Monday, May 26, 2008

Aduhai wanita

Saidina Ali r.a menceritakan bahawa beliau bersama isterinya memasuki rumah Nabi Muhammad s.a.w. Baginda sedang menangis tersedu-sedu kemudian saidina Ali bertanya: Apakah yang menyebabkan kamu menangis wahai Rasulullah? Sabda baginda yang bermaksud : wahai Ali, pada malam Isra’ku ke langit, aku melihat wanita dikalangan umatku disiksa dengan pelbagai siksaan, itulah sebabnya aku menangis kerana menyaksikan mereka disiksa dengan siksaan yang sangat berat dan mengerikan
Aku melihat wanita yang digantung dengan rambutnya hingga mendidih otaknya.
Aku melihat wanita yang digantung lidahnya dan air panas dituang ke halkumnya.
Aku melihat wanita yang kedua kakinya diikat ke payudaranya sementara kedua tangannya ke ubunnya.
Aku melihat wanita yang tergantung sedangkan payudaranya digigit ular dan kala jengking.
Aku melihat wanita yang berkepala khinzir berbadan keldai disiksa dengan pelbagai siksaan.
Aku melihat wanita yang menyerupai anjing sedangkan api masuk ke dalam mulutnya dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukul kepalanya dengan pemukul api .

Saidatina Fatimah r.a bertanya wahai kekasihku,wahai Rasulullah apakah perbuatan mereka sehingga mereka ditimpa dengan azab itu? Jawab Rasulullah:

Mereka yang digantung dengan rambutnya hingga mendidih otaknya adalah wanita yang tidak menutup rambutnya daripada pandangan lelaki yang bukan mahramnya.

Wanita yang digantung lidahnya dan air panas dituang ke halkumnya adalah wanita yang menyakiti hati suami (dengan lidah) mereka.

Yang digantung payudaranya kerana isteri yang mengkhianati suaminya.

Wanita yang kedua kakinya diikat adalah wanita yang tidak mandi hadas dan haid dan mempermainkan kefarduan solat.

Wanita yang berkepala khinzir berbadan keldai adalah wanita yang pengadu dan pendusta.
Wanita yang menyerupai anjing adalah wanita yang mengungkit-ungkit pemberian dan irihati. Wahai anakku kecelakaanlah kepada isteri yang tidak taat kepada suami.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Barang siapa yang mengenakan pakaian untuk dipertontonkan di dunia, maka Allah akan memakaikan pakaian kehinaan kepadanya pada hari kiamat.

Aduhai wanita dirimu amat berharga, maka hiasilah diri dengan hiasan iman dan takwa (berpakaian menutup aurat) kerana ia merupakan jaminan untuk menempatkan dirimu di taman Syurga , jangan sampai terlambat dan menyesal di kemudian hari.

Mafhum Hadis :
Dunia adalah perhiasan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Apabila suaminya memandangnya maka hatinya tenang dan apabila disuruhnya dia taat, dan apabila suaminya tiada ia tetap menjaga kehormatan dan harta (suami)



Sumber:Muslimah Julai 1995, Wanita solehah. 2001.

No comments: