Thursday, September 22, 2011

Bicara Al- Quran tentang Penyusuan

Terdapat lapan ayat al-Quran yang membicarakan soal penyusuan ibu iaitu:

1. Surah al-Baqarah ayat 233
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya...”.

2. Surah at-Talaq ayat 6
“... kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka
berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara
kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan
(sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan,
maka bolehlah perempuan lain menyusukannya”.

3. Surah an-Nisa’ ayat 23
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu...”

4. Surah al-Qasas ayat 7
“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia, dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan)lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan
jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan
mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya
menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami”.

5. Surah al-Qasas ayat 12
“Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada
perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan
halnya itu), kakaknya berkata: “Mahukah, aku tunjukkan kamu
kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk
kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”

6. Surah al-Hajj ayat 2
“Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan)
itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang
disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan
gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat
manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi
azab Allah amatlah berat, mengerikan”.

7. Surah al-Ahqaf ayat 15
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah
payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan…”

8. Surah Luqman ayat 14
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung
kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa
dua tahun)...”.

Dr Kertas kerja AL-QURAN DAN SAINS BERBICARA MENGENAI SUSU IBU
oleh: Prof. Madya Dr. Farahwahida Mohd Yusof, Zilal Saari, Marwah Saari

KEDUDUKAN SUSU DALAM AL-QURAN

Susu adalah salah satu tanda-tanda kekuasaan Allah SWT di alam ini di
mana ia merupakan satu-satunya makanan yang mengandungi semua keperluan
asas yang diperlukan oleh tubuh manusia. Susu mengandungi zat gula, lemak,
garam-garam mineral, besi, sodium, vitamin A, vitamin B dan vitamin C.9 Lima
belas abad yang lalu, al-Quran telah menyebutkan hal ini sebagaimana firman
Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 66 yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu
beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum
kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang
lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang
bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang
yang meminumnya”.

Ayat ini mengandungi penjelasan ringkas namun tepat mengenai proses
pembentukan susu yang mana ia hanya dapat diketahui oleh para saintis mutakhir
ini. Walau bagaimanapun, ulama terdahulu (sekitar tahun 600-610 Hijrah) telah
membahaskan proses ini dengan terperinci dan mereka berpendapat bahawa
proses pembentukan susu melalui 3 peringkat iaitu proses penghadaman,
pembuangan dan penyerapan zat serta nutrisi yang dimakan ke saluran darah.


susu juga merupakan salah satu nikmat kesenangan dan
anugerah yang dijanjikan buat penghuni Syurga. Allah SWT berfirman di dalam
surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud:
“Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang
bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari
air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai
dari susu yang tidak berubah rasanya...”.

Menurut Syed Qutb, ayat ini merupakan gambaran-gambaran nikmat dan
azab secara fizikal. Kadangkala nikmat itu digambarkan secara abstrak kerana
Allah yang menciptakan manusia, maka Dialah yang lebih mengetahui tabiat
manusia yang diciptakan-Nya. Seterusnya, Dia jugalah yang mengetahui cara
penjelasan yang berkesan kepada hati manusia.Sesungguhnya, minuman yang
lazat lagi berkhasiat adalah antara kesenangan di dunia,
maka bertepatanlah jika ia digambarkan pula sebagai kesenangan di Syurga. Hal ini kerana dorongan seperti ini mampu memberi galakan kepada manusia untuk melakukan kebaikan.

Oleh yang demikian, Allah SWT menciptakan susu agar menjadi makanan
untuk setiap anak yang dilahirkan oleh binatang mahupun manusia bagi menjamin
kelansungan hidup di muka bumi. Susu ibu yang terhasil sebaik sahaja bayi.
dilahirkan memberi petunjuk bahawa susu ibu adalah yang terbaik buat bayi. Berkaitan penyusuan ibu, al-Quran telah menyebut dan merekodkan dengan sempurna akan kepentingan melaksanakan penyusuan ibu oleh semua ibu yang melahirkan.

Thursday, August 4, 2011

Unimom Mezzo

Unimom Mezzo merupakan breastpump keluaran Korea. Dengan slogan nya "Softly and naturally like my baby's suction", merupakan breastpump manual yang hisapannya menyerupai hisapan bayi. Kelebihan breastpump ini mempunyai silicone yang memberikan sensasi pemijatan di sekitar areola.

Ciri-ciri yang dimiliki oleh Unimom Mezzo
• Kualiti bahan breastpump : BPA Free. Sebagian besar diperbuat daripada material plastik PP (Polypropylene) dan LSR (Silikon).
• Lulus standard eropah dari sudut kekuatan bahan dan kandungan bebas racun
• Mudah digunakan dimana saja, tidak perlu elektrik . Dilengkapi stand botol,apabila diletakkan di meja dapat berdiri dengan kukuh.
• Design yang higienis; ASI masuk kedalam botol dalam keadaan bersih tanpa masuk udara luar.
• Bahagian-bahagian breastpump boleh ditanggalkan untuk disteril
• Harga murah
• Fleksibiliti ukuran botol; boleh menggunakan botol standard neck (Medela, Littel Baby, Evenflo, dan Snappies) dan wideneck (Avent dan DrBrowns wideneck).
Spesifikasi
• Model: UNIMOM MEZZO
• Packing Unit: 1Set, Approx, 165 gram
Kelengkapan:
• Breast shield, Silicon diaphragm, Shield cover, Stem, White valve, Silicon massager, Handle
• Bottle, Nipple, Cap, Disk, Bottle cover, Bottle stand

Tips untuk ibu-ibu menyusu yang ingin berpuasa.

SAHUR
1.Makan makanan berkhasiat.
2.Makan buah kurma
3.Minum air secukup

KETIKA BERBUKA PUASA
1.Makan makanan seimbang
2.Minum air longan kering (rebus sendiri) atau apa2 air yang anda rasa boleh menambahkan susu..pastikan jangan ambil ais!

SEBELUM TIDUR
1. Amalakan mambaca surah Hujurat (banyakkan susu) dan Al-Waqiah (murah rezeki)

MEMERAH
1.Perah pada waktu sahur
2.Perah pada waktu rehat di pejabat
3.Jika perlu lebihkan memerah pada malam hari

MIND SETTING
1.Yakin boleh dan kawal emosi, elak dari stress
2.Kuatkan semnagat
3.Dapatkan sokongan

1) Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorng Islam. Gumpalkan nasi sebanyak tiga kali ketul. Baca surah Al-Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi surah Al-Ikhlas setiap kali anda makan seketul gumpalan nasi tadi.

2) Dah habis tiga gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, bacakan selawat satu kali dan makan sebiji buah kurma (ulang sehingga 7 kali bersamaan dengan 7 biji kurma).

3) Pastikan selepas berbuka sehingga bersahur banyakkan minum air masak. Letak botol di tepi katil untuk memudahkan kita minum setiap kali terjaga dari tidur.

source: http://mamaqaireen.blogspot.com/search/label/PUASA

Wednesday, June 8, 2011

SusuIbu Tidak Akan Menyebabkan Anak Obes..

Adalah normal bg bayi yg menyusu susuibu mengalami peningkatan berat badan lbh cepat berbanding bayi yg menyusu susu formula di awal 2-3bulan pertama.Kemudian berat badannya akan mula berkurangan terutamanya di antara usia 9-12bulan.
Sehingga kini,TIADA kajian membuktikan bayi yg menyusu susuibu akan menjadi individu bersaiz besar juga apabila meningkat dewasa.Faktanya,terdapat kajian menunjukkan bahawa bayi yg menyusu susuibu kurang berisiko utk menjadi kanak-kanak yg obes berbanding bayi yg menyusu susu formula.Bayi yg mengalami pertambahanan berat badan lbh cepat sewaktu bayi biasanya akan menyusut berat badannya apabila mula bergolek,merangkak,berjalan dan berlari. Ini kerana dia terlalu sibuk dgn aktivitinya sehingga kadangkala kurang mkn berbanding sblm ini. Lemak yg tersimpan sblm itu digunakan sepenuhnya utk memenuhi keperluan diri utk meneruskan aktiviti fizikal di usia kanak-kanak..
Ingat! susuibu adalah makanan paling sempurna.Ia tiada kalori kosong.Amaun lemak atau kalori dlm susuibu tidak dipengaruhi oleh pengambilan lemak atau gula dlm pemakanan kita. Walaubagaimanapun,kita boleh mengubah jenis lemak di dlm susuibu dgn mengubah jenis lemak yg diambil.
Jangan sesekali hadkan penyusuan bayi dgn mengehadkan masa menyusu terus dr payudara atau menggunakan puting kosong utk mengalih perhatian bayi dgn harapan bayi mengurangkan sesi penyusuan susuibu.Tindakan sebegini boleh menggugat pertumbuhan bayi krn bayi memerlukan nutrien dan lemak utk pertumbuhan otak dan fizikal yg sihat.Hanya dgn berterusan menyusukan bayi,kita dpt memastikan bayi mendapat keperluannya dgn sempurna selain penghasilan susuibu dpt dikekalkan.

Info Dari Pn.Rita Rahayu Omar

Sunday, May 29, 2011

Petua masyarakat kita untuk banyakkan susu

• Cekur Manis ----Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
• Kacang Tanah ----- Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
• Air Longan ---- Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)
• Halba dan Jintan Hitam ---- Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba
• Bunga Melur ---- Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. – melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.
• Lobak Putih ---- Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.
• Pucuk Betik ---- Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
• Tuaman Daun Sirih ---- Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak
• Jantung Pisang ---- Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan… Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.
• Makanan Tinggi CLA ---- Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput – bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
• Kurma --- Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu

FB KIM

Petua banyakkan susu badan

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :
1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

• Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.

Sumber > FB KIM