Thursday, September 22, 2011

KEDUDUKAN SUSU DALAM AL-QURAN

Susu adalah salah satu tanda-tanda kekuasaan Allah SWT di alam ini di
mana ia merupakan satu-satunya makanan yang mengandungi semua keperluan
asas yang diperlukan oleh tubuh manusia. Susu mengandungi zat gula, lemak,
garam-garam mineral, besi, sodium, vitamin A, vitamin B dan vitamin C.9 Lima
belas abad yang lalu, al-Quran telah menyebutkan hal ini sebagaimana firman
Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 66 yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu
beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum
kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang
lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang
bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang
yang meminumnya”.

Ayat ini mengandungi penjelasan ringkas namun tepat mengenai proses
pembentukan susu yang mana ia hanya dapat diketahui oleh para saintis mutakhir
ini. Walau bagaimanapun, ulama terdahulu (sekitar tahun 600-610 Hijrah) telah
membahaskan proses ini dengan terperinci dan mereka berpendapat bahawa
proses pembentukan susu melalui 3 peringkat iaitu proses penghadaman,
pembuangan dan penyerapan zat serta nutrisi yang dimakan ke saluran darah.


susu juga merupakan salah satu nikmat kesenangan dan
anugerah yang dijanjikan buat penghuni Syurga. Allah SWT berfirman di dalam
surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud:
“Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang
bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari
air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai
dari susu yang tidak berubah rasanya...”.

Menurut Syed Qutb, ayat ini merupakan gambaran-gambaran nikmat dan
azab secara fizikal. Kadangkala nikmat itu digambarkan secara abstrak kerana
Allah yang menciptakan manusia, maka Dialah yang lebih mengetahui tabiat
manusia yang diciptakan-Nya. Seterusnya, Dia jugalah yang mengetahui cara
penjelasan yang berkesan kepada hati manusia.Sesungguhnya, minuman yang
lazat lagi berkhasiat adalah antara kesenangan di dunia,
maka bertepatanlah jika ia digambarkan pula sebagai kesenangan di Syurga. Hal ini kerana dorongan seperti ini mampu memberi galakan kepada manusia untuk melakukan kebaikan.

Oleh yang demikian, Allah SWT menciptakan susu agar menjadi makanan
untuk setiap anak yang dilahirkan oleh binatang mahupun manusia bagi menjamin
kelansungan hidup di muka bumi. Susu ibu yang terhasil sebaik sahaja bayi.
dilahirkan memberi petunjuk bahawa susu ibu adalah yang terbaik buat bayi. Berkaitan penyusuan ibu, al-Quran telah menyebut dan merekodkan dengan sempurna akan kepentingan melaksanakan penyusuan ibu oleh semua ibu yang melahirkan.

No comments: