Monday, November 29, 2010

LAMAN SUSU IBU

utk info detail, anda boleh layari:
http://www.susuanibu-pk.gov.my
http://www.mypermatahati.com
http://www.susuibu.com
http://www.pilihanibu.com
http://bidan bersalin.blogspot.com
http://www.azyanmasiron.net

SEMOGA BERJAYA

Keburukan Puting Bayi Kepada Anak Anda

• Gigi beralih posisi - Gigi tertolak ke depan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik.
• Kerosakan gigi (bahagian depan) - Berlaku jika puting bayi dicelup ke dalam bahan manis sebelum dihisap.
• Bernafas melalui mulut - Anak anda mungkin akan lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung. Keadaan ini boleh menyebabkan anak mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan.
• Masalah pertuturan dan bahasa - Anak anda mungkin tidak dapat menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah yang diperlukan untuk menghasilkan semua sebutan dan peluang mereka mungkin lebih tipis untuk menggunakan bunyi bagi tujuan berkomunikasi.
• Menggalakkan anak berhenti menggunakannya - Kebanyakan kanak-kanak berhenti menghisap puting bayi, jari atau ibu jari pada umur antara dua dan empat tahun. Bagaimanapun, menghisapnya terlalu lama melebihi enam atau tujuh tahun (ketika gigi kekal sedang tumbuh) boleh mengakibatkan masalah gigi dan mulut.
Maka, kalau boleh jangan gunakan langsung puting tiruan ni. Kerana ianya lebih banyak keburukan berbanding kebaikan…

kesan negatif Pemberian air kepada bayi BAWAH 6 BULAN

1. Pemberian air masak (atau air-air lain) meningkatkan risiko jangkitan penyakit kerana air akan bertindak menghakis salutan bahan pelindung penyakit (immunoglobulin A, IgA) yang diperolehi daripada susu ibu yang menyaluti saluran pencernaan bayi.
2. Pemberian air lain akan meningkatkan kebarangkalian kegagalan penyusuan ibu secara eksklusif kerana apabila bayi telah kenyang dengan minuman lain, bayi akan kurang menyusu daripada ibu dan mengurangkan rangsangan dan seteruskan mengurangkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu.
3. Pemberian air lain juga boleh meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi kerana bayi akan kurang minum susu ibu, oleh itu bayi akan kurang mendapat nutrien daripada susu ibu.
4. Pemberian air kosong akan meningkatkan risiko “keracunan air” atau water intoxication terutama kepada bayi yang berumur kurang daripada 5 minggu kerana air yang terlalu banyak akan mencairkan kandungan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan menjadi rendah, bayi mengalami kembung perut dan juga boleh mengakibatkan sawan tarik.
Kandungan air di dalam susu ibu adalah sekitar 80-90% sudah mencukupi untuk bayi, sesuai dengan usianya. Jadi bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan tidak memerlukan air tambahan kerana susu ibu sudah memenuhi semua keperluannya untuk air, zat makanan, dan kasih sayang.
Kekangan dalam menjayakan Penyusuan Ibu
June 14th, 2009 Author: nieza

Panduan asas penyimpanan susu ibu:



• bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
• catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
• simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
• jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
• susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
• jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
• sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
• jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Author: nieza

tips maintain SUSU



1. Beli pam susu yang berkualiti
Jika ini adalah kandungan pertama anda, sebaiknya persediaan dilakukan dari
awal dan tidak hanya tertumpu kepada kelengkapan bayi sahaja. Tetapi anda juga
sepatutnya mula mendapatkan informasi bagi memastikan anda membeli pam
susu yang baik dan berkualiti. Dari segi kewangan pula, asingkan sedikit bajet
anda setiap bulan (anda boleh mulai seawal kandungan anda berusia 2 bulan –
contohnya RM200 sebulan) untuk digunakan bagi membeli pam susu kerana
kebanyakan pam yang bagus dari segi kualitinya berharga agak mahal. Antaranya
ialah Medela double electric dan Spectra.


Spectra3(Rm 3++)
Medela(rm 1+++)

Pam biasa pun boleh, Tapi kena usaha lebih sikit.

Manual Elektrik/bateri (dulu ana pakai yang ni tapi dah tukar ke spectra3 sebab mudah dan cepat)

2. Pam atau perah susu dari awal
Jika anda baca dikebanyakan artikel berkaitan penyusuan, ramai yang
mencadangkan agar anda mula pam susu 2 minggu sebelum kembali bekerja.
Tetapi bagi saya, sebaiknya anda mulakan dari seawal minggu pertama selepas
bersalin. Pada awalnya, sememangnya susu anda tiada kerana pada waktu itu
badan mengeluarkan kolostrum. Jangan give up walaupun tiada susu. Cuba picit
puting susu anda. Jika ada cecair putih yang keluar, itu bermakna sememangnya
badan anda mengeluarkan susu kerana cecair putih itu adalah kolostrum. Apabila
bayi lapar, susukan bayi seperti biasa dan selepas itu tambah masa penyusuan
dengan cara mengepam susu selama 10 ke 15 minit. Dengan cara ini badan akan menerima isyarat untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Selain dari itu, ini juga
akan membantu badan anda menyesuaikan diri dengan pam susu anda.

Kebiasaanya susu akan mula banyak pada hari ke 7 hingga hari ke 10 selepas
bersalin. Jika anda mula mengalami bengkak susu, sebaiknya anda mula pam susu
anda dan simpan sebagai stok. Letakkan target contohnya stok anda setiap hari
ialah 4 aun. Dengan cara menyimpan stok susu dari awal, ini akan mengurangkan
stress anda dikemudian hari. Susu yang telah dipam juga boleh dimasukkan
kedalam botol dan diberikan kepada bayi anda sebagai latihan agar bayi boleh
minum dari botol apabila anda telah kembali bekerja.

Oh ya, dari segi peti ais pula, sebaiknya susu disimpan didalam peti ais yang
mempunyai 2 pintu. Jadi stok susu anda akan tahan lebih lama iaitu selama 3 ke 4
bulan berbanding peti ais satu pintu kerana stok susu anda hanya boleh disimpan
dan tahan selama 2 minggu sahaja.

3. Minum air yang banyak
Masalah penyusuan biasanya terjadi kepada mereka yang mengamalkan pantang
yang ketat termasuk tidak boleh minum air yang banyak sewaktu didalam pantang
bersalin. Sebaiknya minumlah air suam swaktu didalam pantang kerana anda pasti
kana berasa dahaga setiap kali menyusukan bayi. Air masak atau air suam
sebaiknya diletakkan ditepi katil atau dibilik tidur anda atau ditempat yang mudah
untuk anda ambil pada bila-bila masa.
Selain dari itu, anda juga digalakkan untuk mengambil minuman seperti milo,
horlicks dan susu. Elakkan dari mengambil minuman berkafen seperti kopi dan
Nescafe dan minuman bergas.

4. Makan makanan berkhasiat dan yang boleh menambah susu
Antara makanan yang boleh menambah susu yang boleh ambil didalam tempoh
berpantang ialah :
- Kurma
- Kismis
- Sawi
- Habbatus sauda
- Ulam-ulaman sepeti pegaga
- Sup – sup ayam (buang kulitnya – ambil dan masak isi sahaja) dan sup
ikan. Tambahkan biji halba didalam sup anda

- Nasi yang anda masak juga boleh ditambah biji halba. Halba diketahui
boleh membantu menambah susu ibu
- Susu dan yogurt – Jika susu disimpan didalam peti ais, hilangkan dulu
sejuknya dengan cara merendam cawan yang telah diidi dengan susu
didalam air panas sebelum diminum
- Quacker oat dan nestum

Bagi yang telah habis tempoh berpantang, selain dari mengambil makanan diatas
anda juga boleh mengambil makanan / minuman berikut bagi membantu
menambah susu ibu :
o air longan (panas atau sejuk)
o air barli
o Nasi dagang
o Bayam
o Kangkung
o Sup tulang, sup ayam, sup daging dan sup ikan
o Buah-buahan

Tips tambahan :
Ambil satu sudu kecil halba, rebus dalam sedikit air. Kemudian air rebusan
dicampurkan kedalam milo dan diminum. Dengan cara ini anda tidak akan
merasa pahit halba dan pada waktu yang sama mengambil minuman tambahan
yang membantu menambah susu anda.

Milkmaid tea and pil ASI juga dikatakan boleh membantu menambah susu
ibu. Selain dari itu, jika bayi anda sudah berumur 2 bulan keatas, anda boleh
mencuba minum air rebusan halia bara kerana ia juga membantu menambah
susu ibu.

Bawalah botol air kemana saja anda pergi bila keluar dari rumah. Bila terasa
dahaga saja, minum air. Selain dari bagus untuk kesihatan ia juga bagus untuk
menjaga pengeluaran susu ibu.

5. Ambil Supplement tambahan
Sebaiknya ambillah vitamin tambahan seperti B kompleks, vit C, fish oil, dan
calcium magnesium. Selain dari membantu anda mengeluarkan susu yang
berkualiti ia juga dapat membantu anda agar tidak kekurangan zat kerana ia telah
diserap dari badan anda dan disalurkan kepada susu badan anda. Vitamin B kompleks pula membantu mengekalkan tenaga anda.

6. Pam susu pada waktu yang ditetapkan
Bagi ibu yang telah kembali bekerja, sebaiknya anda tetapkan jadual pam susu
anda. Biasanya masa untuk pam susu ialah 2 ke 3 kali sehari. Jika anda tetapkan
jam 10 pagi dan 2 petang, pastikan anda pam susu pada waktu ini dan jika lewat,
pastikan dalam 30 minit sahaja. Ini untuk memudahkan anda mengekalkan let
down. Jika anda skip, pasti badan anda menjadi keliru dan sukar untuk memberi
isyarat untuk masa mengeluarkan susu.

7. Simpan stok yang banyak sebagai back up
Jika stok susu anda banyak, pasti anda kurang merasa stress jika pengeluaran susu
anda kurang pada hari itu kerana anda ada stok susu dirumah yang boleh
dijadikan back up. Back up dan stok susu sememangnya amat penting bagi ibuibu
yang menyusukan bayi sepenuhnya kerana ia dikira sebagai penyelamat
sehingga pengeluaran susu anda kembali mencapai target anda seiring dengan
jumlah susu yang diminum oleh bayi sewaktu anda keluar bekerja.

Tips Tambahan

Jika anda merasakan susu mula kurang :

1. Tambah masa pam susu sewaktu bekerja. Jika sebelum ini anda pam 2 kali
sehari, tambahkan kepada 4 kali. Contohnya pam setiap 2 jam sekali.
2. Apabila dirumah dan dihujung minggu, pam susu selama 15 ke 20 minit setiap
kali selepas menyusukan bayi. Dengan ini badan anda akan menerima isyarat
lebih banyak susu perlu dikeluarkan.
3. Jika perlu, ambil cuti selama 2 ke 3 hari. Gunakan masa cuti ini untuk
menyusukan bayi sepenuhnya dan pam susu setiap kali selepas menyusukan
bayi
4. Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya
5. Tenagkan diri dan jangan stress. Jika anda stress, lagi mudah untuk
pengeluaran susu terjejas.

Cara Menggalakkan Pengeluaran Susu Ibu



langkah-langkah yang perlu diambil bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu dan seterusnya mengatasi masalah kekurangan susu atau tidak cukup susu:
1. Ibu perlu yakin (berfikiran positif)
2. Ibu perlu mulakan penyusuan seawal 1 jam selepas bersalin
3. Ibu perlu menyusukan bayi bila-bila perlu (on-demand) atau sekerap mungkin (biasanya 8-10 kali dalam 24 jam)
4. Ibu tidak perlu menghadkan tempoh masa penyusuan dan kekerapan penyusuan sehari
5. Ibu perlu sentiasa bersama bayi (rooming in) semasa di hospital
6. Ibu perlu memastikan bayi melekap dengan betul pada payudara ketika menyusu
7. Penyusuan pada waktu malam
8. Ibu perlu berehat secukupnya
9. Ibu perlu mengambil makanan berkhasiat secukupnya dan nutrisi seimbang
10. Bayi tidak diberi minuman lain selain susu ibu sahaja
11. Bayi tidak diberi puting tiruan, puting kosong atau pacifier untuk mengelak keliru puting
Pengeluaran susu ibu akan berkurangan jika ibu rungsing, stress, tidak yakin, bimbang, malu, dalam kesakitan, merokok atau minum minuman keras!
7 Tips Untuk Menambah dan Maintain Susu Ibu

Susu Formula vs Susu Ibu

Semakin sesebuah negara itu menuju ke arah perindustrian semakin ramai ibu - ibu yang memberi susu tepung kepada bayi - bayi mereka. Dengan adanya banyak bekalan - bekalan formula susu di pasaran , dengan bertambahnya wanita - wanita yang bekerja di pejabat atau dikilang semakin ramai bayi - bayi yang diberi susu tepung. Satu pengaruh yang kuat juga ialah iklan - iklan yang mengenai susu tepung dan makanan peralihan (weaning foods).
Walaupun sukar untuk mengurangkan amalan memberi susu formula kepada bayi di kalangan ibu - ibu adalah penting diusahakan langkah - langkah untuk membantu ibu - ibu yang mempunyai masalah penyusuan susu badan sambil menggalakkan amalan penyusuan badan di kalangan mereka .
Berbagai - bagai jenis susu formula telah dikeluarkan oleh firma-firma untuk menampung keperluan ibu - ibu yang ingin memberi susu formula kepada bayi - bayi mereka. Kadangkala ibu - ibu sendiri keliru tentang formula manakah yang lebih sesuai untuk diberikan kepada bayi mereka. Soalan - soalan yang selalu timbul adalah seperti berikut ; adakah susu formula yang lebih mahal sebenarnya lebih baik ? Jenama yang manakah yang lebih baik , bermutu dan berkhasiat ?
Dalam surah al-Baqarah ada digalakkan yang ibu-ibu memberi susu badan kepada bayi - bayi mereka sehingga usia 2 tahun. Dalam komuniti - komuniti yang primitif dan di negara - negara yang membangun pemberian susu ibu kepada bayi - bayi sudah pasti akan dapat mengurangkan penyakit - penyakit terutamanya penyakit cirit - birit di kalangan bayi - bayi. Susu ibu bukan sahaja merupakan satu cara yang tidak membebankan perbelanjaan tetapi juga ia sendiri mempunyai faktor-faktor yang boleh mencegah penyakit dan mengurangkan penyakit - penyakit alahan. Satu lagi kebaikannya ialah ia dapat mendekatkan tali perhubungan di antara bayi dengan ibu. Pendek kata , semakin dikumpul maklumat tentang susu ibu semakin didapati yang ia adalah lebih berfaedah untuk memberi susu ibu daripada memberi susu formula.
Masalah -Masalah Yang Berkaitan
Dari masa seseorang wanita itu mengandung lagi , ada baiknya jika dia memahami tentang segala aspek penyusuan susu badan.
Ibu - ibu sering juga menyatakan yang ada jenis ubat tradisional atau herba yang boleh melebihkan susunya Walaupun tidak dinafikan langsung yang mungkin boleh berlaku , kita juga tidak boleh menafikan yang ini berlaku akibat apa yang dipanggil ' placebo ' iaitu ia berlaku akibat kesan psikologi para ibu. Perasaan risau yang susunya tidak akan cukup , umpamanya , mungkin mempegaruhi seseorang ibu itu untuk memikirkan yang dia tidak boleh menyusu ; lalu benar - benar susunya didapati tidak cukup.
Bayi yang baru lahir digalakkan untuk menghisap tetek ibu dengan secepat mungkin. Hisapan bayi adalah stimuli yang baik sekali untuk memastikan pengeluaran susu badan yang mencukupi ialah jika bayi itu sendiri menghisap sehingga dia puas. Bayi -bayi yang selalu tidur dan jarang menghisap akan mengurangkan susu yang dikeluarkan oleh ibunya.
Penyusuan Ibu… sesuatu yang perlu dipelajari
December 10th, 2008 Author: nieza
Ramai menganggap (termasuk saya sendiri pada mulanya) bahawa penyusuan ibu adalah suatu fenomena biologi yang akan berlaku secara semula jadi apabila seorang ibu melahirkan anak. Justeru apabila menghadapi masalah atau keadaan seperti kuantiti air susu ibu semakin berkurang, kita juga menganggap ia adalah perkara biasa saja… tidak dapat dielak dan tidak dapat diperbaiki.
Namun begitu, penyusuan ibu adalah sesuatu yang perlu dipelajari dan diberi perhatian penuh sekiranya kita berazam untuk melengkapkan penyusuan ibu secara eksklusif selama 6 bulan dan seterusnya 2 tahun atau lebih. Semasa ibu-ibu sibuk membuat persiapan menyambut kelahiran bayi, ramai terlupa atau tidak mengendahkan untuk menambah pengetahuan tentang penyusuan ibu sebaliknya sibuk dengan persiapan-persiapan fizikal seperti baju bayi, katil, mainan, alatan mandian dan lain-lain. Perkara-perkara tersebut memang perlu diberi perhatian kerana kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Namun ada satu yang TERBAIK yang kita lupakan iaitu SUSU IBU. Siapa berani menyangkal yang susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi??? Jadi berikan yang terbaik untuk bayi kita iaitu SUSU IBU. Sesungguhnya tiada susu di dunia yang mampu menandingi kehebatan susu ibu, malah pengeluar-pengeluar susu formula di dunia masih terus berusaha untuk menghasilkan susu formula yang “menyamai” khasiat susu ibu.

Risiko bayi tidak diberi Susu Ibu

Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:
1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.
• Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
• Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
• Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.
2. Diabetes.
• Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.
3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
• SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.
4. Masalah pernafasan.
• Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
• Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.
5. Jangkitan telinga.
• Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
• Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.
6. Kanser.
• Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.
7. Jangkitan saluran pencernaan.
• Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
• Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.
8. Keberkesanan vaksin.
• Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
• Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.
• (Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)
9. Perkembangan rahang dan otot muka.
• Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
• Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
• Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.
10. Obesiti
• Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.
[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.]
Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman.

FAEDAH SUSU IBU TERSEMBUNYI

FAEDAH SUSU IBU TERSEMBUNYI
Kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu.

Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit, membolehkan ibu bapa bekerja dengan senang hati tanpa perlu mengambil cuti untuk menjaga anak yang tidak sihat, selain meningkatkan produktiviti.

Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu tersebut dengan merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut.

Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.

Katakan anda memilih untuk membeli pam pemerah susu yang mahal, kos pembelian itu masih murah dibandingkan dengan kos untuk susu formula yang perlu dibeli setiap bulan.

Pam yang menggunakan bateri walaupun berharga lebih kurang RM200-1500, boleh digunakan sehingga dua atau tiga tahun. Jika susu formula, setin berharga lebih kurang RM30. Berapa jumlahnya sebulan? Berapa yang boleh dijimatkan dalam setahun.
Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.

SUSU IBU

Semua ibu MAMPU memberi penyusuan Susu ibu eksklusif

1.Sebelum melahirkan bayi iaitu ketika hamil, tanamkan di dalam fikiran dan niatkan di dalam hati bahawa saya hendak menyusukan bayi secara eksklusif(susu ibu sepenuhnya tanpa campur susu formula atau air atau lain2) apabila bayi lahir nanti. Tanamkan sikap positif bahawa susu ibu pasti ada sebaik bayi dilahirkan nanti. Buat persediaan secukupnya termasuk usahakan utk mencari dan membaca seberapa banyak info berkaitan penyusuan ibu termasuk juga kesukaran2 yg mungkin akan berlaku supaya kita benar2 bersedia dan tidak mudah patah semangat. Ajak juga suami, ibu atau ibu mertua berkongsi info yang kita perolehi itu.
2. Pada hari2 awal (hari 1-3) biasanya susu ibu yang putih dan cair belum lagi muncul. Ini menyebabkan ramai ibu membuat kesimpulan bahawa mereka “tidak ada susu”, “kurang susu”, “memang keturunan tak banyak susu” (mak sendiri pun pernah cakap camni!) dan macam2 lagi kesimpulan yg negatif. Hakikatnya susu yang hadir ketika itu hanyalah kolostrum yg pekat, berwarna kekuningan dan sedikit. Namun yg pekat, kuning dan sedikit itulah makanan terbaik dan mencukupi utk bayi baru lahir. JANGAN buang kolostrum itu kerana kolostrum hanya hadir sekali itu sahaja sepanjang hayat anak itu!
Uniknya Susu Ibu
Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…
1. sentiasa segar (fresh)
2. tersedia dalam suhu yang optimum
3. tersedia steril
4. tiada pencemaran
5. tersedia bila-bila masa
6. tiada tarikh luput
7. species-specific
8. susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
9. hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
10. mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
11. mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
12. mengandungi antibodi
13. mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
14. tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
15. mudah hadam
16. komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
17. komposisinya berbeza mengikut umur bayi
18. komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
19. komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
20. mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)
Banyak lagi 1001 sebab dan keunikan susu ibu. Sebab itu US FDA pernah mengakui bahawa “…the exact chemical makeup of breast milk is still unknown.” Malah khasiat dan komposisi susu ibu tidak mampu ditiru oleh mana-mana susu lain di dunia! Subhanallah…
KEBAIKAN SUSU IBU

Menurut Penolong Pengarah Pemakanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siti Mariam Ali, susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi.

Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.
“Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan

Susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan.

Antaranya ialah mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.

Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan

Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit.

Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari.

Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.