Monday, November 29, 2010

Susu Formula vs Susu Ibu

Semakin sesebuah negara itu menuju ke arah perindustrian semakin ramai ibu - ibu yang memberi susu tepung kepada bayi - bayi mereka. Dengan adanya banyak bekalan - bekalan formula susu di pasaran , dengan bertambahnya wanita - wanita yang bekerja di pejabat atau dikilang semakin ramai bayi - bayi yang diberi susu tepung. Satu pengaruh yang kuat juga ialah iklan - iklan yang mengenai susu tepung dan makanan peralihan (weaning foods).
Walaupun sukar untuk mengurangkan amalan memberi susu formula kepada bayi di kalangan ibu - ibu adalah penting diusahakan langkah - langkah untuk membantu ibu - ibu yang mempunyai masalah penyusuan susu badan sambil menggalakkan amalan penyusuan badan di kalangan mereka .
Berbagai - bagai jenis susu formula telah dikeluarkan oleh firma-firma untuk menampung keperluan ibu - ibu yang ingin memberi susu formula kepada bayi - bayi mereka. Kadangkala ibu - ibu sendiri keliru tentang formula manakah yang lebih sesuai untuk diberikan kepada bayi mereka. Soalan - soalan yang selalu timbul adalah seperti berikut ; adakah susu formula yang lebih mahal sebenarnya lebih baik ? Jenama yang manakah yang lebih baik , bermutu dan berkhasiat ?
Dalam surah al-Baqarah ada digalakkan yang ibu-ibu memberi susu badan kepada bayi - bayi mereka sehingga usia 2 tahun. Dalam komuniti - komuniti yang primitif dan di negara - negara yang membangun pemberian susu ibu kepada bayi - bayi sudah pasti akan dapat mengurangkan penyakit - penyakit terutamanya penyakit cirit - birit di kalangan bayi - bayi. Susu ibu bukan sahaja merupakan satu cara yang tidak membebankan perbelanjaan tetapi juga ia sendiri mempunyai faktor-faktor yang boleh mencegah penyakit dan mengurangkan penyakit - penyakit alahan. Satu lagi kebaikannya ialah ia dapat mendekatkan tali perhubungan di antara bayi dengan ibu. Pendek kata , semakin dikumpul maklumat tentang susu ibu semakin didapati yang ia adalah lebih berfaedah untuk memberi susu ibu daripada memberi susu formula.
Masalah -Masalah Yang Berkaitan
Dari masa seseorang wanita itu mengandung lagi , ada baiknya jika dia memahami tentang segala aspek penyusuan susu badan.
Ibu - ibu sering juga menyatakan yang ada jenis ubat tradisional atau herba yang boleh melebihkan susunya Walaupun tidak dinafikan langsung yang mungkin boleh berlaku , kita juga tidak boleh menafikan yang ini berlaku akibat apa yang dipanggil ' placebo ' iaitu ia berlaku akibat kesan psikologi para ibu. Perasaan risau yang susunya tidak akan cukup , umpamanya , mungkin mempegaruhi seseorang ibu itu untuk memikirkan yang dia tidak boleh menyusu ; lalu benar - benar susunya didapati tidak cukup.
Bayi yang baru lahir digalakkan untuk menghisap tetek ibu dengan secepat mungkin. Hisapan bayi adalah stimuli yang baik sekali untuk memastikan pengeluaran susu badan yang mencukupi ialah jika bayi itu sendiri menghisap sehingga dia puas. Bayi -bayi yang selalu tidur dan jarang menghisap akan mengurangkan susu yang dikeluarkan oleh ibunya.
Penyusuan Ibu… sesuatu yang perlu dipelajari
December 10th, 2008 Author: nieza
Ramai menganggap (termasuk saya sendiri pada mulanya) bahawa penyusuan ibu adalah suatu fenomena biologi yang akan berlaku secara semula jadi apabila seorang ibu melahirkan anak. Justeru apabila menghadapi masalah atau keadaan seperti kuantiti air susu ibu semakin berkurang, kita juga menganggap ia adalah perkara biasa saja… tidak dapat dielak dan tidak dapat diperbaiki.
Namun begitu, penyusuan ibu adalah sesuatu yang perlu dipelajari dan diberi perhatian penuh sekiranya kita berazam untuk melengkapkan penyusuan ibu secara eksklusif selama 6 bulan dan seterusnya 2 tahun atau lebih. Semasa ibu-ibu sibuk membuat persiapan menyambut kelahiran bayi, ramai terlupa atau tidak mengendahkan untuk menambah pengetahuan tentang penyusuan ibu sebaliknya sibuk dengan persiapan-persiapan fizikal seperti baju bayi, katil, mainan, alatan mandian dan lain-lain. Perkara-perkara tersebut memang perlu diberi perhatian kerana kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Namun ada satu yang TERBAIK yang kita lupakan iaitu SUSU IBU. Siapa berani menyangkal yang susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi??? Jadi berikan yang terbaik untuk bayi kita iaitu SUSU IBU. Sesungguhnya tiada susu di dunia yang mampu menandingi kehebatan susu ibu, malah pengeluar-pengeluar susu formula di dunia masih terus berusaha untuk menghasilkan susu formula yang “menyamai” khasiat susu ibu.

No comments: