Monday, May 26, 2008

GERAKAN HAMAS

1.0 PENGENALAN

Berita isu Palestin selalu terpapar di dada akhbar, televisyen, radio. Rakyatnya yang terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri .Mereka tercari-cari siapakah yang dapat membela nasib mereka ini. Maka Allah SWT telah memberi amanah kepada satu golongan yang berakhlak mulia ,iman yang mantap dalam menggerakkan perjuangan Isalam di Palestin yang di beri nama sebagai HAMAS iaitu Harakah al-Muqawamah al-Islamiyah .Ia bermaksud gerakan penentang Islam (Enciklopedi Islam , Alijah Gordon 2003: 293) Ia adalah salah satu daripada gerakan Islam yang terpenting di Palestin dalam misinya membebaskan bumi Palestin daripada Zionis dan memepertahankan al-Quds dari dijajah. Gerakan ini mulai popular dengan intifadah yang dilakukan dan akhirnya dapat memerintah Palestin selepas pilihanraya 2006 walaupun mereka tidak diiktiraf oleh Zionis, AS.

Dalam kertas kerja ini penulis cuba memberi pendedahan kepada pembaca untuk mengenali HAMAS dengan lebih dekat dan meniupkan ruh perjuangan HAMAS kepada umat Islam seluruh dunia khususnya kepada umat Islam di Malaysia agar dapat bersama memberi sokongan dalam perjuangan yang mereka lakukan untuk kebaikan Islam sejagat. Allah SWT pernah berfirman yang bermaksud : Dan hendaklah ada daripada kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran.(al-Quran. Ali Imran 3 :104 )

2.0 SEJARAH PENUBUHAN HAMAS

Gerakan ini banyak mencontohi gerakan Ikhwan al-Muslimin di Mesir yang dipimpin oleh Syeikh Hasan al-Banna dan kesinambungan perjuangan Syeikh cIzzudin al-Qassam. Ia bermula dengan lawatan Abdul Rahman al-Banna ke Palestin, setelah itu wujud pertubuhan Ikhwan al-Muslimin (IM) di Palestin dengan nama Jamciyah Makarem al-Aqsa. Selepas 1970 IM berjaya menghasilkan pembinaan generasi IM di Gaza dan Tebing Barat dengan fasa pembinaan masjid, pembinaan institut sosial, badan-badan kebajikan, kelab-kelab pemuda dan universiti. Pada 1984 IM telah melakukan persediaan melancarkan jihad tetapi dapat dibongkar oleh Zionis dan menangkap Syeikh Yasin dan orang-orang yang bertanggungjawab membina generasi muda. Pada tahun 1984 sehingga 1987 keadaan semakin getir menyebabkan aktivis IM melonjak muncul sebagai gerakan jihad di Palestin.

Wajah perjuangan jihad mereka tinggalkan sebelum ini dengan melebihkan kepada pembinaan sosial dan kebajikan menyebabkan kegagalan para sekularis dan golongan kiri memerdakakan Palestin. Akhirnya lahirlah gerakan ini yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yasin didirikan pada 8 Disember 1987 dibentuk di Gaza bersama-sama sahabat-sahabatnya iaitu Dr.Abd Aziz al-Rantisi, Salah Syahada, Muhammad Shamcah , cIsa al- Nashar, Abdul Fatah Dukhan dan Ibrahim al-Yazuri. Mereka membentuk jihad IM bersama rakyat Palestin dengan nama baru iaitu HAMAS. Ia dalam bahasa arab bermaksud semangat. Ia ditubuhkan serentak dengan Intifadah pertama dan tersebar ke seluruh Gaza dan seluruh anggota IM serta rakyat Palestin iaitu pada 11 dan 12 Disember 1987 seterusnya meluas ke Tebing Barat pada 14 dan 15.(Enciklopedi Islam , Maszlee Malik 2006:2-13)HAMAS kekal tidak menganggotai PLO (Alijah Gordon 2003: 293)


3.0 ORGANISASI KABINET PALESTIN DALAM PIMPINAN HAMAS

Apabila HAMAS berjaya dalam pilihanraya 2006. Mereka telah diberi mandat oleh Presiden PA iaitu Mahmoud Abbas untuk membina kerajaan baru di bawah pimpinan HAMAS. Oleh itu, terhasillah kabinet Palestin HAMAS sendiri yang diterajui oleh Ismail Hanieyyah. Berikut adalah senarai lengkap menteri kabinet HAMAS beserta portpolio masing-masing :

Perdana Menteri :Ismacil Haneyyah merangkap sebagai Menteri Kesukanan.
Timbalan Perdana Menteri :Nasseredine al-Shaer merangkap Menteri Pelajaran.
Menteri Kewangan :Omar Abdelrazek
Menteri Hubungan Luar: :Mahmoud al-Zahhar
Menteri dalam Negeri :Saced Siyam
Menteri Ekonomi :Alaadine al-A’araj
Menteri Penerangan :Yussef Rizqa
Menteri Keadilan :Ahmed al-Khaldi
Menteri Kesihatan :Bassem Naim
Menteri Kerajaan Tempatan :Issa al-Jaabari
Menteri Kerjaraya :Ziad al-Zharzha
Menteri Tenaga Buruh :Mohammad Barghouti
Menteri Teknologi dan Komunikasi:Jamal al-Khodari
Menteri HalEhwal Tahanan :Wasfi Kabha
Menteri Kebudayaan :c Ata’allah Abu al-Sabeh
Menteri Perancangan :Samir Abu Eisheh
Menteri Pengangkutan :cAbdelrahman Zidane
Menteri Pelancongan :Jawdath Mouqos (kristian)
Menteri Pertanian :Mohammed al-Agha
Menteri Hubungan sosial :Fakhri al-Turmani
Menteri Wanita :Mariam Saleh
Menteri Agama :Nayef Rajub
Menteri Hal Ehwal Baitul Maqdis:Khaled Abu Arafeh
Menteri Hal Ehwal Pelarian :Atef Adwane. (Maszlee Malik 170)

Oleh yang demikian mereka cuba untuk membuat perubahan dan refomarsi dalam corak pemerintahan Palestin yang sebelum ini dikuasai oleh Fatah. Pelbagai krisis dan tribulasi,sekatan kewangan yang berlaku tetapi mereka tetap teguh memperjuangkan misi dan visi mereka serta berpegang teguh dengan prinsip yang diperjuangkan.

4.0 PEMIKIRAN HAMAS DALAM PERJUANGAN

HAMAS sebagai satu pertubuhan kebangsaan yang bercirikan Islam dan menjadikan jihad sebagai dasar utama. Ideologi, polisi, pendekatan dan sebagainya berpaksikan kepada Islam yang syumul. Mereka meyakini akidah yang mantap dan bantuan Allah menjadi teras dalam meneruskan perjuangan ini. Usaha pembebasan Palestin memerlukan penyertaan seluruh umat Islam. Mereka selama-lamanya tidak akan mengiktiraf Israel . Rakyat Palestin memerangi mereka bukan kerana mereka yahudi. Islam memberi keutamaan kepada mereka berbanding dengan agama lain kerana mereka adalah ahli kitab tetapi Memerangi Israel kerana mereka telah merampas dan merompak tanah air, negara dan kampung halaman . Mengiktiraf Israel bererti menyerahkan rumah mereka kepada perompak dan panyamun. Jihad dalam segenap aspek adalah jalan yang paling efektif dalam memerdekakan Palestin. Mereka mahu membina masyarakat Palestin yang bertamadun bertunjangkan akidah dan prinsip Islam. Mereka menganggap bahawa nasionalisme mempertahankan tanah air adalah sebahagian daripada iman. Oleh itu mereka terus berjihad melawan musuh untuk menyembalikan tanah air umat Islam(Maszlee Malik 2006: 16-25,170,270)

Menurut Dr Azam Tamimi bahawa HAMAS dan rakyat Palestin akan terus mempertahankan negara , maruah dan jati diri mereka .Mereka tidak akan berdiam diri membiarkan tanah air mereka terus dimamah dan dijajah oleh musuh Allah.Rakyat Palestin tidak percaya lagi dengan janji manis dari Zionis kerana mereka memang telah dikenali sebagai pembohong nombor satu dunia.Kemerdekaan hanya dapat dicapai melalui pertumpahan darah. (Maszlee Malik 2006)

5.0 PENDEKATAN YANG DILAKUKAN OLEH HAMAS

HAMAS melakukan pelbagai pendekatan untuk membebaskan Bumi Palestin dari cengkaman Zionis. Antaranya ialah:

5.1. Menjalankan dakwah melalui penerangan

Pendekatan Hamas kepada masyarakat dengan menjalankan dakwah melalui penerangan yang diberikan melalui ceramah mereka di masjid-masjid di sekitar Palestin dan menyusup di universiti-unversiti,(ensiklopedi islam)pusat pengajian tinggi. Mendidik umat tentang Islam, membentuk kesatuan fitrah umat Islam bagi menghadapi Zionis dan menyediakan masyarakat menghadapi jihad. (Hafidzi Mohd Noor 2006 : 23)Pengaruh HAMAS meluas bukan sahaja dikalangan pelajar bahkan para profesianal Muslim.Perkara ini telah diakui oleh Dr. Hisyam Sharobi seorang penganalisis Politik sekular di Palestin pernah berkata.”Perjuangan HAMAS sudah berjaya dan sehingga kini mereka sudah mencapai apa yang tidak pernah dicapai oleh pihak PLO selepas setengah kurun mereka berjuang. (Maszlee Malik 58)

5.2. Membentuk pasukan jihad

Hamas telah menjadikan jihad adalah pendekatan yang paling penting untuk merealisasikan misi dan visi mereka . Ia dilakukan dalam beberapa fasa. HAMAS mengikut strategi Syeikh cIzzudin al-Qassam dengan menubuhkan Bridge al-Qassam (1987-1990). Pada waktu itu HAMAS lebih menumpukan kepada beberapa bentuk serangan iaitu:

i. Demontrasi secara besar-besaran, demontrasi diadakan di jalan-jalan Palestin, Zionis membalasnya dengan peluru. Demontrasi pertama berlaku selepas solat subuh 9 Disember di Masjid Mukhayyam Jabalia. Seterusnya di Hospital al-Syifa, ramai rakyat Palestin yang terkorban. Akhirnya merebak demontrasi secara meluas ke pelusuk Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dengan melibatkan ramai warga Palestin. (Prof. Madya Dr. Mohsen M. Saleh 2001: 82)

ii. Pertempuran dengan membaling batu ke arah tentera Zionis.Rakyat Palestin membuat penentangan terbuka dengan melontarkan batu ke arah musuh. Mereka pada masa itu tidak mendapat senjata api kerana sempadan negara ditutup dan dikawal ketat oleh Israel dan negara-negara sempadan.(Ibnu Ismail 35) contohnya seorang kanak-kanak 12 tahun keluar bersama pemuda Palestin bertekad untuk berjihad dengan bersenjatakan batu-batu kecil itulah mereka memerangi yahudi dengan membalingkan dengan sekuat-kuatnya dan dibalas dengan peluru yang menjadikan beliau turut syahid . (Wartawan-wartawan Mujahidin antarabangsa 2004: 210)

iii. Menurut Nusse A. (1998: 128) melalui Perang Pisau (Harb al-Sakakin). Para pejuang HAMAS menggunakan senjata pisau dalam melawan tentera zionis, ada yang mengeluarkan pisau kerambit dan membenamkan ke tubuh musuh. Zionis tersebut mengerang kesakitan dan rebah ke bumi.

iv. HAMAS membuat serangan dengan senjata api, sebanyak 16 operasi dapat dilancarkan. Membentuk pasukan jihad dalam kelompok-kelompok yang kecil di bawah pimpinan Syeikh cAbdul al-Aziz cAudah dan Dr. Fathi Syiqaqi bagi melawan musuh Allah SWT iaitu Israel dari pelbagai aspek. Antaranya ialah menentang dengan senjata. Ia adalah kewajipan yang utama kepada mereka. Ia menjadi fardhu ain kepada mereka. Jihad adalah satu-satunya untuk membebaskan diri dari belenggu kajahatan Israel dan mempertahankan aqidah dan negara mereka. Pada tahun 1986-1987 mereka talah melakukan suatu gerakan gerila anti-Israel. Ini adalah memberi suatu dorongan untuk melakukan intifadhah(Ensiklopedi Tematis Dunia Islam 144)

v. Penculikan tentera zionis. Para mujahidin HAMAS dapat menculik tentera Zionis pada 13 Disember 1992 kemudian menukarkan tahanan tersebut dengan Syeikh Ahmad Yasin yang telah dipenjara oleh Zionis.(Maszlee Malik 2006: 49)

Pada fasa inilah tercetusnya intifadhah pertama. Intifadah ini berlaku pada 8 Disember 1987. Ia berlaku serentak dengan tertubuhnya HAMAS. Ia tercetus kerana trak Israel merempuh kereta yang dinaiki oleh para buruh palestin menyebabkan 9 orang Israel tercedera dan telah mengorbankan 4 orang Palestin. Intifadah ini melibatkan semua golongan yang di bahagikan kepada beberapa kelompok .

i.Kelompok pertama dinamakan Majmucah al-Muraqibah mereka ini tugasnya sebagai pengintip yang menyelidik kedatangan tentera Israel. Kebiasaannya mereka dari kelompok ini adalah para remaja. Contohnya Abu Muaz, beliau diarahkan oleh HAMAS menyamar dan memperdayakan agensi perisikan Israel Sabak dengan berpura-pura bekerjasama dengan Sabak. Beliau berjaya meyakini pemimpin Sabak tentang keinginannya untuk bekerjasama dengan mereka. Akhirnya beliau telah menyeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah Kapten Majdi.(Ibnu Ismail 2002:113-114).

ii.Kelompok kedua pula ialah al-Majmucah al-Mutadarrijah, golongan ini diberi tugasan sebagai pengumpan yang memancing tentera Israel memasuki perkampungan orang Islam Palestin.

iii.Kelompok ketiga yang dinamakan al-Majmuacah al-Ramiyah. Mereka ini ditugaskan melempar askar Israel yang memasuki perkampungan Palestin. Alat-alat yang digunakan untuk melawan musuh ialah miqlah, telur busuk, alat pelempar berisi batu, bom Molotov.

iv.Kelompok ini ialah al-Majmucah al-Musyagilah mereka adalah kelompok yang membuat rusuhan dan kelompok terakhir ialah al-Majmucah al-Ishcab mereka adalah kelompok penyelamat. Kedua-dua kelompok ini akan beraksi sekiranya berlakunya penangkapan terhadap rakyat Palestin . Tempat mesyuarat bagi umat Islam ini selalunya diadakan di Masjid al-Aqsa bagi menyusun strategi melawan musuh .(Ensiklopedia Islam untuk pelajar 2004: 233-234)

Ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka melakukan intifadhah iaitu.
Menjadi suatu dorongan kepada mereka untuk mempertahankan kedaulatan tanah iar mereka yang hilang.
i.Kesatuan umat Palestin dan kerapian mereka untuk terus berjuang.
iii.Mereka mendapat motivasi yang sangat kuat dari para pemimpin mereka berpandukan al-Quran, al-Sunnah dan kata-kata semangat untuk terus berjihad yang sering diperkatakan. Israel pada awalnya tidak begitu gementar dengan pergerakan ini tetapi setelah melihat kesannya yang besar pada mereka barulah mereka mengambil serius perkara ini.

HAMAS berjaya melibatkan secara umum rakyat Palestin supaya menentang Zionis. Hamas berjaya membuktikan bahawa mereka mampu untuk melawan musuh mereka tanpa bantuan luar. Oleh itu, mentaliti ini menaik semangat warga Palestin untuk membebaskan negara mereka dari cengkaman Zionis. Mereka dapat menghadapinya dengan lebih berstrategi, terancang dan teratur. Intifadah ini dapat melonjakkan kesedaran dan menyembangkan ideologi Islam di kalangan penduduk Palestin. Ia juga dapat melahirkan bakat-bakat muda dan terus bangkit menentang musuh Allah. Generasi inilah yang menjadi penggerak kepada Intifadah kedua.(Maszlee Malik 55-56) Pada peringkat pertama Intifadah , ia menghadapi kebangkitan rakyat secara meluas melalui mogok, demontrasi, pemboikotan pentadbiran awam Zionis, pembersihan masyarakat daripada menjadi kawan kepada yahudi (Prof. Madya Dr. Mohsen M. Saleh 2001: 83)

Intifadah kedua pula bermula kerana tindakan biadab yang dilakukan oleh Ariel Sharon memasuki Masjid al-Aqsa tanpa memakai kasut. Ini menimbulkan kemarahan umat Islam sehingga menyebabkan berlakunya pertempuran darah di rumah Allah itu pada 28 September 2000. Seramai lima orang gugur dalam pertempuran tersebut demi mempertahankan al-Quds.

Antara sebab umat Islam memarahi rejim Zionis ini adalah seperti berikut:
Perancangan yahudi untuk memusnahkan Masjid al-Aqsa. Proses menyahudikan Baitul Muqaddis. Pengusiran rakyat Palestin secara berperingkat-peringkat dari Baitul Maqdis
Kedegilan Zionis berhubung isu pelarian. Rampasan tanah di Baitul Maqdis dan sekitarnya oleh rejim Zionis tanpa menghirau hak Palestin.

Kesan daripada tingkahlaku biadap itu, rakyat Palestin telah melakukan tunjuk perasaan dan mendapat sokongan di seluruh dunia. Mereka telah memulakan perarakan selepas solat jumaat dari setiap masjid yang berhampiran menuju ke Masjid al-Aqsa yang dilarangkan melakukan solat jumaat pada hari itu. Pertempuran berlaku di merata tempat. Dalam pertempuran ini sebanyak 4130 menjadi syahid, 766 daripadanya adalah kanak-kanak. Sebanyak 45 487 telah tercedera. Rakyat Palestin yang dipenjara oleh rejim Zionis sebanyak 8 600 termasuk 288 kanak-kanak, wanita yang ditahan adalah lebih daripada 800. Rumah Palestin yang dirobohkan sebanyak 72 105 melalui serangan dan operasi rasmi termasuk pembinaan tembok pemisah di Tebing Barat. Pihak Zionis telah memusnahkan 135 529 pokok dan tanaman rakyat Palestin untuk dijadikan tempat perumahan mereka.

Pada Intifadah ini , pihak rejim telah melakukan pembunuhan bersiri ke atas para pemimpin dan pejuang Palestin terutama pemimpin HAMAS dan Jihad Islami(.(Maszlee Malik 2006:70-73)Antara Pemimpin dan pejuang HAMAS yang terkorban ialah:

i. Syeikh Ahmad Yasin adalah ikon perjuangan Intifadah dan pengasas HAMAS.Beliau dan rakan-rakan telah menubuh gerkan ini kerana melihat situasi pada waktu itu Negara-negara Arab tidak mendapat hasil untuk memerdekakan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa.Beliau adalh seorang yang bersemangat kental walaupun lumpuh..Pada Ogao 1988,Pihak Zionis telah merobohkan rumahnya.Pada 18 Mei 1989 Beliau dan ratusan anggota pergerakan HAMAS dipenjara.Semasa penahanan tersebut menyebabkan beliau mengalami lumpuh yang lebih teruk kesan penyiksaan yang dialaminya iaitu seluruh badannya lumpuh kecuali kepala sahaja,mata kanannya tidak dapat melihat dan mengalami masalah pendengaran,jangkitan paru-paru dan abdomen.Pada 1 Oktober 1997Beliau berjay dibebaskan melalui pertukaran tawanan.Apabila beliau dibebaskan ,beliau kembali menjadi pemimpin agama gerakan HAMAS dan berjaya meniupkan semangat supaya terus berjuang menentang Zionis laknatullah.

Israel beberapa kali cuba membunuh Syeikh tetapi Pada 6 September 2003,rummah Syeikh Yasin sekali lagi dibedil,alhamdulillah dia terselamat hanya sedikit cedera ringan yang dialaminya pada tangan kanannya. Israel beberapa kali cuba membunuh Syeikh tetapi akhirnya pada subuh 22 March 2004 adalah tarikh penting tatkala penduduk Malaysia sibuk dengan keputusan pilihanraya.Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh dan empat orang lain termasuk anaknya,Abdul Ghani terkorban semasa pulang dari masjid selepas solat subuh berjamaah.(Wartawan-wartawan Mujahidin antarabangsa 2004: 212-214 ,Maszlee Malik 2006 : 208-213)


ii.Dr Abd Aziz al-Rantisi adalah antara pengasas HAMAS atau dikenali sebagai “singa Palestin”yang membawa aspirasi perjuangan Ikhwan Muslimin keran beliau pernah menuntut ilmu di Mesir dalam bidang perubatan di Universiti Iskandariah.Beliau beberapa kali masuk keluar penjara disebabkan penentangannya terhadap Zionis.Pada kali keempat dipenjara adalah waktu yang amat bermakna kepadanya kerana dia ditempatkan bersama Syeikh Ahmad Yasin.
Peluang itu dia gunakan untuk menghafaz Quran,membina replica Masjid al-Aqsa. Menggunakan kotak-kotak terbuang,menghasilkan syair-syair perjuangan .Walaupun beberapa kali dipenjarakan ,beliau tetap terus bersemangat memperjuangkan Islam,Rejim berasa buntu dan beliau diusir bersama 400 para pejuang ke Marja Zuhur di Selatan Lubnan.Beliau menjadi bintang bersinar setelah menjadi jurucakap bagi orang yang diusir kerana beliau fasih berbahasa Inggeris.Dengan itu,beliau mudah disenangi dan berurusan dengan pelbagai pihak.

Setelah pulang ke Palestin beberapa kali juga beliau di penjarakan.Apabila beliau keluar kali terakhirnya,Israel melancarkan serangan tapi beliau dan anaknya selamat manakala kereta yang dinaiki hancur.Setelah Syeikh Yasin syahid beliau memegang kepimpinan HAMAS ,tidak sampai sebulan memegang pucuk pimpinan HAMAS, beliau pula mengikut jejak Syeikh Yasin pada 17 April 2004 bersama dua rakan lain apabila kereta beliau dibedil dengan rket dari helikopter Apache di jalan al-Jallaa di Wilayah Gaza. .(Maszlee Malik 213-219)

iii.Yahya Ayassh adalah seorang graduan di bidang kejuruteraan elektrik. Diakui oleh musuh bahawa dia seorang pakar pembuat letupan. Beliau dianggap orang penting dalam merancang siri serangan ke atas Zionis. Serangan demi serangan yang dilakukan olehnya menggerunkan Zionis.Namanya menjadi buruan utama rejim dan pernah menyamar sebagai rabbi ortodok untuk mengelak diri daripada ditangkap. Gambarnya dicetak dan diedar merata-rata. Pada 5 Januari 1996 telefon bimbitnya ditukar dengan telefon yang dilengkapi bom meletupkan seluruh badannya oleh agen Zionis . (Ibnu Ismail 137-143, Maszlee Malik239-240)

Ramai lagi di antara mereka yang terkorban seperti Dr. Salah Syahadah pengasas Bridge al-Qassam, Muhammad Tohir pemimpin komando al-Qassam, Ibrahem al-Maqadmeh sebagai perancang strategi HAMAS, Ismael Abu Syannab,(Maszlee Malik74) Muhannad Tahir jurutera keempat, Muhammad Ahmad Halas, Nahidh Mohd Isa (27 tahun), Nidhal Fauzi Nasir(32), Fadi cata’ullah(22), Nuruddin Sofi(21), Na’il Abu Awwad dan lain-lain lagi.(Ibnu Ismail 2002: 145-198)

Pada fasa ini amaliyah istisyhadiah atau dikenali sebagai bom berani mati telah dilakukan untuk membuat penentangan terhadap Zionis . Mereka mencipta bahan letupan sebagai senjata untuk melawan musuh dengan terpaksa mengorbankan diri. Satu nyawa dikorbankan untuk membunuh sejumlah besar kuffar. Ini dapat menimbulkan kegerunan di hati musuh-musuh, Zionis ini tidak dapat melakukan sewenang-wenangnya kepada rakyat Palestin. Kestabilan politik dan ekonomi mereka tergugat.(Ibnu Ismail 2002:53-56)

Antara para pejuang bom mati syahid adalah Soleh Nizal. Beliau seorang yang pendiam dan selalu melakukan puasa sunat isnin khamis. Apabila HAMAS ditubuhkan beliau terus menjadi ahli. Selepas itu dia selalu ditangkap disoal siasat dan dipenjara. Apabila dibebaskan, beliau semakin bersemangat jihad melawan Yahudi setelah berlakunya pembunuhan kejam di Masjid Saidina Ibrahim yang menyebabkan berpuluh-puluh umat Islam terbunuh. Beliau telah melancarkan bom mati syahid pada 19.10.1994 di Bandar Tel Aviv menyebabkan 27 yahudi terbunuh dan 100 tercedera. (Ibnu Ismail 2002:122-124) cImad Kamil al-Zubaidi adalah seorang remaja yang berani ketika itu usianya baru 18 tahun tetapi beliau sanggup meninggalkan keseronokan dunia untuk membeli akhirat dengan melakukan amaliyah di Kufru Saba pada 22.4.2001. Pada pagi tersebut beliau keluar apabila melihat sepasukan tentera yahudi yang ramai di stesen bas, cImad telah meletupkan letupan yang dibawa dan dapat mengorbankan 50 yahudi dan sebahagiannya tercedera. Maka bahagialah cImad bertemu Ilahi .(Ibnu Ismail 2002: 165-166)
Raid al-Barghuthi telah dipilih untuk melaksanakan amaliyah sebagai tindakan terhadap pembunuhan pejuang Islam sebelum ini. Pada 4.9.2001 pagi selasa beliau keluar ke Jalan Anbia’ di tengah kota Baitul Maqdis. Beliau telah membawa bersamanya bahan letupan yang meledakkan ditengah-tengah pengganas yahudi, 5 terbunuh dan ramai yang tercedera. Oleh itu ,pergilah ruhnya menemui Allah SWT sebagai shuhada.(Ibnu Ismail 2002: 170-171). Pejuang Islam yang sama-sama mencari syahid adalah Jamal Abu Ghani, Ayat al-Akhras(16 tahun), Syadi Zakaria Tobas(23), Khalil Azuz (29), Abdul Basit Audah (25), Mahir Habisyah, Husain Hasan Abu Nasr, Suhaib Timraz(18), Musa abd Qader dan ramai lagi. (Ibnu Ismail 2002: 145-198). HAMAS telah melancarkan bom berani mati sebanyak 54 operasi yang mengorbankan sebanyak lebih 300 warga yahudi. Jumlah tersebut sebenarnya tidak seberapa mana jika dibandingkan dengan 4000 rakyat Palestin yang dibunuh termasuk 1000 kanak-kanak yang tidak berdosa yang dialkuakan oleh Zionis.

Antara teknik-teknik lain yang dilakukan dan ia lebih canggih daripada intifadah pertama ialah:
i.Bom kawalan jarak jauh iaitu mereka dapat meletupkan kereta kebal Zionis
ii.Operasi bom syahid bersama fraksi-fraksi lain
iii.Melancarkan roket daripada pelbagai jenis bermula daripada roket Hound sehingga kepada Qassam 1, Qassam 2, Qassam 3. Roket-roket tersebut dibuat sendiri oleh HAMAS melalui R&D. Ia dapat menjangkau jarak yang jauh dan amat digeruni oleh Zionis.
HAMAS mencipta kaedah serangan bersama fraksi lain ke arah pos kawalan tentera.
Contohnya operasi thuqub, operasi Hudhairiah ia mengorbankan ramai zionis terkorban dalam operasi tersebut. Ini menyebabkan Sharon membuat keputusan segera untuk berundur dari Gaza
v.Serangan camaliyyat nafaq, iaitu komando-komando HAMAS telah menggali terowong dan meletupkan pos-pos kawalan dari bawah tanah untuk mengerang Zionis laknatullah. (Maszlee Malik 2006:78)
vi.HAMAS dapat dapat menghancurkan dan menenggelamkan kapal penceroboh Israel. Pada 7 November 2000
viii.Pembunuhan Benyamin Kahana ketua gerakan “kakh” Zionis pelampau iaitu pada 3 Disember 2000. (Prof. Madya Dr. Mohsen M. Saleh 2001:110)

Pada Intifadah kali ini dapat dilihat lebih kepada operasi ketenteraan rakyat Palestin dalam menentang Zionis. Pada waktu ini gerakan Fatah dan pengikutnya dalam PLO telah menyetujui Perjanjian OSLO dengan manamatkan operasinya manakala HAMAS dan Jihad Islami tetap meneruskan perjuangan mereka. Mengikut statik yang dibuat selama 6 tahun Intifadah kali ini mengorbankan 1540 rakyat Palestin , sebanyak 130 000 yang tercedara dan 116 000 telah dipenjara. (Prof. Madya Dr. Mohsen M. Saleh 2001: 83) Dalam Intifadah kali ini menunjukkan kehebatan pejuang HAMAS walaupun ramai para pemimpin dan pejuang terkorban,mereka tetap terus unggul dan tetap bersemangat dalam melawan musuh .

Intifadah ini juga telah memberi ruang yang luas dan sokongan dari seluruh dunia dengan mempromosi melalui media elektonik dan dikenali sebagai eletronic Intifadah. . Ulama-ulama memberi sokongan terbuka kepada pejuang melalui amaliyyah istisyadiyyah, fatwa boikot, menyeru umat Islam sedunia menyertai misi pembebasan Palestin. Jalan raya di Negara Teluk dibanjiri dengan demontrasi isu Palestin. Tunjuk perasaan juga diadakan di bandar-bandar utama dunia. Pada Mac 2005 satu pertemuan telah diadakan di Beirut menemukan beberapa gerakan Islam dunia iaitu HAMAS , Hezbullah , Jamaat Islami Pakistan dengan beberapa pegawai CIA dalam usaha Barat yang cuba bersikap neutral dan melobi supaya pihak EU mengiktiraf HAMAS.(Maszlee Malik 2006: 75-79)

Dalam Utusan Malaysia pada 5 Februari 2005 pemimpin HAMAS, Khaled Masaal mengutuk kerja- kerja penggalian dekat Masjid al-Aqsa, beliau mahu Israel belajar daripada peristiwa yang mencetuskan intifadah 2000. Israel sudah pasti sedar padah yang bakal menimpa jika mereka mencabuli kesucian al-Aqsa.(Reuter) Pihak Zionis sibuk membina terowong, melancarkan kempen pembersihan etnik dan merancang untuk menjadikan tingkat tingkat bawah Masjid al-Aqsa sebagai pusat pelancongan . Hal ini menimbulkan kemarahan umat Islam . Keadaan ini telah mengundang Bridge Abu Risyh , Bridge al-Aqsa , dan Katibah al-Mujahidin membalas tindakan melampau Israel dengan serangan yang tidak dibayangkan.( Azlinariah Abdullah 10)

5.3. HAMAS melibatkan diri dalam poltik

Pendekatan yang dilakukan oleh HAMAS dalam usaha membebaskan bumi Palestin dari cengkaman zionis ini dengan melibatkan diri dalam politik demokrasi dalam perjuangan mereka. Palestin bermula dari pilihanraya kecil di universiti hinggalah ke peringkat yang lebih besar.Pilihanraya adalah wadah yang penting untuk mengembalikan tanah air mereka dan perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan.(Maszlee Malik168)Ada juga HAMAS tidak melibatkan diri dalam pilihanraya . HAMAS tidak menerima politik yang dibawa oleh PLO (Organisasi Pembebasan Palestin) semasa menmbangunkan Negara Palestin pada 1988. Di bawah akan membincangkan berkaitan perkara tersebut:

i. Pilihanraya pelajar dan kesatuan sekerja

HAMAS telah meletakkan calon – calon mereka di peringkat universiti. HAMAS telah mendapat sokongan massa yang luas. Semasa pilihanraya tersebut perwakilan pelajar HAMAS sering memenangi 1/3 undi popular hingga ½ undi dalam pilihanraya pelajar di Universiti Najah , Universiti Gaza , Universiti Khalil , Universiti Birzit dan Universiti al-Quds. Mereka juga mendapat sokongan melalui Kesatuan Sekerja seperti Persatuan Jurutera, Kedoktoran , Farmasi , Guru dan Dewan Perniagaan. (Prof. Madya Dr. Mohsen M. Saleh 2001:84)

ii. Pilihanraya Majlis Perbandaran

Majlis Perbandaran atau dikenali Baladiyat. Pilihanraya diadakan di seluruh Gaza dan Tebing Barat. Pilihanraya ini melalui beberapa pusingan dan dianggap unik di dunia kerana mengambil masa lebih kurang setahun. Moto utama mereka menghapuskan penyelewengan dalam PA . Sebenarnya ia dirancang kemenangan adalah pada Fatah. Keputusan ini memeranjatkan pada pusingan pertama yang berakhir pada 27 Januari 2005 kerana 9 daerah yang mengundi 7 daripadanya memihak kepada HAMAS. Banyak kubu-kubu Fatah dapat ditembusi oleh HAMAS seperti Bayt Hanun, Der Balah , Zuwaiyah dan sebagainya. Kebersihan Pilihanraya tersebut masih diragukan. HAMAS tidak mahu menguasai PA tetapi mereka hanya mahu memperbaiki pos-pos yang banyak melakukan penyelewengan .(Maszlee Malik 2006: 88-109)

iii. Pilihanraya Majlis Legaslatif Pihak Berkuasa Palestin(PA)

HAMAS mendaftarkan diri dalam pilihanraya 2006 dengan nama al-Islah wa al-Taghyir. Pada pilihanraya tersebut seluruh mengejutkan dunia dengan kemenangan pada gerakan Islam yang dibawa oleh HAMAS untuk menuntut kemerdekaan negaranya. Kemenangan itu menjadi majoriti rakyat memberi kepercayaan kepada HAMAS untuk mengemudi kepimpinan PA sekaligus menerajui rakyat Palestin. HAMAS mendapat 74 kerusi daripada 132 kerusi yang dipertandingkan dengan mencapai 60.5% kerusi. Fatah hanya meraih 43 kerusi manakala 13 lagi dikuasai oleh parti-parti lain. Dengan kemenangan tersebut Abbas telah memberi mandat kepada HAMAS untuk membentuk kerajaan sendiri.

Kemenangan majoriti HAMAS adalah diluar jangkaan penganalisis politik. Pilihanraya ini adalah pilihanraya yang paling bersih dilakukan di rantau Arab. Agenda HAMAS dalam pilihanraya tersebut adalah untuk menghapuskan rasuah, korupsi, salah guna kuasa dan penyelewengan. Rakyat telah muak dengan kecurangan yang dilakukan oleh Fatah. Ini telah membuka mata dunia bahawa rakyat mahukan suatu kerajaan yang dapat membebaskan mereka dari rejim Zionis. Setelah kemenangan besar pada HAMAS menyebabkan Amerika dan Israel mengenakan sekatan perdagangan dan ekonomi kepada Pihak Berkuasa Palestin(PA) yang baru. (Maszlee Malik 108-120)

iv. HAMAS tidak turut serta dalam Pilihanraya

Semasa pemilihan Presiden PA, HAMAS tidak melibatkan diri iaitu pada 9 Januari 2005. HAMAS memboikot pilihanraya tersebut dan mereka tidak memaksa ataupun merayu rakyat agar tidak mengundi tetapi keengganan lebih 66% tidak keluar mengundi secara sukarela. Akhirnya Mahmoud Abbas menjadi Presiden PA bagi 25% sahaja daripada rakyat Palestin yang layak mengundi. HAMAS tidak menyertai pilihanraya 1996 kerana pada waktu itu pilihanraya tersebut di bawah naungan Oslo 1993 dan seliaan rejim Zionis.

5.4.Menjalan aktiviti sosial dan kebajikan

Gerakan HAMAS memberi bantuan dan untuk klinik – klinik pengubatan dan dasar pendidikan. Mereka menghormati anak-anak yatim dengan menyumbangkan makanan hibah dan menawarkan bantuan secara cash kepada mereka yang memerlukan bukan hanya kepada keluarga yang syahid bahkan kepada mereka yang menderita akibat serangan Zionis. Apabila Zionis memusnahkan rumah-rumah warga Palestin sebagai cara untuk menyiksa mereka yang mendukung perjuangan HAMAS, mereka tidak mendiamkan diri sebaliknya akan memberi dana permukiman cash yang melebihi nilai sebenar rumah mereka yang hancur itu.(Mark Juergensmeyer 114)

Dana yang diberikan digunakan sebaik mungkin bagi usaha-usaha kebajikan, sosial dan pendidikan, kelab sukan, masjid, klinik kesihatan dan pembiayaan sekolah.(wikipedia encyclopedia)Bukan mereka menggunakan wang yang diberikan untuk kepentingan diri mereka tetapi adalah untuk kebajikan rakyat Palestin. Berbeza dengan Fatah yang lebih mementingkan kekayaan dan kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan kesusahan yang dialami oleh rakyat Palestin dan memang mereka dikenali sebagai golongan yang pecah amanah. Walaupun HAMAS tidak mengharap bantuan ekonomi dari EU dan AS. Mereka mampu memberi pertolongan kepada rakyat melalui sokongan dan dorongan dari negara-negara Arab dan negara Islam yang lain.

Tiada siapa dapat menafikan usaha kebajikan yang dilakukan HAMAS bagi membantu pelarian Palestin di Gaza dan di Tebing Barat. Ketelusan mereka dalam menyalurkan bantuan ke kem-kem pelarian dan di lain-lain tempat tidak diragui . Kaganasan rejim merobohkan rumah-rumah Palestin sekolah- sekolah , tempat – tempat umum menjadikan HAMAS harapan terakhir sebagai tempat mengadu. Beberapa jurnalis telah meninjau dan mengakui bahawa rakyat Palestin tidak berasa risau soal kebajikan kerana mereka yakin HAMAS akan membantu mereka.HAMAS juga dikenali sebagai kumpulan yang amanah, jujur, baik dan professional dalam menjalankan tugas . ( Maszlee Malik ,67,77,107,153)

5.5.Menawarkan Hudna dengan Israel dan mengadakan rundingan dengan fraksi- fraksi lain.

HAMAS telah menawarkan Hudna kepada Israel untuk menyelesaikan masalah ini. sebagai proses damai. HAMAS sanggup melakukan rundingan dan perbincangan dengan musuh asalkan hak rakyat Palestin tetap terjamin dan menerima genjatan senjata dalam masa yang panjang. HAMAS telah meletakkan syarat – syarat tersendiri iaitu rejim Zionis perlu berundur dari sempadan 1967 secara keseluruhan termasuk dari Baitul Maqdis dan Khalil(Hebron).Rejim Zionis hendaklah melucutkan senjata seperti HAMAS. Sesiapa yang mengkhianati akan menerima padahnya..Orang awam tidak dijadikan sasaran oleh kedua-dua pihak dalam pertempuran. PBB perlu meletakkan Gaza dan Tebing Barat di bawah jagaan HAMAS daripada sebarang tindakan ganas rejim Zonis.

Setelah HAMAS mengemukakan Hudna, media antarabangsa, Israel dan AS tidak menghiraukannya. (Maszlee Malik 159,170)Fatah juga pernah mencanangkan dengan proses rundingan damai dengan Israel melalui PLO dan PA iaitu Perjanjian Madrid 1991(Nusse A. 1998: 129) , Oslo 1993 , Road Map (Maszlee Malik 2006:170) Syarm Syeikh 2005, tetapi HAMAS menolak perjanjian-perjanjian damai tersebut kerana ianya tidak menguntungkan rakyat Palestin sebaliknya memberi keuntungan kepada musuh. (Maszlee Malik 2006:114). Pada Mac 2005, HAMAS juga pernah mengisytiharkan tahdiah iaitu tempoh bertenang. Mereka sedia membuat rundingan damai untuk kesejahteraan rakyatnya tetapi sama sekali tidak akan menggadaikan tanahnya kepada Israel.

HAMAS telah mengadakan rundingan dengan Fatah dalam menangani pertempuran antara Fatah dan HAMAS. Maka terhasillah Pengiytiharaan Mekah. Dalam permuafakatan di depan kaabah itu akhirnya mereka bersetuju menubuhkan kerajaan perpaduan (kerajaan campuran) kebangsaan Palestin. Dalam pertemuan tersebut disepakati Hamas memegang jawatan sembilan menteri, Fatah enam menteri, lima menteri dari pihak bebas dan empat kerusi lagi dari fraksi lain dan tujuannya menghentikan pertentangan antara sesama rakyat Palestin dan menghindari pertumpahan darah. (palestinkini.info) kerana persengketaan selama dua bulan itu menyebabkan 200 rakyat mereka terbunuh akibat perselisihan politik . Mahmoud menggesa HAMAS agar Haneyyah menghormati perjanjian – perjanjian yang ditandatangani oleh PLO yang tidak pernah HAMAS menyertainya secara rasmi dan menetapkan Haneyyah sebagai ketua kerajaan Palestin. (Utusan10/2/07).

v.Memberi kesedaran melalui media massa mengenai isu Palestin, kempen barangan boikot.

HAMAS menjadikan media massa untuk menyebarkan isu Palestin kepada umat sedunia agar setiap umat Islam menyedari penderitaan yang mereka hadapi melalui televisyen, internet, email, surat khabar, majalah dan sebagainya dalam usaha mendedahkan prejudis Zionis dan meraih sokongan mengenai isu Palestin, kempen barangan boikot dan sebagainya. Kesan daripadanya berjuta orang telah mengubah cara hidup dari segi makanan ,minuman, pakaian, kenderaan hiburan dan lain-lain. Penurunan nisbah 80% secara mendadak makanan segera KFC, Mc Donalds di Arab Saudi, minuman pepsi cola dengan nisbah 46% di Mesir. Mereka telah mengalih perhatian kepada barangan, makanan, minuman tempatan. (Prof. Madya Dr. Mohsen M. Saleh 2001: 84)

HAMAS dapat menghasilkan laman web untuk kanak-kanak yang dinamakan al-Fateh.Majalah web ini yang bermaksud’penakluk’ itu dengan slogan ‘kanak-kanak adalah pembina generasi akan datang’. Ia dikenali untuk membuat satu tuntutan mengembalikan isu mengembalikan Bandar Spanyol iaitu Seville yang dikatakan syurga yang hilang di Andalus sebagai satu bahagian hak orang Islam yang wujud di antara tahun 711 dan 1492. Beberapa penganalisa Barat mengulas bahawa web site ini menghasut dan mendakwa ia mengajar fahaman teroris dan kekejaman kepada kanak-kanak contohnya isu yang ke 38 menunjukkan gambar seorang wanita yang melakukan bom berani mati. Keterangan ini menunjukkan bahawa Zainab Abu Salam telah melakukan serangan bom berani mati. Kepalanya, beberapa cebisan badan yang masih kekal dan tudungnya menghiasi mukanya. Abu Salem telah membunuh dua polis sempadan dam mencederakan 17 orang. Web site ini mungkin mengejutkan sesiapa yang menontonnya kerana mengandungi imej yang kejam.(wikipedia)

Hakikatnya web ini untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada kanak-kanak tentang semangat perjuangan Islam yang sebenarnya bukannya seperti yang diwar-war oleh Barat yang sememangnya membencikan Islam. Jika dilihat laman web Barat, hakikatnya lebih ganas dan kejam serta banyak unsur-unsur memburukkan Islam. Barat sebenarnya takut sekiranya kanak-kanak Islam ini bangkit pada masa akan datang melawan mereka dan mereka tidak mampu lagi memperkudakan umat Islam.

Pada 2005, tiga bulan sebelum Pilihanraya Majlis Legaslatif Pihak Berkuasa Palestin(PA), HAMAS telah mengumumkan cadangan mereka melancarkan siaran TV percubaan “al-Aqsa”. Stesyen ini telah dilancarkan pada 7 Januari 2006 . Ia juga dimasukkan rancangan untuk tontonan kanak. (wikipedia)

Melalui pendekatan yang dilakukan banyak memberi impak positif dalam perjuangan HAMAS kerana rakyat memang memerlukan kepada HAMAS dalam membantu mereka disebabkan kezaliman, kekejaman, kerosakan yang dilakukan oleh rejim Zionis kepada mereka. HAMAS digeruni oleh pihak lawan dan disegani oleh rakyat di bawah pemerintahannya. Mereka sanggup bersusah payah bersama rakyat bukan hanya untuk kesenangan diri mereka semata-mata.

6.0 PENUTUP

HAMAS mewakili umat Islam seluruh dunia di Palestin untuk membebaskan Bumi Palestin di tanah air mereka sendiri dari cengkaman Zionis laknatullah yang sentiasa mencari jalan untuk menguasainya. Justeru seluruh umat Islam perlulah memberi sokongan,dorongan dari segi spiritual dan material kepada mereka.Umat Islam mestilah bersatu padu tanpa mengira apa jua parti, fahaman, bangsa dan perlulah mengambil berat dan sensitif dengan isu Palestin ini jangan hanya menuding jari tanpa berusaha untuk mengembalikan al-Quds ke tangan umat Islam kerana al-Quds bukan hanya untuk rakyat Palestin sahaja tetapi ia adalah hak umat Islam di seluruh dunia dan semua pihak wajib mempertahankannya. Umat Islam perlu menyedari bahawa sahabat seakidah dalam kesusahan memperjuangkan tanah air mereka, bandar suci ketiga, bumi Isra’ dan micraj dan bumi para anbia’ daripada dijajah dan dirampas oleh Zionis.

Oleh itu hulurlah bantuan kepada sahabat-sahabat seperjuangan kita melalui infaq fi sabilillah, jihad ekonomi dengan memboikot barangan yahudi dan AS, tidak melupakan mereka dalam doa-doa seluruh umat Islam agar mereka mencapai kemenangan dalam perjuangan. Kemenangan HAMAS adalah kemenangan buat Islam. Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “wahai orang-orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu kamu dari azab seksa yang tidak terperi.iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu,yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (Al-Qu’ran , al-Soff 61, 10-11) .

No comments: