Thursday, December 29, 2011

Susu anak sambil baca Quran


lahirlah Doktor Cilik Sayid Muhammad Husein Thoba Thoba’i

ikutilah kisah anak pintar ini...
...
Selama masa kehamilan, ibu Husein Tabataba'i selalu berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh dan pintar.

Saat mengandung dan menyusui Husein Tabataba'i, ibunya teratur membacakan Al-Qur'an untuknya. Sehari minima 1 juz. Ketika Husein Tabataba'i telah lahir, sang ibunda selalu berwudhu sebelum menyusuinya. Bersamaan dengan menyusui, ibunda Husein Tabataba'i sentiasa memperdengarkan Al-Qur'an untuknya. Jadi, ibunya bertilawah sambil menyusui putranya itu.

Sejak kecil, ayah dan ibunda Husein Tabataba'i telah menjauhkannya dari muzik dan lagu yang tidak islami, campur baur perempuan dan lelaki, serta hal lain yang tak sejalan dengan aturan syar'i.

akhirnya lahirlah seorang anak yang hebat subhanallah

Anak termuda yang hafal seluruh Al Quran, merupakan kanak-kanak berusia 7 tahun yang mendapat gelaran Doktor dalam bidang Tafsir Alquran.

Husein Tabataba'i dilahirkan pada 16 Februari 1991 di kota Qom, sekitar 135 kilometer dari Teheran,Iran. Kedua orangtuanya komitmen menghafalkan Al-Qur'an. Enam tahun setelah berkeluarga keduanya hafal Al-Qur'an 30 juz sesuai dengan cita-citanya. Dan cita-cita seperti itu juga ingin diwujudkannya pada anak mereka, sejak usia dini.

Pada usia 2 tahun 4 bulan, Husein Tabataba'i sudah hafal juz 30. lalu setelah itu juz 29. Kemudian juz pertama, kedua, dan seterusnya.


mudah2an anak kita generasi cemerlang dengan susu al-quran
penyelamat kita di akhirat kelak..anak2 aset kita ke syurga
Ya ALLAH,SEMOGA ANAK-ANAK KAMI MAMPU MENGIKUT JEJAK LANGKAHNYA DALAM MEMELIHARA KALAMMU YA ALLAH

Thursday, September 22, 2011

SUSU IBU MENURUT SAINS

Sains yang dicetuskan daripada pengamatan terhadap fenomena alam
tabi‟i sama sekali tidak bercanggah dengan al-Quran, malah alam tabi‟i yang
dicerap itu membenarkan kenyataan nas-nas yang sedia termaktub dalam kitab
suci itu. Begitulah yang berlaku dalam dunia penyusuan. Penyelidikan ilmiah
yang dipelopori oleh penyelidik Barat berlumba-lumba menjalankan pengkajian
berkaitan penyusuan ibu. Ternyata hasil yang diperolehi menunjukkan kekayaan
susu ibu dalam memberi kebaikan menyeluruh untuk bayi, ibu, keluarga,
masyarakat dan negara.

Susu ibu mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik
sahaja bayi dilahirkan, payudara ibu mula mengeluarkan susu pertama yang
kekuningan atau dikenali sebagai kolostrum. Kolostrum mengandungi khasiat
yang amat tinggi bagi memberi perlindungan pertama untuk bayi. Kandunganprotiennya adalah tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa serta mengandungi antibodi dan sel darah putih yang tinggi.
Di antara kelebihan kolostrum ialah ia mengandungi vitamin A,
konsentrasi klorin dan sodium. Kolostrum memiliki kemampuan menakjubkan
dalam melenturkan usus-usus bayi seterusnya mengeluarkan mekonium (najis
janin yang pertama berwarna gelap dan hitam) yang sekiranya ia tetap berada di
dalam usus, akan menyebabkan berlakunya penyumbatan saluran ususnya.
Kolostrum juga mengandungi kandungan secretory immunoglobin A atau
sIgA, iaitu agen anti-jangkitan yang melindungi usus bayi daripada laluan kuman
dan protien asing yang boleh menimbulkan alahan yang serius. Para saintis telah
menemukan satu bahan baru di dalam susu ibu yang disebut pancreatic secretory
trypsin inhibitor (PSTI), yang berfungsi melindungi dan memperbaiki saluran
usus bayi. Bahan tersebut terdapat dalam semua susu ibu, tetapi kandungannya
adalah tujuh kali ganda lebih tinggi di dalam kolostrum bagi membekalkan
perlindungan tambahan bagi usus bayi yang masih belum matang.

Khasiat susu ibu ini telah terbukti kerana risiko kematian bayi dan kanakkanak
di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak
menyusu badan pada usia tiga bulan pertama kelahiran. Kebanyakan kematian
berpunca dari penyakit cirit-birit yang serius. Kajian menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara
membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan. Oleh itu, United
Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal pasti tujuh cara
berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu caranya adalah
meningkatkan kadar penyusuan ibu dalam kalangan para ibu.
Penyusuan juga memberi banyak kebaikan untuk ibu. Penyusuan ibu
merangsangkan pengecutan rahim ibu yang baru bersalin dan ini membantu
mengembalikan saiz rahim ibu pada tahap asal sebelum hamil. Penyusuan ibu
juga meningkatkan jangka amenorea laktasi dan menghalang ovulasi selepas
bersalin, dengan ini membantu menjarakkan kelahiran anak. Menyusukan bayi
dengan susu ibu juga mudah dan ia tidak memerlukan sebarang perbelanjaan (jika
ibu tidak bekerja di luar rumah). Susu ibu lebih selamat , mempunyai khasiat yang mencukupi dan kebersihannya terjamin. Kasih sayang di antara ibu dan bayi
bertambah erat dan ini akan menyerlahkan sifat keibuan seorang ibu terhadap
anaknya. Hubungan langsung ini bukan sahaja dapat menjayakan penyusuan
ibu, bahkan penting bagi pembentukan keperibadian, pertumbuhan dan
perkembangan bayi yang lebih berkesan dan cergas kelak.

Penyusuan ibu bukanlah semata-mata atas dasar khasiat susu ibu sahaja.
Namun, sentuhan kulit ibu dan kulit bayi sememangnya mampu mententeramkan
dan menenangkan jiwa. Perasaan inilah yang merangsang pengeluaran hormon
oxitocin bagi menghasilkan lebih banyak air susu. Marshall Klaus telah
menjelaskan di dalam artikelnya bertajuk Mother and Infant: Early Emotional
Ties seperti berikut:
“Recent behavioral and physiologic observations of infants and
mothers have shown them ready to begin interacting in the first
minutes of life. Included among these findings are the newborn
infant's ability to crawl toward the breast to initiate suckling and
mother–infant thermoregulation. The attachment felt between
mother and infant may be biochemically modulated through
oxytocin; encouraging attachment through early contact, suckling,
and rooming-in has been shown to reduce abandonment”.

Sentuhan yang kerap dan berpanjangan antara bayi dan ibu menyumbang ke arah kematangan kefungsian tubuh badan bayi. Suhu badan, kadar denyutan jantung dan pernafasan bayi banyak dirangsang jika sentuhan dengan ibu kerap dilakukan. Kajian menunjukkan bayi yang menyusui badan adalah kurang mengalami apnea (pernafasan berhenti seketika) semasa tempoh tidur yang panjang berbanding bayi yang diberi susu formula. Ini mengurangkan risiko sindrom bayi mati mengejut (sudden infant death syndrom).

Terkini, teknik penjagaan Kangaroo (Kangaroo Care) diperkenalkan
untuk bayi pra-matang (iaitu bayi diletakkan di atas dada ibu agar sentuhan kulit ke-kulit dapat dijalankan. Ibu menyelimutkan bayi bagi mengelakkan kesejukan).

Hasilnya, kadar denyutan jantung, kadar pernafasan dan suhu badan bayi lebih
stabil. Kemampuan bayi menyusu secara spontan meningkat manakala
penghasilan susu ibu juga meningkat. Bayi pra-matang yang melalui proses
penjagaan Kangaroo ini memiliki sistem imunisasi yang lebih baik di samping
risiko alergi dan jangkitan yang lebih rendah sepanjang tahun pertama
kelahirannya. Aspek yang terpenting ialah ibu merasai keakraban dan keintiman
dengan bayinya, seterusnya dapat mengubati trauma kelahiran bayi pra-matang.53
Hakikatnya, bayi memerlukan sentuhan, belaian dan kasih dari ibu mereka
sepertimana susu ibu membekalkan segala nutrisi untuk pertumbuhan fizikal
mereka

Seterusnya, manfaat penyusuan ibu turut dirasai dalam pembinaan
keluarga. Kehadiran seorang ahli keluarga baru dalam sebuah rumahtangga lalu
disusukan bayi itu oleh ibunya sendiri dapat menciptakan dan mengeratkan
keutuhan keluarga, bahkan dapat menjadi penawar, pencegah yang kukuh dari
perselisihan, keretakan dan penceraian. Hal ini kerana pihak isteri, pihak suami
dan ahli keluarga merasai kepentingan dan tanggungjawab ke atas bayi.
Penyusuan akan menimbulkan kerendahan hati bagi suami, mahu memaafkan
kesalahan isterinya dengan harapan agar isterinya tetap berada di sisi bayinya,
sedia merawat dan menyusukannya.

G. B. Storr (2003), menjalankan penyelidikan bertajuk It Takes Three to
Breastfeed: Uncovering the Role of the Father. Matlamat kajian ini adalah untuk
mengenal pasti gaya hidup serta pengalaman menjadi bapa kepada bayi yang
menyusu susu ibu. Kajian mendapati terdapat tiga kepercayaan yang diyakini oleh
para bapa dalam usaha menyokong penyusuan ibu iaitu “Susu ibu adalah yang
terbaik dan susu formula masih boleh diterima”, “Susu ibu adalah yang terbaik
dan ianya merupakan keputusan isteriku” dan “Susu ibu adalah yang terbaik dandia adalah anak kami”. Hasil kajian juga mendapati bahawa bapa kepada bayi
yang menyusu susu ibu lebih akrab dan serasi dengan ibu dan bayi mereka kerana
si bapa melalui pengalaman penyusuan itu bersama-sama dengan ibu dan bayi.55
Penyusuan ibu turut membawa sinar untuk masyarakat dan negara masa
depan dari sudut kesihatan mental. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama yang
menyebabkan hilang-upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020
penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.

Malaysia juga mengalami risiko yang sama sebagaimana yang dilaporkan
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-III pada 2006 menunjukkan
kewujudan masalah kesihatan mental adalah 11.2 peratus dalam kalangan orang
dewasa dan 20.3 peratus di kalangan kanak-kanak dan remaja. Ini bermakna,
remaja dan kanak-kanak berisiko untuk terdedah kepada penyakit mental
berpunca daripada faktor biokimia dalam otak termasuk akibat peristiwa hitam
dalam hidup, hilang orang tersayang, cabaran hidup terlalu sukar dan tahap
sosioekonomi rendah.

Prof Martin Prince di dalam artikel bertajuk No Health Without Mental
Health menyatakan bahawa pesakit mental dalam kalangan wanita yang bergelar
ibu akan mempengaruhi pertumbuhan dan survival bayi. Maternal schizophrenia
(ibu yang menghidap penyakit Skizofrenia) sering dikaitkan dengan kelahiran
bayi pra-matang dan bayi kurang berat badan. Bukti yang diperolehi daripada
kedua-dua negara maju dan negara berpendapatan rendah serta berpendapatan
sederhana menunjukkan bahawa kemurungan ibu dikaitkan dengan penyusuan ibu
suboptimal. Suboptimal bermaksud penyusuan yang tidak mencukupi bagi
memenuhi keperluan bayi terutamanya pada dua tahun pertama kehidupannya.
Berkaitan kesihatan kognitif dan mental,
Karen Pryor dan anaknya Gale Pryor merumuskan di dalam buku mereka bertajuk Nursing Your Baby bahawa kajian semasa telah membuktikan bayi yang menyusu susu ibu menunjukkan pencapaian kognitif yang lebih baik berbanding bayi menyusu susu formula dengan melihat komposisi susu ibu serta elemen nutrisi yang mampumeningkatkan pertumbuhan minda. Penyelidikan akan datang pula harus melihat
aktiviti penyusuan itu sendiri, bagaimana bayi terlibat sama serta pengalaman
penyusuan yang menyumbang ke arah kehebatan inteletual.
“At the very least, it is clear that the happily breastfed baby starts
life with huge experience of his own capacity for attaining life’s
joy”.

Nukilan daripada artikel: AL-QURAN DAN SAINS BERBICARA MENGENAI SUSU IBU
Prof. Madya Dr. Farahwahida Mohd Yusof, Zilal Saari, Marwah Saari*

Bicara Al- Quran tentang Penyusuan

Terdapat lapan ayat al-Quran yang membicarakan soal penyusuan ibu iaitu:

1. Surah al-Baqarah ayat 233
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya...”.

2. Surah at-Talaq ayat 6
“... kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka
berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara
kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan
(sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan,
maka bolehlah perempuan lain menyusukannya”.

3. Surah an-Nisa’ ayat 23
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu...”

4. Surah al-Qasas ayat 7
“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia, dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan)lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan
jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan
mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya
menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami”.

5. Surah al-Qasas ayat 12
“Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada
perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan
halnya itu), kakaknya berkata: “Mahukah, aku tunjukkan kamu
kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk
kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”

6. Surah al-Hajj ayat 2
“Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan)
itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang
disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan
gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat
manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi
azab Allah amatlah berat, mengerikan”.

7. Surah al-Ahqaf ayat 15
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah
payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan…”

8. Surah Luqman ayat 14
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung
kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa
dua tahun)...”.

Dr Kertas kerja AL-QURAN DAN SAINS BERBICARA MENGENAI SUSU IBU
oleh: Prof. Madya Dr. Farahwahida Mohd Yusof, Zilal Saari, Marwah Saari

KEDUDUKAN SUSU DALAM AL-QURAN

Susu adalah salah satu tanda-tanda kekuasaan Allah SWT di alam ini di
mana ia merupakan satu-satunya makanan yang mengandungi semua keperluan
asas yang diperlukan oleh tubuh manusia. Susu mengandungi zat gula, lemak,
garam-garam mineral, besi, sodium, vitamin A, vitamin B dan vitamin C.9 Lima
belas abad yang lalu, al-Quran telah menyebutkan hal ini sebagaimana firman
Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 66 yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu
beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum
kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang
lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang
bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang
yang meminumnya”.

Ayat ini mengandungi penjelasan ringkas namun tepat mengenai proses
pembentukan susu yang mana ia hanya dapat diketahui oleh para saintis mutakhir
ini. Walau bagaimanapun, ulama terdahulu (sekitar tahun 600-610 Hijrah) telah
membahaskan proses ini dengan terperinci dan mereka berpendapat bahawa
proses pembentukan susu melalui 3 peringkat iaitu proses penghadaman,
pembuangan dan penyerapan zat serta nutrisi yang dimakan ke saluran darah.


susu juga merupakan salah satu nikmat kesenangan dan
anugerah yang dijanjikan buat penghuni Syurga. Allah SWT berfirman di dalam
surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud:
“Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang
bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari
air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai
dari susu yang tidak berubah rasanya...”.

Menurut Syed Qutb, ayat ini merupakan gambaran-gambaran nikmat dan
azab secara fizikal. Kadangkala nikmat itu digambarkan secara abstrak kerana
Allah yang menciptakan manusia, maka Dialah yang lebih mengetahui tabiat
manusia yang diciptakan-Nya. Seterusnya, Dia jugalah yang mengetahui cara
penjelasan yang berkesan kepada hati manusia.Sesungguhnya, minuman yang
lazat lagi berkhasiat adalah antara kesenangan di dunia,
maka bertepatanlah jika ia digambarkan pula sebagai kesenangan di Syurga. Hal ini kerana dorongan seperti ini mampu memberi galakan kepada manusia untuk melakukan kebaikan.

Oleh yang demikian, Allah SWT menciptakan susu agar menjadi makanan
untuk setiap anak yang dilahirkan oleh binatang mahupun manusia bagi menjamin
kelansungan hidup di muka bumi. Susu ibu yang terhasil sebaik sahaja bayi.
dilahirkan memberi petunjuk bahawa susu ibu adalah yang terbaik buat bayi. Berkaitan penyusuan ibu, al-Quran telah menyebut dan merekodkan dengan sempurna akan kepentingan melaksanakan penyusuan ibu oleh semua ibu yang melahirkan.

Thursday, August 4, 2011

Unimom Mezzo

Unimom Mezzo merupakan breastpump keluaran Korea. Dengan slogan nya "Softly and naturally like my baby's suction", merupakan breastpump manual yang hisapannya menyerupai hisapan bayi. Kelebihan breastpump ini mempunyai silicone yang memberikan sensasi pemijatan di sekitar areola.

Ciri-ciri yang dimiliki oleh Unimom Mezzo
• Kualiti bahan breastpump : BPA Free. Sebagian besar diperbuat daripada material plastik PP (Polypropylene) dan LSR (Silikon).
• Lulus standard eropah dari sudut kekuatan bahan dan kandungan bebas racun
• Mudah digunakan dimana saja, tidak perlu elektrik . Dilengkapi stand botol,apabila diletakkan di meja dapat berdiri dengan kukuh.
• Design yang higienis; ASI masuk kedalam botol dalam keadaan bersih tanpa masuk udara luar.
• Bahagian-bahagian breastpump boleh ditanggalkan untuk disteril
• Harga murah
• Fleksibiliti ukuran botol; boleh menggunakan botol standard neck (Medela, Littel Baby, Evenflo, dan Snappies) dan wideneck (Avent dan DrBrowns wideneck).
Spesifikasi
• Model: UNIMOM MEZZO
• Packing Unit: 1Set, Approx, 165 gram
Kelengkapan:
• Breast shield, Silicon diaphragm, Shield cover, Stem, White valve, Silicon massager, Handle
• Bottle, Nipple, Cap, Disk, Bottle cover, Bottle stand

Tips untuk ibu-ibu menyusu yang ingin berpuasa.

SAHUR
1.Makan makanan berkhasiat.
2.Makan buah kurma
3.Minum air secukup

KETIKA BERBUKA PUASA
1.Makan makanan seimbang
2.Minum air longan kering (rebus sendiri) atau apa2 air yang anda rasa boleh menambahkan susu..pastikan jangan ambil ais!

SEBELUM TIDUR
1. Amalakan mambaca surah Hujurat (banyakkan susu) dan Al-Waqiah (murah rezeki)

MEMERAH
1.Perah pada waktu sahur
2.Perah pada waktu rehat di pejabat
3.Jika perlu lebihkan memerah pada malam hari

MIND SETTING
1.Yakin boleh dan kawal emosi, elak dari stress
2.Kuatkan semnagat
3.Dapatkan sokongan

1) Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorng Islam. Gumpalkan nasi sebanyak tiga kali ketul. Baca surah Al-Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi surah Al-Ikhlas setiap kali anda makan seketul gumpalan nasi tadi.

2) Dah habis tiga gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, bacakan selawat satu kali dan makan sebiji buah kurma (ulang sehingga 7 kali bersamaan dengan 7 biji kurma).

3) Pastikan selepas berbuka sehingga bersahur banyakkan minum air masak. Letak botol di tepi katil untuk memudahkan kita minum setiap kali terjaga dari tidur.

source: http://mamaqaireen.blogspot.com/search/label/PUASA

Wednesday, June 8, 2011

SusuIbu Tidak Akan Menyebabkan Anak Obes..

Adalah normal bg bayi yg menyusu susuibu mengalami peningkatan berat badan lbh cepat berbanding bayi yg menyusu susu formula di awal 2-3bulan pertama.Kemudian berat badannya akan mula berkurangan terutamanya di antara usia 9-12bulan.
Sehingga kini,TIADA kajian membuktikan bayi yg menyusu susuibu akan menjadi individu bersaiz besar juga apabila meningkat dewasa.Faktanya,terdapat kajian menunjukkan bahawa bayi yg menyusu susuibu kurang berisiko utk menjadi kanak-kanak yg obes berbanding bayi yg menyusu susu formula.Bayi yg mengalami pertambahanan berat badan lbh cepat sewaktu bayi biasanya akan menyusut berat badannya apabila mula bergolek,merangkak,berjalan dan berlari. Ini kerana dia terlalu sibuk dgn aktivitinya sehingga kadangkala kurang mkn berbanding sblm ini. Lemak yg tersimpan sblm itu digunakan sepenuhnya utk memenuhi keperluan diri utk meneruskan aktiviti fizikal di usia kanak-kanak..
Ingat! susuibu adalah makanan paling sempurna.Ia tiada kalori kosong.Amaun lemak atau kalori dlm susuibu tidak dipengaruhi oleh pengambilan lemak atau gula dlm pemakanan kita. Walaubagaimanapun,kita boleh mengubah jenis lemak di dlm susuibu dgn mengubah jenis lemak yg diambil.
Jangan sesekali hadkan penyusuan bayi dgn mengehadkan masa menyusu terus dr payudara atau menggunakan puting kosong utk mengalih perhatian bayi dgn harapan bayi mengurangkan sesi penyusuan susuibu.Tindakan sebegini boleh menggugat pertumbuhan bayi krn bayi memerlukan nutrien dan lemak utk pertumbuhan otak dan fizikal yg sihat.Hanya dgn berterusan menyusukan bayi,kita dpt memastikan bayi mendapat keperluannya dgn sempurna selain penghasilan susuibu dpt dikekalkan.

Info Dari Pn.Rita Rahayu Omar

Sunday, May 29, 2011

Petua masyarakat kita untuk banyakkan susu

• Cekur Manis ----Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
• Kacang Tanah ----- Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
• Air Longan ---- Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)
• Halba dan Jintan Hitam ---- Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba
• Bunga Melur ---- Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. – melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.
• Lobak Putih ---- Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.
• Pucuk Betik ---- Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
• Tuaman Daun Sirih ---- Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak
• Jantung Pisang ---- Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan… Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.
• Makanan Tinggi CLA ---- Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput – bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
• Kurma --- Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu

FB KIM

Petua banyakkan susu badan

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :
1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

• Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.

Sumber > FB KIM

Apa itu Power Pumping?

power pumping..sebab selalu direct.. nak puasa nie je buat power pumping sebab nk buat stock.. so saya up kan pasal power pumping (artikel nie adalah hasil explore from blogs n books) ... Samelah kita share..

Apa itu Power Pumping?
Ianya adalah satu kaedah atau teknik pengepaman yang itensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu. Menurut yang disarankan dalam kaedah ini, pam selama 10 minit, rehat 10 minit, kemudian pam semula 10 minit dan begitulah lah pada seterusnya, diulang-ulang hingga genap 60 minit. Kaedah ini berbeza daripada rutin pumping seharian yang biasa iaitu 30 minit. Idea disebalik kaedah power pumping ini adalah untuk mimick nursing pattern bayi yang biasanya menyusu begitu. Power pumping juga merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam
2. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
3. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan


Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
MOmies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. biasanya buat 2 mggu baru dapat hasilnnya.. di samping itu, milk booster seperti selalu minum air barley, horlicks campur halba.. makan shaklee.. n MAB. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

http://ainaz-azidah.blogspot.com/
credit also to: amrina aziz & http://sereniety.blogspot.com/2011/03/power-pumping.html

Monday, April 18, 2011

Pump Pureen

1- warranty?---> xde warranty ye dear.
2- ketahanan?---> x blh jatuh ye dear..
3- price?--> RM70 ok... berbaloi.. tp xde adapter tu.. kene cr sendiri lak...
bagus sebab pakai bateri jer, pakai bateri AAA jer, bateri pun senang cari, nak charge pun boleh, so dua2 boleh la
kecil pun kecil, senang nak angkut pi mana2 kan, masuk henbeg pun muat okey

Apa kata mereka yg guna pureen?
ku pernah pinjam yang kakak punya pam pureen tue tapi mak ia slow je..dah pakai macam2 bateri.....i rasa baik u beli yang lain la..yang pureen tue pun lambat gak..i pakai spectra tapi besar la sikit nak usung sana sini.tapi 10minit ku dah dapat 8oz....8oz je kemampuan ku..hehehhe:lol: :lol: tapi tu la pakai elektrik la..kalau tak de letrik tak leh la:mad: :mad: :mad: kena beli la adaptor kereta dalam rm90 kot (norulle)

-pam Pureen ni memang boleh perah susu juga tapi sakitnya mak aiiiii…dah tu bunyi macam orang mesin orang yg tebang pokok balak laaaa
So selama 4 hari di rumah mak..saya Cuma perah sekali sekala saja la..dah sakit…buat apa nak perah byk kali… alrijalnajwa

-sbb 1st pam ku.. pureen manual rase hubby beli... baru gune sekali.. pastu terjatuh..... langsung tak blh pakai.. so decide x beli..
trus ku pakai tangan je pastu smp la ku rembat Avent...
better impan duit sikit... pakai la Spectra 3 ke... unimom ke…(Puan B)
-saya guna breast pump pureen tu.. x kuat sedut.. susu x kuar langsung... tp xtau la org lain plak.. saya pkai tangan je lg cpat..:D (si A)
-1st pam ana guna pureen, sbb nak cri yg murah, usaha punya usaha nak dapat 5 oz (masa dlm pantang ) kena ambik masa 1 jam,,hai dah la x boleh buat keja lain..x boleh mcm ni,,akhirnya anapun tukar ke spectra 3. Sofi BSP
Saya guna pam pureen tu waktu since day 4 delivery (Farish admit jaundice),walaupun pam tu manual dan murah, tapi sangat-sangat berjasa selama hampir 4 bulan. Time tu pun ilmu BF tak gali lagi, tapi Alhamdulillah, dengan pam pureen tu juga, mampu dapat 20oz per day. Pastu tukar sebab getah dia dah loose.. .. Hana
Saya guna la pam PUREEN tapi yang manual, memang letih mengepam nya…
tapi berjaya la pam susu gak.. tp saya suggest guna eletrik..
saya pakai double pum … x sampai 15 minit
saya boleh dapat 5-6 oz.. Sumijelly

Spectra 3

o Aksesori (corong payudara, botol mudah untuk mencuci dan mensterilkan
o Pengguna boleh merasa selesa dengan mengepam dengan irama yang sama
seperti bayi menghisap.
o Mempunyai tahap hisap terkawal.
o boleh digunakan untuk single dan double pump
o berat 1.4 kg
• Harga RM 330
• kurang bising ..
• Tahan lasak
• Spare part mudah dicari
• Senang di guna, tak bnyk sangat aksesori
• Best…berpatutan..berbaloi


Apa kata mereka yg guna pam ni?
-ina beli mesin spectra melalui Yan dan meneruskan lg usaha hinggalh kehari ini ina sangat berpuas hati kerana susu yg di pam setiap hari terhasil 13-15oz sekali pam di pejabat dgn menggunakan mesin spectra yg kini ina panggil ‘alat ajaib’ heeee. Memang best lg berbaloi. …Ina

-Saya pump guna sepctra 3. Berbaloi sgt beli, dah hampir setahun guna (siap share2 dgn kwn2) and still in a good condition. Terima kasih ALLAH, dah setahun lebih Umar menyusu n susu masih bnyk. Yan BSP
-Alhamdulillah saya guna sepctra 3 atas suggest dr k.Yan, bagus , tahan lasak, susu mencukupi utk Muhammad.boleh la buat stok tiap2 hari. klu rajin lgi mgkin boleh jd ibu susu he3. Yg paling seronok x pyh pegang, boleh buat keja sambil memerah,,x buang masa (2 dlm 1) keja siap susu pun alhamdulillah 5-6 oz dlm 20 min,,Syakirin Allah, makbulkan permintaan ku utk menyusu sepenuhnya buat anak2 yg tersayng wlpun umi bekerja n TQ buat suami atas sokongan yg diberikan pastu suruh promote lagi kt kwn2 he3…sofi BSP

Breast Pump spectra UniMOM Allegro

1. harganya yg berpatutan..RM292
2. kecil n ringan
3. boleh guna eletrik n bateri (4 x AA batteries)
4. Bunyinya agak kuat
5. sesuai bagi mereka yang selalu travel.
6. sesuai untuk digunakan hanya 2-3 kali sehari dan bukan untuk kegunaan berat.
7. Jaminan: 3 bulan
8. Vacuum Tekanan: 110-240mmHg
9. Suction peringkat: 1-7
10. Berat: 400 gram

Thursday, April 7, 2011

DOUBLE PUMP

-double pump membantu tingkatkan kuantiti susu.

-double pumping mudah, jimat masa n kurangkan stress kita sbb dlm 15 minit boleh settle dua2 breast.

-Apabila ibu stress susu pun boleh kurang.. sebagai ibu bekerjaya kdg2 kita tak da bnyk masa.so gna la double pump)

Tuesday, April 5, 2011

Masalah susu sikit

Dah Beli Breastpump.Tp Stiap Kali Pum Dlm 30minit Dpt Purata 1oz Je Sblh Breast.Sedihnya....((

NASIHAT DARI KWN2

- jgn sedih n putus asa.. sy pun pernah alami nasib serupa.. lagi seminggu nak keje baru start kumpul stok.. production mmg slow.. tp yakin boleh..

-direct feeding sekerap mungkin.. jgn bagi susu formula atau air kosong... penyusuan kerap merangsang pengeluaran susu..

-emosi yg stabil dan minda yg tenang dan positif

-makan makanan berkhasiat dan merangsang pengeluaran susu.. saya cuba air longan kering.. berkesan!!

-jadual pump.. double pumping.. sebelah pump elektrik , sebelah direct feeding@ pam manual.. mmg membantu!! jgn putus asa bila hasilnya sikit.. tetap konsisten

-Jgn lupa berdoa banyak2 semoga Allah merpermudahkan penyusuan kepada anak... Hanya pada dia kita menyembah dan pada dia kita meminta pertolongan..

- dear ..keep pumping ya...jgn putus asaa...buat jadual yang sama tiap2 hari..jgn stress...baru2 mmg begitu lagipun pump baru nak serasi ngan badan...

- jgn sedih2.. kat sini la nak uji ketabahan seorang ibu..

masa mula2 bersalin kan anak kedua.. saya nekad nak buat stok byk2. masa anak pertama, lagi 2 minggu nak kerja baru nak buat..

masa mula2 tu saya perah 16 kali sehari purata 10-15 minit satu sesi. total dr 16 kali perah tu CUMA 2 oz ja.. huhuhu. tpi jgn putus asa

lps 2 minggu camni, hari2 berbelas kali perah.. dapat la 5-10oz sekali perah..

JUST JGN PUTUS ASA JA


http://susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=6776&forum=9

Monday, March 28, 2011

Panduan Yang First Guna Pam

• Beli pam (cthnya spectra) n baca arahan dari kotak n kertas panduan pam yang dibeli
• ikut arahan tersebut
• hantar kad waranty ke tmptnya


Sebelum pergi kerja

• Bekukan ice pack semalaman dlm freezer hingga beku
• Keluarkan ice pack dan masukkan ke dalam cooler bag(beg ais)
• Masukkan 4-8 botol susu(kosong) ikut keperluan.utk sesi pam di
tmpt kerja
• Jangan lupa bawa aksesori n mesin pam ke tempat kerja



Masa Guna Pam

• letak pam lebih tinggi dari breast (agar susu x masuk dlm mesin)
• pasang alat2 utk mengepam
• TAK PYH PEGANG corong.. klu guna nursing bra : masukkan corong dlm bra n klip (pastikan seluruh corong tu melekap)
• pastu pump n boleh jd FREESTYLE senang kan
• Boleh mula pam
• Guna volume yang rendah dulu
• Kemudian sesuaikan volume mengikut kehendak kita
• Buat la keja pjbt ke sekolah ke cth baca Quran, menulis, menaip, marking paper ke @ drive kereta ke dll + PSI(2 dlm 1)
• Dalam 15-20 minit dah selesai sesi pam.
• Keja siap, susu pun dapat..x stress la gitu kan..he3

Selepas Pam

• basuh corong, mambrane, botol dgn bersih (cuci hingga hilang semua lemak susu)
• simpan susu dalam cooler bag atau peti ais
• klu x de cooler bag atau peti ais,
• susu hnya bertahan dlm 4 jam (suhu biasa 25 ◦C ke atas)
8jam (suhu 25 ◦C ke bwh)
• klu dpt sikit pd sesi awal tu biasa la.
• jika pam 2 jam sekali boleh hasilkan dlm 20-30 oz sehari.
• Jgn stress,,go on,,sikit2 lama ia akan meransang susu utk keluar
• jgn give up , ok ..byk berdoa dan tawakal pada Allah SWT
• i/Allah anda akan berjaya.

Balik Rumah

• Letakkan dalam peti ais biasa 2/3 dari hasil susu.
• Selebihnya masukkan dalam freezer utk dijadikan stok.
• Ambil 1/3 susu stok masuk dlm peti ais biasa utk dicairkan (slpas maghrib)
klu terlupa, bangun awal pagi terus rendam dlm air biasa supaya cpt cair (peringatan jgn rendam dlm air panas nti susu cpt rosak.)

• pam sambil breastfeed baby boleh membanyakkan susu juga.

Nursery @Rumah Pengasuh.

• Keesokannya baby kita dibekalkan 2/3 susu fresh + 1/3 susu stok (EBM)
• Pastikan susu kita di panaskan dgn air suam
(Air suam = 1 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
• Baru la boleh beri baby kita minum


(Semua Tu Takkan Jadi Masalah Jika Sudah Menjadi Rutin)

Sunday, March 13, 2011

Ingin Anak Pintar Berilah ASI Eksklusif

Siapa yang tidak ingin memiliki anak yang cerdas dan sihat. ASI Eksklusif adalah langkah awal agar bayi kita cerdas dan sihat dengan budi pekerti yang baik. Pemberian ASI Eksklusif dilakukan dari minit pertama bayi lahir, diletakkan di dada ibunya sehingga bayi dapat menyusu sendiri, sampai pada umur bayi 6 bulan, tanpa diberi apapun selain ASI. Tidak susu formula, air putih, air gula apalagi makanan padat. kecuali sedikit vitamin dan ubat.

Pada tahun 1997-2002 American Academy of Pediatric mencadangkan bahwa ASI sumber makanan tunggal untuk bayi sampai 6 bulan pertama kehidupannya. Dilanjutkan dengan makanan pelengkap ASI pada umur bayi 6 bulan sampai bayi berumur 2 tahun(AAP 1997, 2002)

Diantara keistimewaan ASI Eksklusif adalah meningkatkan kecerdasan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kecerdasan antara lain:

a. Faktor Genetik,

Ini merupakan modal asa yang tidak dapat disangkal oleh siapapun, kerana ia langsung diturunkan oleh kedua ibubapanya.

b. Faktor persekitaran

Manusia adalah mahluk sempurna, dan kesempurnaan itu melalui tahap-tahap tersendiri, faktor genetik tidak serta merta dapat mampu membentuk karakter manusia, atau kecerdasan tinggi, tetapi memerlukan faktor lingkungan sebagai stimulator kecerdasan.

Diantaranya : adanya pertumbuhan fizik biomedik otak (ASUH). ASUH atau fizik-biomedik iaitu kepandaian yang berhubungan dengan OTAK, dimana faktor pendokong pertumbuhan ini adalah Nutrisi, dan ASI Eksklusif nutrisi terbaik baik dari sisi kualiti atau kuantiti, untuk masa pertumbuhan Otak iaitu umur 0 – 6 bulan. Selain itu hanya ASI yang mengandung zat pertumbuhan otak ( DHA, AA, Taurin,Lactosa ) yang hanya sedikit sekali terkandung pada susu formula atau tidak ada sama sekali. Oleh itu, apabila bayi kekurangan gizi berat pada masa percepatan pertumbuhan otak ini (0-6 bulan) akan terjadi pengurangan jumlah sel otak 15-20%.Untuk dapat kecerdasan yang baik manusia memerlukan juga stimulasi rangsangan dan pendidikan atau dengan kata lain ASAH agar hardware yang ada semakin matang. ASAH atau stimulan ini terjadi pertama kali saat menyusu, dan pemberian ASI eksklusif adalah starting point dimana bayi mendapat rangsangan dari ibunya, belaian, ungkapan sayang, pandangan dan kata-kata yang terlontar oleh ibu adalah mediator pembelajaran yang menjadi stimulasi otak untuk mengenal alam semesta.

Follow up Studi di New Zealand,mengatakan bahwa bayi-bayi yang disusui menunjukkan perkembangan bahasa dan IQ lebih tinggi pada usia 3,5 dan 7 tahun. Pada tahun 1998 penelitian terhadap 1000 anak selama 18 tahun di New Zealand juga menyebutkan, Anak ASI mempunyai IQ dan mencapai tingkatan akademik lebih tinggi. Kemudian diperkuat oleh penelitian tahun 2002 yang dilakukan pada 3253 orang di Denmark, hasilnya ada korelasi konkrit antara lamanya pemberian ASI dan peningkatan IQ, orang yang disusui kurang dari 1 bulan mempunyai IQ 5 point lebih rendah dari yang disusui setidaknya 7-9 bulan, tetapi ASUH dan ASAH belum cukup tanpa adanya ASI.

dengan ASI eksklusif bayi akan lebih sering didakap oleh ibu, dibelai dan bayi akan merasa aman dan terlindungi dia juga akan merasa bahawa orang-orang sangat mencintainya.
Justeru, bonding yang baik adalah asas terbentuknya suasana secure attachment, sehingga dia lahir dalam suasana penuh dengan cinta kasih dan mencintai sesamanya, juga spiritual yang baik. kerana dengan menyusui , bayi diajarkan bagaimana melatih kestabilan emosional sehingga EQ-nya meningkat.

Sumber : Sentra Laktasi Indonesia

perkembangan janin dalam rahim "ibu"

bacaan quran sedap sangat dari budak kecil



sekadar motivasi kepada ibubapa yang sedang berusaha mendidik anak pintar.anak kecil ini dapat menbaca Al-Quran dengan baik dan merdu adalah hasil dari didikan awal ibubapanya yang menerapkan ilmu didalam hati anaknya.begitu juga anda.anda juga dapat melahirkan anak pintar seperti video diatas.pucuk pangkal kejayaan seseorang anak adalah dari didikan ibubapanya.seperti didalam hadis riwayat bukhari dan muslim

"Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah(suci bersih), maka kedua ibu bapanyalah yang mencoraknya sama ada mahu menjadikannya yahudi, nasrani atau majusi"

Tuesday, March 1, 2011

Doa Didik Anak

Check out this SlideShare Presentation:

Wednesday, February 23, 2011

Dalil Galakan menyusu daripada Al-Quran

Doa Menggalakkan Susu



Doa untuk menambahkan susu:

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku

Maksud ayat di atas : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.


Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.

Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar
Zikir Ya Matin (70x) setiap hari.
Waktu yg paling bagus mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum
Surah Yasin ayat 72-73
Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam
Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun…InsyaAllah

http://doaayatdanzikir.wordpress.com/page/2/
http://kuabadikandisini.blogspot.com/2011/04/doa-untuk-tambah-susu-ibu.html
http://ieena.blogspot.com/2011/03/apa-ada-pada-susu-ibu.html

Tuesday, February 8, 2011

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan SUSU IBU sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapat umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.

Kekangan dalam Menjayakan Penyusuan Ibu

Seringkali ibu-ibu baru yang bercadang untuk menyusukan anaknya dengan susu ibu secara eksklusif akan menghadapi kekangan dan cabaran seperti berikut:
1. Kita hidup di dalam masyarakat yang menganggap penyusuan susu formula adalah lumrah (perkara biasa) untuk bayi.
2. Masyarakat sedar penyusuan ibu adalah baik untuk bayi dan ibu tetapi susu formula masih dilihat pilihan yang baik, tambahan pula dalam keadaan penyusuan ibu tidak begitu berjaya.
3. Ibu-ibu baru tidak mendapat sokongan keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang menyokong penyusuan ibu atau yang berjaya dalam penyusuan ibu untuk berkongsi pendapat, pengetahuan dan pengalaman.
4. Profesional kesihatan seperti doktor dan jururawat menerima penyusuan susu formula adalah penyelesaian kepada masalah penyusuan ibu tanpa memberi nasihat /cadangan bagaimana mengatasi masalah penyusuan ibu yang dialami.
5. Agensi kerajaan tidak memahami kepentingan penyusuan ibu dan mengapa kerajaan harus memperbanyakkan usaha mempromosikan penyusuan ibu.
6. Media massa memperoleh pendapatan lumayan daripada pengiklanan susu formula tanpa menghiraukan kesan buruk pengaruhnya kepada masyarakat umum.
7. Syarikat susu formula membelanjakan wang yang banyak untuk promosi yang ada ketikanya melanggar etika yang digariskan dalam kod etika WHO berkaitan promosi dan pemasaran susu formula.
8. Pandangan umum mengatakan ibu-ibu tidak perlu merasa “bersalah” sekiranya tidak menyusukan anak mereka dengan susu ibu.
Pendapat umum #1: Kita selalu menganggap jika penyusuan ibu tidak berjaya, penyusuan susu formula adalah pilihan kedua terbaik untuk menyusukan bayi.
Hakikatnya: WHO telah menggariskan secara jelas bahawa susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Pilihan kedua ialah penyusuan susu ibu yang diperah. Jika gagal juga maka pilihan ketiga ialah susu ibu daripada ibu susuan. Jika tidak dapat diperolehi maka barulah susu formula boleh diberikan kepada bayi (pilihan keempat!)
Pendapat umum #2: Profesional perubatan seperti doktor dan jururawat tahu banyak perkara berkaitan penyusuan ibu (atau penyusuan yang sesuai untuk ibu berikan kepada bayinya).
Hakikatnya: Memang semua profesional perubatan menyokong penyusuan ibu kerana agak sukar menafikan kebaikan susu ibu berbanding susu formula. Tambahan pula hampir semua hospital telah menggariskan polisi penyusuan ibu di hospital masing-masing. Namun ramai profesional perubatan tidak dapat membantu ibu sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah berkaitan penyusuan ibu. Ketidakupayaan ini mungkin berpunca daripada pengalamannya sendiri. Pasti sukar memberi nasihat atau galakan kepada ibu-ibu untuk menyusukan bayinya dengan susu ibu sedangkan diri sendiri gagal memberikan susu ibu kepada anaknya. Malah ramai doktor mengakui penyusuan ibu tidak ada di dalam sukatan pelajaran ketika di universiti.

Cabaran Bagi Ibu Menyusu

“TAK cukup masa dan melecehkan,” itu antara alasan yang selalu diberikan oleh ibu- ibu bekerja ketika ditanya mengapa tidak memberi penyusuan badan kepada bayi mereka.
Bukan tidak cukup pengetahuan, siapa jua tidak menafikan kebaikan susu ibu yang tidak ternilai ini. Namun begitu, tuntutan kerja membuatkan kebanyakan ibu mengambil keputusan bertukar kepada susu formula.
“Bekerja bukan masalah untuk meneruskan penyusuan badan. Berapa ramai ibu yang bekerja telah berjaya menyusukan anak mereka, malah ada antaranya bekerja dalam sektor yang lasak namun tidak mempunyai masalah untuk terus memberi penyusuan secara eksklusif,” kata Ketua Jururawat dan Kaunselor Penyusuan, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Marjinah Badli.
Menurutnya, tuntutan kerja bukanlah penghalang untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan selepas habis berpantang asalkan mereka mempunyai niat dan keinginan yang tinggi.
Kemudahan yang ada ketika ini katanya, amat berkesan untuk membantu ibu-ibu meneruskan penyusuan biar pun mereka terpaksa berjauhan dengan bayi untuk beberapa ketika.
Katanya, masalah seperti susu tidak mencukupi, sukar melakukan penyimpanan dan pelbagai lagi boleh diatasi sekiranya ibu memperoleh pengetahuan yang sewajarnya.
“Perlu diingat, pengeluaran susu ibu adalah mengikut permintaan. Apabila tinggi permintaan, maka pengeluaran juga akan banyak.
“Sekiranya dari awal lagi kita memilih untuk memberi susu formula kepada bayi, maka badan telah memberi isyarat bahawa permintaan susu rendah lalu pengeluarannya pun menjadi berkurangan,” kata Marjinah yang telah terlibat dengan aktiviti penyusuan melebihi 20 tahun.
Bagi ibu-ibu yang bekerja, beliau menasihatkan mula melakukan penyimpanan stok susu dalam masa dua atau tiga minggu sebelum kembali bertugas. Ketika ini juga katanya, ibu perlu melatih bayi mereka menerima penyusuan bukan daripada payudara untuk membiasakan keadaan apabila ibu mula bekerja kelak.
Namun, penyusuan ini harus diberi oleh orang lain (bukan ibu) kerana ingatan dan sensitiviti bayi sangat tinggi terhadap ibu mereka.
“Kalau ibu yang berikan, memanglah bayi tak akan minum,” jelas beliau.
Proses mengepam susu harus dilakukan oleh ibu bagi menyediakan stok sepanjang ketiadaan mereka kelak. Untuk permulaan kata Marjinah, jika ibu berjaya mengumpul tiga botol kecil susu sudah mencukupi.
Aktiviti mengepam perlu diteruskan oleh ibu sepanjang waktu bekerja bagi menghalang proses pengurangan susu. Ketika ini, pengetahuan dan kelengkapan yang mencukupi mampu menjayakan hasrat ibu untuk terus memberi penyusuan secara eksklusif.
“Sediakan peralatan yang mencukupi seperti alat mengepam susu, botol penyimpan, beg penyejuk (cooler) dan pek ais beku,” katanya.
Menurut Marjinah, Pusrawi sangat menggalakkan ibu-ibu yang melahirkan bayi untuk memberi penyusuan anak secara eksklusif. Sekitar 60 peratus ibu yang memilih untuk bersalin di pusat rawatan itu katanya, berjaya melakukan penyusuan secara eksklusif selama enam bulan dan diteruskan sehingga dua tahun. Malah kakitangan Pusrawi juga digalakkan memberi penyusuan badan di mana bilik khas untuk mengepam susu turut disediakan.
Mengapa susu ibu?
“Susu ibu adalah manisan syurga kurniaan Allah SWT pada ibu-ibu untuk diberikan kepada anak mereka. Ia mengandungi kolostrum bermanfaat yang bertindak sebagai imunisasi bagi bayi dalam masa satu jam pertama selepas dilahirkan,” kata Marjinah.
Malah dalam surah al-Baqarah ayat 233, Allah SWT berfirman bahawa, “Para ibu hendaklah menyusukan anak- anak mereka selama dua tahun penuh iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”
Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu turut menggalakkan semua ibu menyusukan anak dengan susu ibu selama enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun.
Menurut Marjinah, susu ibu adalah makanan istimewa yang menjadi penyambung silaturahim antara bayi dan ibu, membuatkan bayi berasa selamat dalam dakapan ibu dan mengesahkan bahawa itulah ibu yang melahirkannya.
“Pertama kali menyentuh puting payudara, mulut bayi akan menolak ke kanan ke kiri lalu meluahkan semula. Tapi ibu jangan berputus asa, teruskan memberi penyusuan dan selepas itu bayi akan menerima, ketika itulah kasih sayang antara ibu dan bayi terjalin,” katanya.
Keistimewaan susu ibu, kata Marjinah memanglah tidak ternilai. Ia jauh lebih baik dan selamat berbanding susu formula yang boleh mengundang pelbagai masalah kepada bayi. Pelbagai khasiat yang diperlukan oleh bayi sepanjang tumbesaran terdapat dalam susu ibu. Menurut penyelidikan yang dijalankan, anak-anak yang diberi susu ibu secara eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun mempunyai tahap IQ yang tinggi serta mempunyai antibodi melawan penyakit yang kuat.
Berbanding susu formula yang penyediaannya merumitkan, susu ibu sedia diberi tidak kira masa memandangkan suhunya yang terkawal dan kebersihannya yang terjamin.
Selain manfaat kesihatan untuk bayi, penyusuan badan juga berupaya mengecutkan rahim ibu sekali gus membantu mereka menguruskan badan dengan berkesan.
Dari segi ekonomi pula kata Marjinah, dalam keadaan semasa yang memaksa kebanyakan keperluan harian meningkat, harga susu formula yang terdapat di pasaran juga turut melambung.
“Bayangkan satu tin susu formula dengan berat satu kilogram berharga sekitar RM50. Setiap bulan sekurang-kurangnya empat tin diperlukan, itu sekiranya mempunyai seorang bayi, bagaimana jika lebih?” soal beliau.
Bagi ibu bekerja yang ingin menyusukan anak mereka, Marjinah menasihatkan agar pertama sekali memasang niat yang betul dan perlu yakin dengan kemampuan diri.
“Dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar dalam bidang ini dan perlu jaga pemakanan. Sekarang ini bukan lagi zaman ibu berpantang makan ikan masin salai dengan nasi bersama lada hitam. Ibu perlu pemakanan seimbang untuk menyusukan bayi,” katanya.
* Sumber Artikel dr Utusan Malaysia 27/07/2008

Wednesday, February 2, 2011

buat santapan hati..

Anak anda adalah aset yg amat bernilai,
anda mungkin tidak berjaya menjadi jutawan tetapi anda boleh melahirkan 10 org jutawan.
mereka adalah anak2 anda.
Oleh itu rancanglah utk memiliki seramai mungkin anak2 cemerlang.
Anak2 yg terdidik akan menguruskan harta peninggalan anda mengikut jalan yang benar
sebaliknya anak2 yg liar kerana tidak terdidik akan memusnahkan diri mereka bersama harta yg di warisi.