabilillah, jihad ekonomi dengan memboikot barangan yahudi dan AS, tidak melupakan mereka dalam doa-doa seluruh umat Islam agar mereka mencapai kemenangan dalam perjuangan. Kemenangan HAMAS adalah kemenangan buat Islam. Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “wahai orang-orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu kamu dari azab seksa yang tidak terperi.iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu,yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (Al-Qu’ran , al-Soff 61, 10-11) .

Wednesday, May 21, 2008

Tabarruj Adalah Haram

http://gelanggangminda.com/artikel/tabarruj.htm(3/1/08)
Erti tabarruj adalah membuka dan menampakkan sesuatu untuk dilihat mata. Zamakhsyari berkata, "Bahawa tabarruj itu ialah memaksa diri untuk menyembunyikan sesuatu yang seharusnya disembunyikan."
Namun, dalam konteks masa kini, tabarruj lebih kepada wanita yang menampakkan perhiasannya kepada lelaki yang bukan muhrim.
Larangan ini adalah keranan menyamai dengan wanita di Zaman Jahiliyah seperti yang telah diungkapkan di dalam surah al-Ahzab, ayat 33 : "Dan tinggallah kamu (wahai isteri-isteri nabi) di rumah-rumah kamu dan jangan kamu menampakkan perhiasan kamu seperti orang jahiliyah dahulu."
Tabarruj juga boleh dalam bentuk lain iaitu :
• keluar dan berjalan dengan gerakan yang boleh menarik perhatian lelaki
• cara percakapan yang menggoda
• menampakkan perhiasan (kalung, rantai dan rambut) dengan tidak bertudung
Tetapi ingatlah, tabarruj ini bukan sahaja pada yang tidak menutup aurat, malah bagi mereka yang menutup aurat apabila pakaiannya terlalu mewah atau menarik perhatian lelaki.
Oleh itu, para wanita sekalian, jagalah pemakaian anda. Jangan sesekali mengundang kaum lelaki untuk merosakkan anda apabila nafsu serakah lelaki diuji.

Halal wal Haram
Suara Masjid UTP
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/

Tuesday, May 20, 2008

SEKULARISME, Ancaman dan penyelesaian

OLEH : bintu Ismail

PENGENALAN

Ideologi moden kini mempunyai pertalian erat dengan pemikiran sekular. Pemikiran ini tersebar di seluruh dunia termasuklah negara Malaysia. Ia lahir sebagai satu sistem yang popular. Ia menerpa masuk ke Malaysia tidak dapat dibendung lagi hingga menjadi ancaman besar terhadap dakwah Islamiyah terutamanya dalam politik negara. Sekularisme melahirkan fahaman sosialisme, naturalisme, athiesme, pragmatisme dan sebagainya.

Dalam kertas kerja ini, penulis akan cuba memberi pendedahan kepada para pembaca mengenai sekularisme, sejarah, faktor perkembangannya, negara pertama yang disekularkan dan ancamannya kepada masyarakat serta jalan penyelesaian .

2.0 PENGERTIAN SEKULARISME

Menurut A.S Hornby sekular bermaksud tidak ada kena mengena dengan hal ehwal rohaniah atau keagamaan. Secularisme pula adalah daripada perkataan bahasa inggeris, ertinya kepercayaan bahawa akhlak, pendidikan dan sebagainya tidak seharusnya didasarkan kepada agama, manakala secularist juga daripada bahasa inggeris iaitu penyokong atau pengikut sekularisme.

Di dalam Kamus Dewan sekularisme bermaksud faham (dokrin, pendirian dsb) yang menolak atau memisahkan agama atau ciri-ciri keagamaan daripada urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan agama (seperti pentadbiran awam dan lain-lain).
Groethusyen menjelaskan sekularisme”as attempt to establish an autonomous sphere of knowledge purged of supernatural,fideistic presuppositions.”

Secara dasarnya ia bermaksud ideologi atau ajaran yang membina seluruh pengarahan hidup manusia dalam aspeknya selain dari ibadah keagamaan di atas asas kepentingan , keperluan, ukuran dan nilaian duniawi semata-mata. Presiden Kedua Amerika pernah berkata :”Kerajaan Amerika ditegakkan tanpa berlandaskan agama kristian sedikitpun .”

Sekularisme adalah bercanggah sepenuhnya dengan ajaran Islam yang sempurna kerana penafian manusia terhadap sifat yang lengkap dan sempurna dan petunjuk Tuhan itu. Bagi setiap muslim, kesempurnaan dan kelengkapan Islam itu sendiri adalah merupakan aqidah yang diimani oleh seseorang tanpa ragu-ragu.

Di sini dapatlah disimpulkan bahawa sekularisme ini merupakan suatu fahaman yang memisahkan antara urusan keagamaan dengan urusan keduniaan. Setiap perkara yang dilakukan tidak perlu dikaitkan dengan agama. Manusia boleh melakukan apapun mengikut akal fikiran tanpa perlu dipadukankan dengan agama sedikitpun. Umat Islam patutlah mengetahui perkara ini agar mereka tidak terus bersekongkol dengannya.





3.0 SEJARAH DAN FAKTOR-FAKTOR PERTUMBUHAN SEKULARISME

Sekularisme ini bermula di Itali pada abad pertengahan. Pada waktu itulah terbentuknya ideologi moden. Ia tumbuh dengan jayanya di Eropah pada abad ke-19 seterusnya ia berkembang ke seluruh dunia pada abad ke-20 terutama dalam bidang politik. Ia dibawa oleh Barat ke negara yang ditaklukinya. Di antara faktor-faktor berlakunya fahaman ini ialah:

i. Pergolakan dan perubahan di gereja. Kejadian ini berlaku kerana perubahan sikap golongan gereja yang menyeleweng hingga menjatuhkan maruah mereka , ramai di kalangan agamawan gereja menjadi ahli politik, penjual bursa penebusan dosa.

ii. Perkembangan teknologi dan pembangunan masyarakat seperti teknologi binaan dan proses pembangunan masyarakat berkembang pesat. Pada waktu itu telah lahir para ilmuan seperti Gardano, beliau telah mencipta teleskop, Rene Descartes yang menyeru kepada sistem logik dalam pemikiran dan perilaku manusia, John Locke pula menuntut agar wahyu tunduk kepada akal.

iii. Perkembangan ekonomi dan pengaruh kapitalisme. Ekonomi pada waktu itu dipengaruhi oleh fahaman yahudi iaitu Karl Marx dengan berkonsepkan fahaman Kapatalisme. Sikap perekonomian yang mementingkan kekayaan yang diwarisi turun temurun itu telah menjadi sebati dalam kehidupan mereka.

iv. Kelahiran ilmu pengetahuan baru, perkembangan bidang astronomi, falsafah moden dan lain-lain. Ilmu yang berkembang pesat dan kecintaan terhadap pembaharuan seperti falsafah Nietzsche yang beranggapan bahawa Tuhan telah mati. Lahirnya prinsip akal dan alam , mendorong mereka mengejar keseronokan. Penglibatan paderi dalam bidang falsafah menimbulkan rasa tawar hati dengan urusan gereja.


4.0 MATLAMAT SEKULARISME

Matlamat sekularisme ialah menutup sebarang hubungan alam ini dengan Allah S.W.T. Sesungguhnya matlamat ini tercapai melalui penolakan mereka terhadap segala nilai, ukuran, peraturan hukum dan konsep-konsep agama daripada memandu kefahaman manusia dan aktiviti kehidupannya. Penolakan tersebut secara tidak langsung menggantikannya dengan ukuran, peraturan dan konsep-konsep baru yang bersumberkan akal fikiran manusia sebagaimana yang disediakan oleh berbagai-bagai teori, ideologi dan falsafah kebendaan yang muncul di Barat.

Matlamatnya juga ialah manusia adalah manusia , tuhan adalah tuhan, dunia adalah dunia. Ini menunjukkan bahawa tidak pernah wujudnya tuhan atau adanya alam ini. Perkara tersebut semuanya saling lengkap-melengkapi sebuah fahaman sekular terhadap hakikat hidup, agama, manusia dan alam sebagaimana yang diakui oleh Arberri:
"Bahawa sesungguhnya setiap Materialisme, Humanisme, Naturalisme dan Positivisme pada hakikatnya adalah bentuk-bentuk dan gambaran-gambaran yang berbagai- bagai fahaman sekularisme yang satu sekalipun berlainan nama."

Matlamat terakhirnya ialah menentang agama dan menjadikan manusia pada kedudukan yang tertinggi mengikut kekuasaan mereka tanpa ada sedikitpun hubungan dengan Tuhan. Sekularisme adalah ideologi yang diperkenalkan oleh Barat secara paksa dan tipu daya di tanah air umat Islam dan memastikan segala tinggalan-tinggalan penjajah Barat akan terus diagungkan, ditaati sebagai satu cara hidup umat Islam sekalipun selepas mereka meninggalkan negara umat Islam. Secara umumnya, menurut Van Leeuwen,”Sejarah revolusioner Barat sampai sekarang terus melanjutkan proses sekularisasi tak mungkin berhenti dan akan terus berputar”

5.0 NEGARA ISLAM SEKULAR YANG PERTAMA

Turki adalah negara Islam yang pertama menjadi tempat tumbuhnya sekularisme. Pembentukannya memang dirancang oleh Barat kerana mereka telah berpakat untuk menjatuhkan khilafah Islamiyah dan ingin menguasai Selat Dardananella dan Selat Bosporus serta ingin mendapat kekayaan daripadanya. Barat berpendapat bahawa kalimah khalifah itu memberi kekuatan pada umat Islam , mereka tidak akan memerangi Turki sekiranya Turki mengikut kehendak barat laknatullah ini. Itulah perancangan licik barat untuk menguasai negara – negara lain di dunia ini.

Mustafa Kamal Atatuk adalah pemimpin negara Turki sekular ini. Dia telah menubuhkan sebuah parti sekular yang dinamakan Republican People Party(RPP). Beliau telah menganjurkan konsep pemisahan antara agama dan negara kerana pada pendapatnya bahawa cengkaman agama boleh menghalang kemajuan dan meyusahkan segala keinginannya. Hidupnya memang banyak memberi impak yang negatif kepada rakyat Turki dan fahaman sekular telah berdarah daging dalam kehidupan beliau.

Antara perkara-perkara yang dilakukan oleh Atatuk semasa pemerintahannya iaitu pada 8 April 1924, Atatuk telah menghapuskan Mahkamah Syariah dengan menggantikannya dengan satu enakman baru iaitu Undang-Undang Kebangsaan. Pada tahun itu juga beliau memecat para Qadhi dengan menggantikan dengan hakim-hakim yang berkelulusan Swiss, Itali dan Perancis. Pada tahun 1925 M, Atatuk telah mengharamkan pemakaian tarbus, jubah, tetapi sekiranya memakai topi, kot, tali leher dikalangan rakyatnya adalah digalakkan kerana pada anggapannya pemakaian Islam tersebut menghalang kemajuan sesuatu bangsa seterusnya dia telah menghapuskan gelaran Sheikh al- Islam,al-calamah dan sebagainya yang sebelum ini telah diberikan kepada tokoh-tokoh agama.

Pada tahun 1926, undang-undang mucamalah dihapuskan hingga perkataan yang dituntut oleh agama seperti wallahi, wabillahi dan sebagai tidak boleh diamalkan. Pada April 1928 M, perkataan Islam sebagai agama rasmi dihapuskan dalam perlembagaan negara dan menukarkannya dengan perkataan sekular. Pada 1932 M, al-Quran diterjemahkan ke dalam bahasa Turki dengan menggunakan bahasa latin. Pada tahun 1933 pula , Fakulti Theologi di Universiti Istanbul telah ditutup, semua azan hendaklah dikumandangkan dalam bahasa Turki. Akhirnya pada tahun 1938 M , semua pertubuhan Islam telah diharamkan.

Apabila dilihat situasi ini dapatlah difahamkan bahawa Atatuk inginkan ideologi sekular ini dapat dipraktikkan dalan semua bahagian. Apa-apa yang berkaitan dengan Islam mestilah dihapuskan. Oleh itu, pengaruh sekular Turki sedikit sebanyak mempengaruhi juga negara Islam yang disekularkan selepas itu termasuklah Negara Malaysia. Walau bagaimanapun pembaharuan material yang dilakukan tidaklah sehebat mana , ekonominya semakin merosot, tanaman-tanaman tidak menjadi . Pembangunan yang dilakukan tidak dapat menandingi kemajuan yang dilakukan oleh kesultanan Uthmaniyah sebelum ni.

6.0 ANCAMAN-ANCAMAN SEKULARISME

Sekularisme adalah suatu ancaman yang amat merbahaya kepada seluruh dunia Islam terutamanya dalam kontek negara Malaysia. Di sini, politik adalah ancaman utama dalam ideologi tetapi ia dapat dihubung kait dengan pelbagai bahagian antaranya iaitu:

6.1 DALAM BIDANG PERUNDANGAN

Cengkaman sekularisme begitu mendalam kepada umat Islam tanpa disedari ia telah dieksport oleh barat bermula dari proses penjajahan , kemerdekaaan dan akhir kemodenan.Proses ini merupakan alat-alat atau makanisme sekularisme. Di Malaysia mengikut undang-undang yang di bawa oleh penjajah,agama tidak mempunyai sebarang pengaruh dan hubungan dalam pemerintahan sesebuah negara tetapi hanya berligar dalam skop yang sempit iaitu hanya digunakan dalam hal-hal berkaaitan kekeluargaan.

Suruhanjaya Lord Reid menjadi undang-undang tertinggi umat islam di Malaysia pada bahagian 1,perkara 4 fasal (1) Di bawah judul'Undang-Undang Utama Persekutuan' yang menyebut:"Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang yang diluluskan selapas kemerdekaan dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan itu."

Peranan Islam yang diperuntukkan dalam perkara 3(1) iaitu Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan ,tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana bahagian Persekutuan . Ia dibataskan lagi dengan wujudnya perkara 4(1) di atas. Status undang-undang ini secara terang menolak al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan tertinggi umat islam di dalam negara ini.Ia bukanlah kemerdekaan yang hakiki sebaliknya ia adalah penerusan dari penjajahan barat ke atas umat islam melalui undang-undang yang di cipta mengikut hawa nafsu manusia.

Kedudukan islam dalam perlembagaan memang tidak kukuh jika dibandingkan dengan Perlembagaan beberapa negara seperti Mesir ,Pakistan dan Arab Saudi.Dalam Perlembagaan Mesir contohnya menjadikan Islam adalah agama negara dan syariat Islam sebagai sumber asas perundangannya.Arab Saudi menjadikan raja adalah terikat dengan syariat dan hukuman-hukuman hanya boleh dijatuhkan berdasarkan ajaran al-Quran dan al-Sunnah.

Hak mengeluarka hukum mengikut islam adalah hak-hak Allah SWT yang tidak dikongsikan dengan sesiapapun .Memberikan hak kepada manusia untuk mengeluarkan hukum adalah salah satu perbuatan shirik yang membawa keada kemurtadan .Undang-undang utama umat islam ialah al-Quran dan al-Sunnah tetapi sekularisme menggantikannya dengan undang-undang yang dibuat sendiri oleh manusia.Justeru ,setiap undang-undang yang berlawanan dengan undang-undang Allah SWT wajib ditolak.Allah SWT telah menegaskan dalam al-Quran, surah al-Maidah ayat 49 maksudnya:”Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka.”HadisRasul juga ada menyebutkan :”Jangan kamu taat kepada makhluk da dalam perkara yang mendurhakai Allah.” Agama Islam adalah agama yang lengkap ,Islam telah telah menyediakan panduan yang lengkap kepada umat islam berkaitan cara pemerintahan dan pemerintahan yang selaras dengan sifat kehambaan kepada Allah SWT dan wajib dipatuhi.

6.2 DALAM BIDANG SOSIAL

Sekularisme telah meletakkan persamaan hak di antara manusia, menggantikan Allah dengan ilmu pengetahuan dan menggantikan susunan hierarki kekuasaan di alam semesta iaitu Allah , manusia , alam semesta (iaitu konsep mentauhidkan Allah , menganggap manusia sebagai khalifah , alam semesta sebagai ciptaan yang digunakan untuk kemakmuran manusia Tuhan tiada mempunyai kuasa apa-apapun dalam mentadbir dunia ni.

Perkembangan hak asasi manusia di Barat menegaskan bahawa makna yang dikehendaki ialah mewujudkan tujuan dan nilai-nilai barat dan hal-hal yang berkaitan dengan peradaban tertentu . Barat mengatakan bahawa Islam adalah musuh dan penghalang hak-hak asasi manusia dengan berasaskan konsep sekularisasi dan keduniaan. Sebenarnya Islam amat mengambil berat tentang hak-hak asasi manusia dan meletakkan wanita di tempat yang sewajarnya serta memasukkannya dalam sesuatu yang menjadi kewajipan seperti pakaian, keperluan hidup, keamanan, berkeyakinan, pengawasan penguasa dan sebagainya agar kehidupan mereka terpelihara daripada anasir-anasir yang tidak baik. Pembelaan tersebut amat penting dalam Islam untuk mewujudkan kemanusiaan yang mencapai tujuan syariat agama , menjaga kesinambungan hidup manusia, penjagaan akhlak yang mulia dan adab istadat yang baik.

Sekularisme memberi kebebasan kepada manusia untuk bergerak, bebas dari sekatan , gangguan dan sebagainya. Ia memberi kebebasan untuk berhubung sesama manusia dan menentukan cara hidup sendiri yang mereka gemari samada akhlak, bentuk pergaulan, pemikiran dan lain-lain tanpa mengikut hukum syarak. Akhirnya masyarakat terjerumus kepada kebinasaan, meruntuhkan institusi kekeluargaan yang merupakan rukun asasi sesebuah masyarakat. Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya kami akan menurunkan azab dari langit atas penduduk kota ini kerana mereka telah membuat fasik.”Kebebasan menurut tafsiran sekular ialah kebebasan yang menjadi suatu asas kepada suatu cara hidup mengikut hawa nafsu kebinatangan yang jauh dari rahmat Allah SWT. Kebebasan melakukan kejahatan, kemugkaran , kerosakan dan sebagainya, pada penilaian mereka adalah suatu kebaikan.

Berbeza pandangan sekular dengan Islam kerana Islam telah menegaskan bahawa perkara yang jahat mesti dihindarkan manakala perkara yang ada kebaikan di sisi Allah SWT mesti diamalkan. Kebebasan mengikut pendapat sekular tidak perlu dihormati tetapi perlu disekat demi kesejahteraan dan kebaikan umat sejagat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Janganlah bersendirian seseorang lelaki dengan seorang perempuan kerana syaitan akan menjadi orang ketiganya.

Pemikir - pemikir barat telah telah mendefinasikan budaya sebagai cara hidup. Ini menjadikan budaya bukannya agama sebagai elemen penting dalam kehidupan seseorang sementara agama hanyalah perkara sampingan . Agama adalah sebahagian kecil daripada budaya melayu . Perlembagaan Malaysia meneruskan tradisi ini dengan mensyaratkan untuk menjadi melayu mestilah beragama Islam. Hal ini perlulah diberi perhatian iaitu perkataan “Melayu” didahulukan sebelum perkataan “Islam” Oleh itu teranglah bahawa pemikiran sekular telah menyusup ke perbatasan intelektual akhirnya secara tidak langsung meminggirkan peranan Islam dalam kehidupan.

6.3 DALAM BIDANG AGAMA

Ajaran sekular memberi kebebasan dalam kehidupan manusia untuk memilih mana-mana akidah yang mereka ingini. Manusia boleh berfikir dan beriktikad sesuka hati tanpa sebarang sekatan samada menyembah Allah atau menafikanNya atau menyembah sesama makhluk. Dalam hal ini, masyarakat boleh menolak atau menukar mana-mana agama yang mereka kehendaki tanpa bantahan daripada mana-mana pihak seperti yang tertakluk pada bahagian 11, fasal (1) iaitu “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengembangkan agamanya.” Oleh itu, ia menjadikan penyembahan Tuhan dan ajaran agama boleh ditukar ganti bila-bila masa sahaja sesuka hati mereka, contohnya apabila dia ingin Islam, dia Islam apabila dia ingin keluar dari Islam keesokannya tiada siapa yang boleh menghalangnya kerana itu adalah haknya beragama.

Kebebasan agama ini adalah suatu penghinaan kepada kesucian Islam , fahaman ini menjadikan penyembahaan kepada tuhan dan ajaran agama sebagai barang yang boleh ditukar ganti. Kebebasan beragama ini mestilah ditentang kerana ia berhubungkait dengan aqidah seseorang mukmin dan akan menjerumuskannya kepada kehancuran dan kehinaan. Sekiranya kita membiarkannya sekularisme membuka pintu kemurtadan yang berterusan kepada umat Islam. Agama yang lain tidak bolah disamakan dengan agama Islam kerana agama selain Islam adalah tertolak. Islam tidak mengiktiraf kebaĊ£ilan walau apapun yang terjadi. Umat Islam perlu menyedari sesungguhnya tiada jalan lain yang dapat dihindarkan selain menyekat hakikat itu dan meruntuhkan ideologi tersebut sebelum ia meruntuhkan masyarakat kini. Islam sebenarnya bukan mengganggu hak kebebasan beragama. Islam tidak menghalang orang kafir yang tinggal di negara umat Islam untuk mengamalkan agama mereka kerana itu adalah hak mereka tetapi bagi masyarakat muslim mestilah tetap berpegang dengan agamanya kerana tiada agama lain yang lebih hebat untuk mereka anuti selain agama Islam.


6.4 DALAM BIDANG EKONOMI

Ajaran sekular dipengaruhi oleh sistem kapitalis, ia memberi kebebasan sepenuhnya kepada manusia untuk memiliki hartanya iaitu melalui perniagaan secara bebas tanpa sebarang sekatan dan batasan. Perasaan mementingkan diri untuk mendapat keuntungan dan kebendaan meluap-luap di jiwa masyarakat dengan tidak segan silu menyeleweng penggunaan harta dan wang. Fahaman materialisme juga meresap dalam diri masyarakat kini. Konsep ini tidak menghiraukan kesan buruk kepada orang ramai, asalkan hidup mereka senang, kaya raya biarlah orang lain hidup melarat.

Ideologi ini menjadikan perdagangan yang bebas ini satu-satunya penyelesaian yang dapat menjamin kebahagiaan, mengekalkan keseimbangan kemajuan ekonomi yang membawa kekayaan ekonomi. Sesungguhnya kebebasan ini mengenepikan nilai-nilai akhlak, agama, kemanusiaan dalam mengejar keuntungan peribadi. Menjadikan manusia hamba keseronokan dunia. Selain itu, sistem ini memimpin manusia ke arah kebinasaan tanpa menghiraukan orang lain yang memerlukan pertolongan .

Perbezaan ekonomi Islam dengan sistem kapitalis amat ketara kerana Islam telah menggariskan panduan-panduan tertentu contohnya berhubung jual beli dan urusan perniagaan . Peraturan-peraturan ini untuk menjaga kemurnian dan kebersihan urusan ekonomi dari segala penindasan, penipuan, tidak berakhlak, maksiat supaya ia berjalan di atas dasar saling tolong menolong dalam melakukan ketaatan kepada Allah dan memudahkan urusan kehidupan sesama manusia di dunia ini. Ekonomi Islam tidak menjadikan keuntungan adalah matlamat utama, tetapi rahmat dan keberkatan daripada Allah mestilah dititikberatkan agar kehidupannya dan masyarakat mencapai kesenangan yang hakiki. Islam tidak memberi ruang kepada manusia untuk melakukan kezaliman.
Firman Allah SWT yang bermaksud “Hai orang yang beriman, janganlah kamu makan harta sesamamu dengan jalan yang salah kecuali dengan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu”.

6.5 DALAM BIDANG PENDIDIKAN
Sistem pendidikan yang disogokkan oleh British adalah yang bercorak sekular. Ia adalah perancangan penjajah untuk menyebar ideologi sekular mereka kepada masyarakat muslim antaranya ialah:.
i Sekatan secara material dilakukan dengan membuka pintu seluas mungkin kepada pengajian di sekolah-sekolah yang jauh dari ruh agama Islam, mereka mengajar masyarakat muslim dengan mementingkan kebendaan dan kebaratan dalam hidup seseorang muslim . Sekularisasi ini dimulakan oleh Stamford Raffles abad ke-19 dengan mengasingkan pelajaran bahasa dan pelajaran lain dengan pengajian al-Quran sedangkan sebelum ini, ia adalah berpadu. Dengan itu lahirlah pemisahan antara agama dengan perkara yang bukan agama. Maka bertambah jauh umat Islam dari panduan Islam yang murni.
ii. Sekatan secara moral ialah dengan memperlekehkan golongan penuntut agama dan guru-guru mereka. Mereka yang perpendidikan agama ini dianggap kolot, jumud, tidak bertamadun dan sebagainya. Mereka kurang dipandang tinggi dalam masyarakat. Dari segi jawatan pula, lepasan bidang agama tidak banyak mendapat peluang pekerjaan yang ber’standard’ disamping ganjaran dan status yang dipandang rendah tetapi bagi lepasan bidang-bidang lain agak mudah mendapat peluang dengan habuan dan status yang lumayan.

Menghantar pelajar Islam ke negara-negara bukan Islam untuk mendalami ilmu. Misi penghantaran ini akan membuahkan hasilnya yang memang dinanti-nantikan iaitu pelajar itu bertambah jahil dengan agama, nilai dan adat Islam . Ini menyebabkan pelajar itu tertarik dengan budaya Barat. Mereka itulah apabila pulang ke tanah air membawa pengaruh Barat dan memegang tampuk kepimpinan negara. Mereka yang mempunyai fahaman sekular hasil pendidikan yang diterima memperkembangkan fahaman sekular dan menyebarluaskan fahaman tersebut dalam bidang yang mereka ceburi.

Sebenarnaya ilmu agama tidak boleh dipisahkan dengan ilmu-ilmu lain kerana ilmu agama berhubung kait dengan segala ilmu pengetahuan samada sains, pentadbiran, , sejarah, biologi dan sebagainya. Ilmu ini dapat membimbing manusia untuk mendekatkan diri kepada penciptanya, memperteguhkan keimanan dan mengagungi kekuasaan Allah.

6.6 DALAM MEDIA MASSA

Media massa memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat era siber ini, ia memberi pengaruh yang amat besar kepada penontonnya. Perkara ini dapat dilihat sekarang pengaruh sekular tersebar luas dalam media contohnya rancangan-rancangan televisyen, pengisian-pengisian di dalam internet, majalah, komik, surat khabar menonjolkan gambar-gambar yang mengghairahkan, porno, kezaliman, keganasan untuk meruntuhkan akhlak umat Islam terutamanya golongan muda - mudi. Kebanyakan masyarakat tidak mengetahui bahawa itu adalah perancangan barat dalam menghancurkan umat Islam melalui peperangan saraf. Masyarakat terus tenggelam dengan keseronokan yang dihidangkan oleh Barat tanpa menyedari tipu helah yang dilakukan.
Media berunsur islam masih lagi kurang.Sekiranya diadakan program misalnya forum kurang mendapat sambutan dan menjadi hambar.Tapi jika rancangan berunsurkan hiburan mendapat sambutan hangat.Di Malaysia sekarang pelbagai anugerah dinobatkan kepada artis-artis yang dipertontonkan secara meluas dalam media seperti ‘Bintang Popular’,’Akademi Fantasia’,’Malaysia Idol’, penyanyi diagung-agungkan sementara para ulama yang membawa kebenaran,yang ikhlas kurang mendapat pengiktirafan sebegitu rupa. Sepatutnya media massa itu menjadi "mimbar dakwah" yang menyeru kepada kebaikan dan menyampaikan kebenaran, bukannya perkara maksiat, medan fitnah dan kilang kerosakan sosial masyarakat. Itulah kerja sekularisme yang berusaha tidak berhenti-henti untuk menjauhkan umat Islam dari agamanya.


7.0 CARA PENYELESAIAN

Setiap masalah , tribulasi pasti ada jalan penyelesaiannya dan strategi dakwah dalam membendung masalah ini agar ia tidak mendarah daging dalam jiwa umat Islam. Jadi di sini ada beberapa cadangan yang dapat dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini. Cara penyelesaiannya adalah seperti berikut:

i. Para ilmuan Islam hendaklah mengadakan kelas-kelas pengajian agama dan berusaha memberi gambaran sebenar kepada umat Islam dalam pelbagai cara seperti penulisan ilmiah, ceramah, katalog dan sebagainya tentang bahayanya sekularisme ini dan mengajar mereka agar dapat menguasai segala ilmu dan prinsip-prinsip Islam supaya mereka tidak terjerumus dengan perkara yang bertentangan dengan kehendak Islam . Ia menjadi satu kewajipan kepada semua untuk mempertahankan ketulinan keilmuan Islam.

ii. Para ilmuan Islam mestilah menghidupkan sunnah dalam kehidupan dan menzahirkan keunggulan Islam , berpadu menolak dan mengkritik para intelektual sekular agar fahaman mereka tidak menular dalam fikiran umat Islam dan membuktikan bahawa celupan Islam ini juga mampu maju seperti bangsa lain walaupun tidak mengikut telunjuk sekular.

iii. Pihak kerajaan dan NGO perlu mengadakan halaqah-halaqah al-Quran percuma
kepada seluruh umat Islam tanpa mengira kedudukan, bangsa, dewasa, kanak-kanak dan sebagainya beberapa kali seminggu. Diwajibkan kepada mereka yang berkelulusan agama memperuntukkan masa untuk umat Islam agar mereka lebih memahami cuba mengamalkannya dalam kehidupan Islam yang sebenar berdasarkan panduan al-Quran.

iv. Umat Islam mestilah meninggalkan sikap mengagung-agungkan ketamadunan barat yang kononnya membawa kemajuan dan kemodenan. Sebenarnya ia semata-mata untuk mengaburi umat Islam. Sebaliknya umat Islam mestilah menyanjungi kegemilangan tamadun Islam serta cuba sedaya upaya, berkorban segalanya agar dapat mengembalikan kegemilangan Islam.

v. Umat Islam mestilah bergabung dan bersedia mengorbankan harta, wang ringgit, tenaga dan segalanya untuk kemaslahatan Islam serta menanam keazaman yang jitu untuk mengembalikan kedaulatan Islam di Malaysia yang tercinta agar ia menjadi kenyataan suatu hari nanti.

vi. Pihak berkuasa mestilah mengharamkan segala media yang bolah merosakkan nilai murni Islam dengan menukarkan kepada alternatif yang bermanfaat agar dapat mendidik dan melahirkan umat Islam yang berpekerti mulia, bertamadun tinggi dan berilmu, membuka minda masyarakat agar dapat membawa negara menjadi maju berdasarkan ketentuan Islam .

8.0 PENUTUP

Penulis mengharapkan kertas kerja ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca agar dapat mengetahui strategi musuh-musuh Islam untuk menhancurkan umat Islam. Jangan jadikan bumi Malaysia seperti Turki zaman Atatuk dahulu kononnya inginkan kemajuan akhirnya negara tersebut semakin hilang keizzahannya, tergadai maruah bangsa kerana menjadikan Barat sebagai idola. Hakikatnya Islam adalah contoh terbaik untuk diteladani kerana umat Islam dahulu mampu maju dengan mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka.

Oleh itu marilah bersama-sama kembali kepada Islam yang syumul, berpegang teguh dengan tali Allah yang berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Jadikan Islam deenul hayah sepanjang zaman , bersatu berpadu sepenuh tenaga , berjuang segalanya untuk Islam. Usah tertipu dengan dunia yang melalaikan, jadikan dunia sebagai bekalan untuk ke akhirat. Umat Islam adalah umat yang terpilih sesuai dengan ucapan yang dilontarkan oleh Saidina Umar kepada umat islam:”Dulu kita ialah kaum yang hina lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Jika cari kemuliaan dengan sesuatu yang lain, nescaya Allah akan menghina kita.”

Jangan biarkan diri masyarakat Islam kini terus disekularkan oleh Barat kerana kesenangan yang dicanangkan itu hanya keseronokan yang sementara. Hakikatnya syurga adalah kesenangan yang hakiki. Mudah - mudahan segala usaha dan penyelesaian yang dilakukan dapat memberi impak yang positif buat Islam dan perjuangan Islam akan mencapai kegemilangannya.







RUJUKAN


Al-Quran

Abd al-Mutaal al-Saidi,1999, Kebebasan Berfikir dalam Islam,(trj)Ibnu
Burdah,(pnyt)Imran Rashidi.

Abu Ridho .2001 .Gerakan keagamaan dan pemikiran . Jakarta : al-Islahy Press .

Advanced English Dictionary,,2001, Federal Publication Sdn. Bhd.

Ahmadi al-Aziz .2002.Bapa pembanguann Turki moden, Mustafa Kamal Atatuk. Kuala
Lumpur :Usnie Sdn Bhd .

Anwar Jundi .1917. ,Kejatuhan Ideologi Materisme dan Agenda Pengisian

Che Yusoff bin Che Mamat Sekularisme . 1988. Perkembangan dalam Masyarakat
Muslim. Kuala Lumpur : al-Rahmaniah.

Dr. Danial Zainal Abidin. 2003 . Kit Kombat Islam untuk Remaja . Pahang: PTS
Publications & Distriburors Sdn. Bhd

Ghazali Darussalam .1998. Dakwah Islam dan ideologi moden. Utusan Publications and
Distributors Sdn Bhd.

Hibah Rauf izzat. 1997 . Penglibatan Wanita dalam Politik.terj . Selangor: Dar al Hijrah.

Hornby A.S . 2000. Oxfort Fajar English- Malay Dictionary (trj)Prof. Dato' Dr Asmah Hj
Omar, Fajar.

Idris Endot . 1979 . Dakwah Islamiah di Malaysia semenjak Tahun 1956-1979, Tesis Dr.
Falsafah .Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Islam. Terj., Selangor : Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd.

Mark Juergensmeyer,(trj)Norhaidi , 1419H/1999 .Menentang. Negara Sekular, Bandong : Mizan Pustaka.

Muhammad Rashid Feroze .1976 . Islam and Secularisme in Post-Kemalist Turkey,
Islamabad : Islamic Research Institute.

Peter E. Glasner. The Sociologi of Secularisation. London: Henley and Boston

Penasihat Undang-undang Malaysia.2003. Perlembagaan persekutuan beserta indek.
MDC Publishers Sdn. Bhd.

Prof Dr Rasyidi H.M . 1972.Sekularisme dalam persoalan lagi .Yayasan Bangkit

Prof. Dr. Taha Abd al-Salam Khudhair dan Prof. Dr. Hasan Muharram al-Sayyid
al-Huwaini, Mauqif al-Islam Min al-Tayyarat Wa al-Mazahib al-Mu'asharah,
Dipetik dari : http://tranung3.tripod.com/sisipan/dakwah14.htm dengan tajuk
asal:”Sekular itu apa…Perancangannya”

Sidek B Haji Fadzil .1989.Pemikiran Barat Moden –Sikap Para Cendiakawan Muslim
Dengan Tumpuan Di Alam Melayu,1989.Tesis Dr. Falsafah, Universiti
Kebangsaan Malaysia

Wan Abdul Rahman Wan Abd Latif . 2006 .dlm Respon intelektual muslim dan isu-isu
semasa. Kuala Lumpur: HARAKAH Jabatan Penerangan dan Penyelidikan.
Zulkifli Hj Ismail, 1423H/2002,Ancaman Bahaya Sekularisme. Melaka: Penerbit Baitul Qurra