Thursday, September 22, 2011

SUSU IBU MENURUT SAINS

Sains yang dicetuskan daripada pengamatan terhadap fenomena alam
tabi‟i sama sekali tidak bercanggah dengan al-Quran, malah alam tabi‟i yang
dicerap itu membenarkan kenyataan nas-nas yang sedia termaktub dalam kitab
suci itu. Begitulah yang berlaku dalam dunia penyusuan. Penyelidikan ilmiah
yang dipelopori oleh penyelidik Barat berlumba-lumba menjalankan pengkajian
berkaitan penyusuan ibu. Ternyata hasil yang diperolehi menunjukkan kekayaan
susu ibu dalam memberi kebaikan menyeluruh untuk bayi, ibu, keluarga,
masyarakat dan negara.

Susu ibu mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik
sahaja bayi dilahirkan, payudara ibu mula mengeluarkan susu pertama yang
kekuningan atau dikenali sebagai kolostrum. Kolostrum mengandungi khasiat
yang amat tinggi bagi memberi perlindungan pertama untuk bayi. Kandunganprotiennya adalah tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa serta mengandungi antibodi dan sel darah putih yang tinggi.
Di antara kelebihan kolostrum ialah ia mengandungi vitamin A,
konsentrasi klorin dan sodium. Kolostrum memiliki kemampuan menakjubkan
dalam melenturkan usus-usus bayi seterusnya mengeluarkan mekonium (najis
janin yang pertama berwarna gelap dan hitam) yang sekiranya ia tetap berada di
dalam usus, akan menyebabkan berlakunya penyumbatan saluran ususnya.
Kolostrum juga mengandungi kandungan secretory immunoglobin A atau
sIgA, iaitu agen anti-jangkitan yang melindungi usus bayi daripada laluan kuman
dan protien asing yang boleh menimbulkan alahan yang serius. Para saintis telah
menemukan satu bahan baru di dalam susu ibu yang disebut pancreatic secretory
trypsin inhibitor (PSTI), yang berfungsi melindungi dan memperbaiki saluran
usus bayi. Bahan tersebut terdapat dalam semua susu ibu, tetapi kandungannya
adalah tujuh kali ganda lebih tinggi di dalam kolostrum bagi membekalkan
perlindungan tambahan bagi usus bayi yang masih belum matang.

Khasiat susu ibu ini telah terbukti kerana risiko kematian bayi dan kanakkanak
di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak
menyusu badan pada usia tiga bulan pertama kelahiran. Kebanyakan kematian
berpunca dari penyakit cirit-birit yang serius. Kajian menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara
membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan. Oleh itu, United
Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal pasti tujuh cara
berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu caranya adalah
meningkatkan kadar penyusuan ibu dalam kalangan para ibu.
Penyusuan juga memberi banyak kebaikan untuk ibu. Penyusuan ibu
merangsangkan pengecutan rahim ibu yang baru bersalin dan ini membantu
mengembalikan saiz rahim ibu pada tahap asal sebelum hamil. Penyusuan ibu
juga meningkatkan jangka amenorea laktasi dan menghalang ovulasi selepas
bersalin, dengan ini membantu menjarakkan kelahiran anak. Menyusukan bayi
dengan susu ibu juga mudah dan ia tidak memerlukan sebarang perbelanjaan (jika
ibu tidak bekerja di luar rumah). Susu ibu lebih selamat , mempunyai khasiat yang mencukupi dan kebersihannya terjamin. Kasih sayang di antara ibu dan bayi
bertambah erat dan ini akan menyerlahkan sifat keibuan seorang ibu terhadap
anaknya. Hubungan langsung ini bukan sahaja dapat menjayakan penyusuan
ibu, bahkan penting bagi pembentukan keperibadian, pertumbuhan dan
perkembangan bayi yang lebih berkesan dan cergas kelak.

Penyusuan ibu bukanlah semata-mata atas dasar khasiat susu ibu sahaja.
Namun, sentuhan kulit ibu dan kulit bayi sememangnya mampu mententeramkan
dan menenangkan jiwa. Perasaan inilah yang merangsang pengeluaran hormon
oxitocin bagi menghasilkan lebih banyak air susu. Marshall Klaus telah
menjelaskan di dalam artikelnya bertajuk Mother and Infant: Early Emotional
Ties seperti berikut:
“Recent behavioral and physiologic observations of infants and
mothers have shown them ready to begin interacting in the first
minutes of life. Included among these findings are the newborn
infant's ability to crawl toward the breast to initiate suckling and
mother–infant thermoregulation. The attachment felt between
mother and infant may be biochemically modulated through
oxytocin; encouraging attachment through early contact, suckling,
and rooming-in has been shown to reduce abandonment”.

Sentuhan yang kerap dan berpanjangan antara bayi dan ibu menyumbang ke arah kematangan kefungsian tubuh badan bayi. Suhu badan, kadar denyutan jantung dan pernafasan bayi banyak dirangsang jika sentuhan dengan ibu kerap dilakukan. Kajian menunjukkan bayi yang menyusui badan adalah kurang mengalami apnea (pernafasan berhenti seketika) semasa tempoh tidur yang panjang berbanding bayi yang diberi susu formula. Ini mengurangkan risiko sindrom bayi mati mengejut (sudden infant death syndrom).

Terkini, teknik penjagaan Kangaroo (Kangaroo Care) diperkenalkan
untuk bayi pra-matang (iaitu bayi diletakkan di atas dada ibu agar sentuhan kulit ke-kulit dapat dijalankan. Ibu menyelimutkan bayi bagi mengelakkan kesejukan).

Hasilnya, kadar denyutan jantung, kadar pernafasan dan suhu badan bayi lebih
stabil. Kemampuan bayi menyusu secara spontan meningkat manakala
penghasilan susu ibu juga meningkat. Bayi pra-matang yang melalui proses
penjagaan Kangaroo ini memiliki sistem imunisasi yang lebih baik di samping
risiko alergi dan jangkitan yang lebih rendah sepanjang tahun pertama
kelahirannya. Aspek yang terpenting ialah ibu merasai keakraban dan keintiman
dengan bayinya, seterusnya dapat mengubati trauma kelahiran bayi pra-matang.53
Hakikatnya, bayi memerlukan sentuhan, belaian dan kasih dari ibu mereka
sepertimana susu ibu membekalkan segala nutrisi untuk pertumbuhan fizikal
mereka

Seterusnya, manfaat penyusuan ibu turut dirasai dalam pembinaan
keluarga. Kehadiran seorang ahli keluarga baru dalam sebuah rumahtangga lalu
disusukan bayi itu oleh ibunya sendiri dapat menciptakan dan mengeratkan
keutuhan keluarga, bahkan dapat menjadi penawar, pencegah yang kukuh dari
perselisihan, keretakan dan penceraian. Hal ini kerana pihak isteri, pihak suami
dan ahli keluarga merasai kepentingan dan tanggungjawab ke atas bayi.
Penyusuan akan menimbulkan kerendahan hati bagi suami, mahu memaafkan
kesalahan isterinya dengan harapan agar isterinya tetap berada di sisi bayinya,
sedia merawat dan menyusukannya.

G. B. Storr (2003), menjalankan penyelidikan bertajuk It Takes Three to
Breastfeed: Uncovering the Role of the Father. Matlamat kajian ini adalah untuk
mengenal pasti gaya hidup serta pengalaman menjadi bapa kepada bayi yang
menyusu susu ibu. Kajian mendapati terdapat tiga kepercayaan yang diyakini oleh
para bapa dalam usaha menyokong penyusuan ibu iaitu “Susu ibu adalah yang
terbaik dan susu formula masih boleh diterima”, “Susu ibu adalah yang terbaik
dan ianya merupakan keputusan isteriku” dan “Susu ibu adalah yang terbaik dandia adalah anak kami”. Hasil kajian juga mendapati bahawa bapa kepada bayi
yang menyusu susu ibu lebih akrab dan serasi dengan ibu dan bayi mereka kerana
si bapa melalui pengalaman penyusuan itu bersama-sama dengan ibu dan bayi.55
Penyusuan ibu turut membawa sinar untuk masyarakat dan negara masa
depan dari sudut kesihatan mental. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama yang
menyebabkan hilang-upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020
penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.

Malaysia juga mengalami risiko yang sama sebagaimana yang dilaporkan
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-III pada 2006 menunjukkan
kewujudan masalah kesihatan mental adalah 11.2 peratus dalam kalangan orang
dewasa dan 20.3 peratus di kalangan kanak-kanak dan remaja. Ini bermakna,
remaja dan kanak-kanak berisiko untuk terdedah kepada penyakit mental
berpunca daripada faktor biokimia dalam otak termasuk akibat peristiwa hitam
dalam hidup, hilang orang tersayang, cabaran hidup terlalu sukar dan tahap
sosioekonomi rendah.

Prof Martin Prince di dalam artikel bertajuk No Health Without Mental
Health menyatakan bahawa pesakit mental dalam kalangan wanita yang bergelar
ibu akan mempengaruhi pertumbuhan dan survival bayi. Maternal schizophrenia
(ibu yang menghidap penyakit Skizofrenia) sering dikaitkan dengan kelahiran
bayi pra-matang dan bayi kurang berat badan. Bukti yang diperolehi daripada
kedua-dua negara maju dan negara berpendapatan rendah serta berpendapatan
sederhana menunjukkan bahawa kemurungan ibu dikaitkan dengan penyusuan ibu
suboptimal. Suboptimal bermaksud penyusuan yang tidak mencukupi bagi
memenuhi keperluan bayi terutamanya pada dua tahun pertama kehidupannya.
Berkaitan kesihatan kognitif dan mental,
Karen Pryor dan anaknya Gale Pryor merumuskan di dalam buku mereka bertajuk Nursing Your Baby bahawa kajian semasa telah membuktikan bayi yang menyusu susu ibu menunjukkan pencapaian kognitif yang lebih baik berbanding bayi menyusu susu formula dengan melihat komposisi susu ibu serta elemen nutrisi yang mampumeningkatkan pertumbuhan minda. Penyelidikan akan datang pula harus melihat
aktiviti penyusuan itu sendiri, bagaimana bayi terlibat sama serta pengalaman
penyusuan yang menyumbang ke arah kehebatan inteletual.
“At the very least, it is clear that the happily breastfed baby starts
life with huge experience of his own capacity for attaining life’s
joy”.

Nukilan daripada artikel: AL-QURAN DAN SAINS BERBICARA MENGENAI SUSU IBU
Prof. Madya Dr. Farahwahida Mohd Yusof, Zilal Saari, Marwah Saari*

Bicara Al- Quran tentang Penyusuan

Terdapat lapan ayat al-Quran yang membicarakan soal penyusuan ibu iaitu:

1. Surah al-Baqarah ayat 233
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya...”.

2. Surah at-Talaq ayat 6
“... kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka
berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara
kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan
(sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan,
maka bolehlah perempuan lain menyusukannya”.

3. Surah an-Nisa’ ayat 23
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu...”

4. Surah al-Qasas ayat 7
“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia, dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan)lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan
jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan
mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya
menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami”.

5. Surah al-Qasas ayat 12
“Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada
perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan
halnya itu), kakaknya berkata: “Mahukah, aku tunjukkan kamu
kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk
kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”

6. Surah al-Hajj ayat 2
“Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan)
itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang
disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan
gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat
manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi
azab Allah amatlah berat, mengerikan”.

7. Surah al-Ahqaf ayat 15
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah
payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan…”

8. Surah Luqman ayat 14
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung
kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa
dua tahun)...”.

Dr Kertas kerja AL-QURAN DAN SAINS BERBICARA MENGENAI SUSU IBU
oleh: Prof. Madya Dr. Farahwahida Mohd Yusof, Zilal Saari, Marwah Saari

KEDUDUKAN SUSU DALAM AL-QURAN

Susu adalah salah satu tanda-tanda kekuasaan Allah SWT di alam ini di
mana ia merupakan satu-satunya makanan yang mengandungi semua keperluan
asas yang diperlukan oleh tubuh manusia. Susu mengandungi zat gula, lemak,
garam-garam mineral, besi, sodium, vitamin A, vitamin B dan vitamin C.9 Lima
belas abad yang lalu, al-Quran telah menyebutkan hal ini sebagaimana firman
Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 66 yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu
beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum
kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang
lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang
bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang
yang meminumnya”.

Ayat ini mengandungi penjelasan ringkas namun tepat mengenai proses
pembentukan susu yang mana ia hanya dapat diketahui oleh para saintis mutakhir
ini. Walau bagaimanapun, ulama terdahulu (sekitar tahun 600-610 Hijrah) telah
membahaskan proses ini dengan terperinci dan mereka berpendapat bahawa
proses pembentukan susu melalui 3 peringkat iaitu proses penghadaman,
pembuangan dan penyerapan zat serta nutrisi yang dimakan ke saluran darah.


susu juga merupakan salah satu nikmat kesenangan dan
anugerah yang dijanjikan buat penghuni Syurga. Allah SWT berfirman di dalam
surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud:
“Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang
bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari
air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai
dari susu yang tidak berubah rasanya...”.

Menurut Syed Qutb, ayat ini merupakan gambaran-gambaran nikmat dan
azab secara fizikal. Kadangkala nikmat itu digambarkan secara abstrak kerana
Allah yang menciptakan manusia, maka Dialah yang lebih mengetahui tabiat
manusia yang diciptakan-Nya. Seterusnya, Dia jugalah yang mengetahui cara
penjelasan yang berkesan kepada hati manusia.Sesungguhnya, minuman yang
lazat lagi berkhasiat adalah antara kesenangan di dunia,
maka bertepatanlah jika ia digambarkan pula sebagai kesenangan di Syurga. Hal ini kerana dorongan seperti ini mampu memberi galakan kepada manusia untuk melakukan kebaikan.

Oleh yang demikian, Allah SWT menciptakan susu agar menjadi makanan
untuk setiap anak yang dilahirkan oleh binatang mahupun manusia bagi menjamin
kelansungan hidup di muka bumi. Susu ibu yang terhasil sebaik sahaja bayi.
dilahirkan memberi petunjuk bahawa susu ibu adalah yang terbaik buat bayi. Berkaitan penyusuan ibu, al-Quran telah menyebut dan merekodkan dengan sempurna akan kepentingan melaksanakan penyusuan ibu oleh semua ibu yang melahirkan.