Monday, November 29, 2010

SUSU IBU

Semua ibu MAMPU memberi penyusuan Susu ibu eksklusif

1.Sebelum melahirkan bayi iaitu ketika hamil, tanamkan di dalam fikiran dan niatkan di dalam hati bahawa saya hendak menyusukan bayi secara eksklusif(susu ibu sepenuhnya tanpa campur susu formula atau air atau lain2) apabila bayi lahir nanti. Tanamkan sikap positif bahawa susu ibu pasti ada sebaik bayi dilahirkan nanti. Buat persediaan secukupnya termasuk usahakan utk mencari dan membaca seberapa banyak info berkaitan penyusuan ibu termasuk juga kesukaran2 yg mungkin akan berlaku supaya kita benar2 bersedia dan tidak mudah patah semangat. Ajak juga suami, ibu atau ibu mertua berkongsi info yang kita perolehi itu.
2. Pada hari2 awal (hari 1-3) biasanya susu ibu yang putih dan cair belum lagi muncul. Ini menyebabkan ramai ibu membuat kesimpulan bahawa mereka “tidak ada susu”, “kurang susu”, “memang keturunan tak banyak susu” (mak sendiri pun pernah cakap camni!) dan macam2 lagi kesimpulan yg negatif. Hakikatnya susu yang hadir ketika itu hanyalah kolostrum yg pekat, berwarna kekuningan dan sedikit. Namun yg pekat, kuning dan sedikit itulah makanan terbaik dan mencukupi utk bayi baru lahir. JANGAN buang kolostrum itu kerana kolostrum hanya hadir sekali itu sahaja sepanjang hayat anak itu!
Uniknya Susu Ibu
Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…
1. sentiasa segar (fresh)
2. tersedia dalam suhu yang optimum
3. tersedia steril
4. tiada pencemaran
5. tersedia bila-bila masa
6. tiada tarikh luput
7. species-specific
8. susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
9. hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
10. mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
11. mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
12. mengandungi antibodi
13. mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
14. tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
15. mudah hadam
16. komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
17. komposisinya berbeza mengikut umur bayi
18. komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
19. komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
20. mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)
Banyak lagi 1001 sebab dan keunikan susu ibu. Sebab itu US FDA pernah mengakui bahawa “…the exact chemical makeup of breast milk is still unknown.” Malah khasiat dan komposisi susu ibu tidak mampu ditiru oleh mana-mana susu lain di dunia! Subhanallah…
KEBAIKAN SUSU IBU

Menurut Penolong Pengarah Pemakanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siti Mariam Ali, susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi.

Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.
“Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan

Susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan.

Antaranya ialah mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.

Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan

Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit.

Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari.

Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

No comments: