Monday, May 26, 2008

TOKOH ISLAM

Pengalamanku bersama Syeikh Ahmad Yassin di dalam penjara
Posted on Tuesday, March 22 @ 14:30:24 MYT by admin



Anonymous writes "Oleh : Saamir Khuwairah (wartawan www.islam-online.net) yang telah menemuramah Ir. Farid Ziadah yang pernah mendiami sel penjara bersama as-syahid Syeikh Ahmad Yassin.

Ketika pihak rejim Zionis Israel memberikan peluang kepada tahanan HAMAS di penjara pusat Nablus untuk ditukarkan ke Kufr Yuna pada tahun 1994, Farid Ziadah , salah seorang aktivis HAMAS yang dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis tidak melepaskan peluang tersebut. Ini kerana itulah sahaja peluangnya untuk bertemu dengan seorang individu yang hebat yang sentiasa beliau impikan untuk bertemu dengan individu tersebut.

Ketika beliau ditemui untuk di wawancara di rumahnya di sebuah kampung yang bernama Madama di Selatan Nablus, beliau telah mengimbas kembali kenangannya bersama Syeikh Ahmad Yassin di penjara Kufr Yuna yang tidak dapat dilupakannya. Beliau telah menceritakan bagaimana sepanjang tempoh beliau bersama dengan Syeikh Yassin di dalam satu sel untuk berkhidmat kepada pejuang agung tersebut dan amat berbangga dengan tempoh yang beliau habiskan untuk khidmat tersebut.

Ziadah menceritakan: Ianya semua bermula apabila para tahanan HAMAS diberikan peluang untuk berpindah ke penjara Kufr Yuna di mana Syeikh Yassin tinggal. Saya tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu lebih dekat dengan Syeikh Yassin yang merupakan satu gambaran kepada mukjizat keimanan di zaman ini.

Ziadah menambah lagi : Bukan hanya saya seorang sahaja yang berusaha untuk bertemu dengan Syeikh Yassin , malah ramai lagi yang terdiri daripada penyokong-penyokong dan murid- murid Syeikh turut meminta untuk bersama dengannya. Keadaan ini telah memaksa anggota- anggota HAMAS di penjara pusat Nablus untuk melakukan undi bagi memilih siapa yang layak untuk dipindahkan ke Kufr Yuna demi memberikan khidmat kepada Syeikh Yassin yang amat mereka sayangi. Ditakdirkan oleh Allah, Ziadah telah terpilih untuk tugas yang mulia tersebut.

Program seharian Syeikh Ahmad Yassin di penjara
Ziadah telah menceritakan hari-hari yang dipenuhi dengan kasih sayang, kerinduan, keimanan yang dilalui olehnya bersama dengan Syeikh Yassin dan juga keperitan yang dialaminya ketika berpisah dengan Syeikh tersebut, walaupun perpisahan tersebut adalah untuk pembebasannya dari penjara. Jika anda ingin memperkatakan tentang Syeikh Yassin, anda akan memperkatakan tentang program -program hidupnya yang padat, dan seolah-olah tubuhnya yang lemah itu bukanlah bekas untuk menampung ruh dan jiwanya yang besar dan aktif tersebut.

Beliau mengatakan : Beliau sentiasa bangun pada pukul 3 pagi untuk bertahajjud, membaca al-Quran sementara menantikan solat Subuh

Al-Quran sentiasa menjadi teman karib Syeikh Ahmad Yassin

Waktu-waktu selepas solat Subuh beliau habiskan untuk bersama dengan tuhannya dengan membaca al-Quran. Waktu-waktu tersebut seolah- olah melupakan beliau terhadap kesempitan hidup beliau di penjara dan membuka keluasan rahmat Allah di hadapannya. Aktiviti tersebut berterusan sehinggalah pintu sel dibuka untuk para tahanan keluar untuk bertemu di antara satu dengan lain di dalam kawasan penjara.

Waktu tersebut digunakan oleh Syeikh untuk mengambil udara segar dan bertemu dengan para tahanan yang lain. Ziadah dan juga rakan- rakan yang lain memapah Syeikh yang ingin bersama dengan para tahanan lain yang melakukan riadah. Ia menunjukkan seolah-olah Syeikh tidak mahu menyerah dengan lumpuh yang dihadapinya, dan seolah-olah beliau ingin membuktikan kepada pegawai-pegawai penjara bahawa beliau tetap bertenaga dan tidak akan menyerah kalah.

Kami juga akan mengurut dan menggerak- gerakkan sendi-sendi Syeikh sebagai salah satu daripada rawatan terapi untuk tubuhnya yang lumpuh itu, dan kami bagai dapat merasakan darah yang mengalir itu terkandung di dalamnya semangat perjuangan yang tidak akan terpadam. Selepas itu kami akan masuk semula ke dalam sel, di mana Syeikh akan berwudhu dan bersolat dhuha, sambung beliau.

Perpustakaan yang intensif di dalam sel yang kecil

Selesai sahaja solat, Syeikh akan mengkhususkan waktunya untuk ilmu. Dia akan segera dibawa ke perpustakaan mininya yang intensif dengan pelbagai buku di dalam selnya yang kecil. Beliau tidak jemu menatapi helaian-helaian buku di perpustakaan tersebut demi menajamkan pemikirannya. Menurut Ziadah, beliau bukan hanya membaca, malah daya ingatannya yang kuat telah membolehkannya menghafal maklumat hatta isi kandungan buku-buku yang dibacanya. Beliau amat menggemari buku gal-Bidayah wa al-Nihayah(buku sejarah Islam) karangan Ibnu Kathir yang mengandungi 20 jilid. Beliau juga sering meminta pembantu-pembantunya untuk menguji ingatan dan hafalannya terhadap apa yang beliau dapat dari buku tersebut. Lebih menarik lagi, beliau ingatkan muka surat yang terkandung di dalamnya maklumat yang beliau telah baca.

Selesai aktiviti keilmuan, beliau akan bersolat Zohor bersama dengan pembantu- pembantunya, dan akan tidur selepas itu selama sejam, dan apabila beliau bangkit dari tidurnya beliau akan menghabiskan waktu menonton rancangan berita televisyen, mendengar radio dan juga mendengar nasyid-nasyid Islami. Beliau amat menggemari nasyid-nasyid Islami. Selepas aktiviti tersebut, Syeikh akan segera ke perpustakaannya kembali untuk membaca sehingga tiba waktu Asar. Selepas Asar beliau akan membaca al-Quran yang menjadi wirid hariannya. Selesai sahaja menghabiskan wirid-wirid tersebut, beliau aka n makan bersama pembantu-pembantunya. Mereka hanya makan makanan yang mereka masak sendiri sahaja dan bukan yang disediakan oleh pihak penjara. Selepas itu mereka keluar bersama untuk beriadah. Waktu riadah mereka diasingkan daripada waktu riadah banduan-banduan jenayah, agar mereka tidak bertemu dan tidak diganggu.

Syeikh akan kembali ke selnya untuk berwudhu dan mempersiapkan diri untuk solat Maghrib bersama dengan yang lain. Usai solat Maghrib mereka akan menunaikan solat sunat sambil menantikan waktu Isyak. Selesai solat Isyak, mereka akan bertadarrus dan menyemak hafalan al-Quran mereka bersama Syeikh.

Tidak untuk bermalas-malasan dan membuang masa

Syeikh tidak sukakan keadaan santai dan bermalas-malasan pada waktu malam. Beliau juga tidak suka berjaga sehingga lewat malam. Beliau juga amat sedikit meminum teh dan tidak langsung meminum kopi. Biasanya mereka akan berehat- rehat sahaja sebelum tidur.

Semangat Syeikh Ahmad Yassin membakar sehingga kini walaupun jasadnya hancur di mamah roket rejim Zionis

Beliau juga seorang yang amat mudah mesra dan suka bergurau, tetapi tidak berlebihan. Walaupun keluarganya tidak dapat menziarahinya selalu, namun beliau tidak pula merasakan kesedihan seperti kebanyakan banduan yang sentiasa merindukan ahli keluarga mereka.

Ziadah juga menceritakan bagaimana Syeikh menghidapi sakit perut dan telinganya dan sentiasa sabar menghadapinya. Telinganya juga tidak dapat mendengar dengan normal, malah para pembantunya sering memasangkan ear-phone untuk Syeikh mendengar televisyen.

Rakan penjaraku

Ziadah juga sempat menceritakan ketajaman pemikiran Syeikh Yassin dan juga keperibadiannya yang diwarnai dengan pelbagai warna politik, figur agamawan, figur intelek dan juga universalitinya. Ini semua membuatkan Syeikh mudah didampingi dan didekati oleh sesiapa sahaja.

Beliau sempat menceritakan perihal gelas kecil milik Syeikh Ahmad Yassin yang kelihatan agak lama digunakan olehnya. Bila beliau menawarkan untuk menggantikannya dengan yang baru, Syeikh segera menolak dan mengatakan gelas itulah temannya di penjara semenjak dahulu lagi. Syeikh juga mengatakan saiz gelas itu sesuai untuknya menyukat bilangan air yang diminumnya seharian. Apabila dibalas oleh Ziadah bahawa beliau akan menggantikanya dengan gelas yang baru yang sama saiz dengannya Syeikh segera menjawab : gApalah untungnya menggantikan sesuatu yang lama dengan yang baru jika yang lama masih lagi elok

Perpisahan yang memeritkan

Ketika Ziadah menceritakan saat perpisahan beliau dengan Syeikh, beliau tidak dapat mengawal emosinya, dan air matanya bagaikan empangan yang pecah tanpa dapat dihalang alirannya. Kata beliau , Ketika pengurusan penjara memberitahu bahawa saya akan dibebaskan setelah selesai menjalani dua pertiga dari tempoh tahanan saya, saya langsung tidak berminat untuk keluar sepertimana halnya banduan-banduan yang lain. Saya merasakan keberadaan bersama Syeikh Yassin di dalam penjara lebih berharga buat diri saya, namun Syeikh memberikan semangat kepada saya untuk keluar dari penjara. Akhirnya saya akur dan menurut perintah Syeikh lantas keluar meninggalkan penjara tersebut.

Saat pengumuman pembebasannya oleh pihak mahkamah yang sepatutnya diserikan dengan perasaan kegembiraan bertukar kepada tangisan kesedihan kerana tidak sanggup menghadapi saat perpisahan dengan Syeikh Ahmad Yassin.

Seminggu sebelum tarikh pembebasannya dia berazam untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu dari Syeikh, namun semuanya berkecai apabila dia diperintahkan untuk dibebaskan dengan segera. Beliau walaubagaimanapun enggan meninggalkan Syeikh selagi pihak penjara tidak menghantar pembantu baru untuk Syeikh. Apabila seorang pembantu baru yang didatangkan dari penjara lain dihantar kepada Syeikh Yassin, barulah dia dapat meninggalkan Syeikh tersebut.

Saat perpisahan yang dilaluinya amat sedih dan pilu dan tidak mungkin beliau melupakannya. Dia masih terbayangkan bagaimana Syeikh Ahmad Yassin telah menyuruhnya pergi selepas beliau memeluk Syeikh dan tenggelam di dalam tangisannya. Susuk tubuh Syeikh melambaikan tangannya di lapang riadah masih terbayang di dalam kotak pemikirannya sehingga kini. Perpisahan kali pertama itu tidak akan dapat dilupakan sepertimana dia tidak melupakan perpisahan kali kedua apabila tubuh Syeikh Ahmad Yassin hancur dimamah roket tentera Israel.

Syeikh yang kuat berpuasa

Bukan hanya Ziadah seorang sahaja yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin. Sameeh Alawi, seorang anggota HAMAS dari Nablus juga pernah berkhidmat untuk Syeikh di dalam penjara selama 100 hari. Hari-hari bersama Syeikh Ahmad Yassin adalah saat-saat yang paling indah dalam hidupnya, walaupun sepanjang 100 hari tersebut mereka ditempatkan di dalam sel yang amat kecil yang tiada cahaya matahari dapat menerobos masuk ke dalamnya.

Sameeh ketika menceritakan perihal Syeikh Ahmad Yassin telah mengatakan : Syeikh akan bangun pagi dua jam sebelum solat Subuh untuk menunaikan Qiyamullail. Di siang harinya pula beliau amat rajin berpuasa. Beliau tidak ketinggalan berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Beliau juga banyak menghabiskan waktunya untuk membaca al-Quran, dan mendengarnya bersama dengan para pemuda di penjara. Syeikh membaca 3 juzuk dalam sehari dan mendengar bacaan al-Quran sejuzuk sehari. Syeikh amat gemar membaca buku al-Bidayah wa al-Nihayah, mendengar berita dan juga menonton rancangan-rancangan agama di T.V.

Menurut Alawi lagi : Para pemuda di penjara berlumba-lumba untuk berkhidmat kepada Syeikh. Mereka juga gemar mendengar kata-kata dan juga nasihat-nasihat Syeikh. Walaupun beliau tidak banyak bercakap, namun kata-katanya yang sedikit itu penuh dengan hikmah dan pengajaran.

Antara mereka yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau di dalam penjara ialah Syeikh Diyaf al-Samur dari Ramallah, di mana Syeikh telah menulis surat kepadanya dengan menggunakan tulisan tangannya sendiri dengan penuh kepayahan. Ini kerana Syeikh amat sayangkan beliau. Antara yang lain juga ialah Syeikh Naaji Sinqrit dari Khalil (Hebron), Syeikh Sameeh Zainuddin, seorang akauntan dari Bait Lid berdekatan dengan bandar Netanya, Syeikh Nidhal Abu Saadah dari Bait Dujan, dan juga Ir. Farid Ziadah dari Madama.

Hatta pegawai penjara pun sukakan Syeikh Yassin

Syeikh bukan hanya disukai oleh para pemuda muslim yang bersama dengannya, yang lebih menarik lagi, para pegawai penjara Israel yang berketurunan Yahudi pun ada yang mengkagumi dan menyukai beliau. Antaranya ialah salah seorang pegawai penjara yang merahsiakan namanya telah mengatakan : Saya tidak melihat apa-apa pun pada peribadi Syeikh Yassin yang menunjukkan beliau seorang pengganas.

Saya merasakan ketenangan dan juga berasa senang sekali jika dapat mengawalnya, hatta apabila berdiri berdekatan dengannya pun. Inilah yang mungkin dapat dirasakan oleh para pemuda yang telah berkhidmat kepadanya

Beliau menambah : Saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau (Syeikh) di dalam penjara ketika beliau bersama rakan-rakanya. Dan saya dapat merasakan bahawa HAMAS akan mengamuk jika Syeikh ini diapa-apakan oleh sesiapa pun. Beliau adalah bapa spiritual kepada HAMAS!. (Kenyataan ini telah dinyatakan oleh pegawai berkenaan di dalam sebuah rancangan Talk Show di salah sebuah rangkaian Televisyen Israel pada malam Sabtu 3 / 4 / 2003).

Note: sumber : maszlee malek"
Raed Shalah: Gerakan Internasional Membela Al-Aqsha Segera Launching

Infopalestina - Al-Quds: Syaikh Raed Shalah, ketua Gerakan Islam di tanah Palestina jajahan Israel tahun 1948 menegaskan, sebuah mobilisasi internasional untuk membela masjid suci Al-Aqsha akan segera digagas.
Dalam kasus tindakan melecehkan masjid Al-Aqsha ini, menurut Raed, tindakan Israel harus diajukan ke pengadilan internasional karena merupakan sebuah kejahatan. Raed yang melakukan aksi penentangan terhadap ulah Israel di wilayah lembah Al-Jooz di kota Al-Quds ini menambahkan, upaya mengeluarkan aksi para pengunjuk rasa yang menentang penggalian gerbang Al-Magharibah dari masalah hukum mengandung pesan yang mengancam Gerakan Islam. Upaya Israel ini akan gagal.
Pernyataan Raed ini disampaikan ketika ada kunjungan delegasi tokoh-tokoh Islam dan Kristen dunia di Al-Quds. Raed mengisyaratkan, upaya Israel ini bertujuan mengalihkan perhatian public dari kejahatan mereka terhadap masjid Al-Aqsha.
Ia juga menyatakan, kejahatan Israel ini masih terus berlanjut. Sebagai masjid Al-Aqsha sudah dihancurkan dan kontener Israel mengakut puing-puing sebagian bangunan yang sudah diruntuhkan. Raed meminta kepada media Arab yang merupakan suara Islam dan bangsa Arab sendiri serta Palestina agar kasus yang menimpa masjid Al-Aqsha menjadi headline mereka dalam setiap pemberitaan juga dalam setiap program tayangan.
Raed Shalah menyatakan, yang menyedihkan kejahatan Israel ini justru oleh media Arab, Islam dan Palestina tidak menjadi perhatian utama bahkan tidak ada.
Raed menegaskan tekadnya, bahwa pembelaan terhadap masjid Al-Aqsha akan terus berlanjut dan kini sedang disiapkan mobilisasi dan gerakan internasional untuk membela masjid Al-Aqsha. (atb) Berita lainnya:
2/26/2007 11:15:58 PM
39 Bocah Palestina Dibunuh Dalam 4 Bulan Terakhir

2/26/2007 10:55:16 AM
Penggalian di Al-Aqsha Masih Berlanjut

2/25/2007 5:50:10 PM
Hasil Polling : Mayoritas Responden Dukung Haneya jadi Presiden

2/25/2007 5:05:44 PM
Israel Gelar Operasi Militer di Nablus

2/25/2007 4:05:44 PM
Presiden Sudan Dukung Penuh Deklarasi Makkah

2/25/2007 3:05:44 PM
Barhoum : Misy'al Kunjungi Eropa Untuk Meraih Dukungan Terhadap Pemerintahan Persatuan Nasional

2/24/2007 7:29:17 PM
Komandan al Qassam Khan Yunis Dibunuh Orang-orang Bersenjata

2/24/2007 11:34:27 AM
Misy’al Minta Masyarakat Intenasional Cabut Embargo dan Arab Lindungi Kesepakatan Makkah


GAZA, 20/4/2004 ? Kalimat terakhir yang diucapkan Rantisi sebelum gugur syahid di Gaza mencerminkan ketinggian jiwa perjuangan seorang doktor pakar kanak-kanak ini. Inilah kenangan terakhir bersama Asy Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi.



Sebelum beliau gugur ia mengatakan,"Saya katakan kepada kalian agar kalian tenang, seandainya Rantisi, Az Zahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Sayyam, dan semuanya gugur syahid, demi Allah, kami akan bertambah gemilang dan semakin mencintai jalan ini. Tangan-tangan kita yang menggenggam senapang di dunia insyallah Allah roh-roh kita akan berpelukan di sisi Allah.Untuk itu, biarkanlah Sharon dan kaum konspirator menggantung harapannya di sini, dan kami akan meneruskan perjuangan ini. Jalan kami sukar dan berliku. Namun, inilah satu-satunya jalan yang menyampaikan kami kepada cita-cita kami. Demi perjuangan ini, mutlak tak ada kelemahan, menyerah, dan menghinakan diri."

Dengan kalimat perpisahan Rantisi kepada dunia fana yang semakin tua ini, Ia menyambut mati syahid dengan dada lapang. Beliau tidak bersembunyi dengan posisinya sebagai pemimpin Hamas, pengganti Syeikh As Syahid Ahmad Yasin. As-Syahid menyatakan,"Bukan menjadi rahsia Syeikh Yasin adalah pemimpin Hamas. Pengumuman nama saya juga bukan hal baru. Ini kerana sejak awal Israel memburu saya dan semua pemimpin Hamas. Kemudian, Hamas memerlukan identiti jelas; kepemimpinan yang boleh dijangkau oleh semua pihak, baik pemerintah, kumpulan-kumpulan perjuangan, ataupun orang biasa."

Semua pernyataan Rantisi sebelum syahid berkaitan dengan kesatuan nasional dan jihad. Ia mengatakan tentang pembalasan kematian Syeikh Yasin,"Kami tidak akan melupakan darah-darah kami yang tertumpah, kami yang dimaksudkan adalah Fatah dan sayap ketenteraanya, Jihad Islam dan sayap ketenteraannya, Barisan Rakyat, Barisan Demokrasi, Hamas dan semua sayap ketenteraannya."

Rantisi adalah tokoh karismatik yang dikagumi banyak pihak. Ia dibunuh Israel di Gaza kurang dari sebulan setelah pembunuhan Syeikh Yasin oleh Israel.

Pada bulan Jun tahun lepas beliau terselamat dari percubaan pembunuhan yang dilancarkan oleh Israel. Setelah Syeikh Yasin berjaya dibunuh di luar sebuah masjid di Gaza pada 22 Mac 2004, sasaran Israel menghala kepada sosok tegap dan tegas ini.

Sumber Israel menyebutkan, empat pesawat penggempur Israel berlegar-legar di ruang udara Gaza untuk mencari Rantisi sebelum akhirnya tempat beliau diketahui dan dibunuh, Sabtu lepas.

Peribadi Ar-Rantisi
Rantisi (56 tahun) sebenarnya adalah doktor pakar kanak-kanak yang menimba ilmu di Mesir, seorang pemimpin politik Hamas dan tidak berkaitan dengan sayap ketenteraan gerakan ini. Ini tentu tidak boleh diterima Israel. Bagi penjajah yang sudah mencengkamkan kukunya di Palestin selama lebih dari setengah abad ini, tidak ada bezanya antara sayap politik dan sayap ketenteraan Hamas. Bahkan Israel menuduhnya sebagai ahli perancang yang membuat keputusan serangan bom syahid. Selepas syahidnya Syeikh Yasin, ia berkata kepada para pendokongnya, Hamas di dalam Palestin akan memerangi Israel hingga Palestin merdeka.

Rantisi adalah tokoh peribadi yang islamik dan komitmen. Memiliki enam cahaya mata dan terkenal dengan sifat meghentikan pertemuan buat sementara demi untuk menunaikan solat pada waktunya. Loghat Inggerisnya yang fasih, menyebabkan as-syahid digemari oleh ramai wartawan dari pelbagai media. CNN dan TV Inggeris pun pernah melakukan wawancara dengannya.

Sikapnya yang tegas membuatkan banyak pemuda Palestin mengaguminya dan semakin lekat dengan Hamas serta semakin kukuh memperjuangkan perjuangan penentangan sama ada di Tebing Barat atau Genting Gaza.

Kelahiran
Rantisi dilahirkan di desa Yabna, berdekatan kota yang sekarang dikenali dengan Asqolan di Israel. Ketika masih lagi menyusui ibunya, as-syahid berpindah bersama keluarganya ke Genting Gaza berserta ribuan warga Palestin yang diusir pada tahun 1948 ketika Israel didirikan. Rantisi membesar di perkhemahan pelarian Khan Yunis dan menimba ilmu di Mesir. Ketika kembali ke Gaza ia terlibat menubuhkan Hamas pada tahun 1987. As-Syahid pernah keluar masuk penjara Israel berkali-kali semenjak tercetusnya Intifadhoh pada tahun 1987.

Rantisi adalah salah seorang dari 415 tokoh yang terlibat dengan gerakan Hamas dan Jihad Islam yang pernah diusir ke Lubnan pada tahun 1992 setelah terjadi rangkaian serangan ke atas Israel. As-Syahid kembali ke Palestin setelah Israel mendapat tekanan antarabangsa. As-Syahid juga pernah dipenjara kerana menolak berdamai dengan Israel."






Tokoh quran

Nama penuh Sheikh Qari kita ini ialah Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid AL-`Afasy. Ia berasal daripada Kuwait. Sheikh Mashary ni ni muda lagi orangnya…Pernah saya tanya kepada beberapa sahabat saya…saya tanya…agak-agaknya berapakah umur Sheikh Mashary ni ia? Jawap salah sorang diantara mereka…dari suaranya…rasanya dah sampai peringkat 40-an, ada yang jawap 37-38 tahun…ada yang jawap 30-an…Umur Sheikh Mashary kita ni ialah 27 tahun, muda kan? Beliau jadi Imam jemputan di Masjid an-Nabawi ketika 24 atau 25 tahun…muda kan? Macam tak percaya jer…Sheikh kita ni dilahirkan pada hari Ahad 11 Ramadhan 1396H bersamaan 5 September 1976. Sheikh Mashary ni tampan orangnya, tegap…tebal janggutnya macam Sheikh as-Sudais…orangnya tak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah…manis senyumannya…hati jadi sejuk dan terpesona melihat ketampanannya… kulitnya tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah…tapi yang dapat dilihat ialah kulit wajahnya bersih, ada cahaya yang menyinar dari wajahnya…bila melihatnya maka akan merinduinya… suaranya merdu, akan terpesona bila mendengarnya ia berbicara…saya yang laki ni pun terasyik setelah melihatnya, apatah lagi seorang wanita yang sering mendengar dan menghayati bacaannya…mungkin juga ter-merindu orangnya…bagaimana orangnya…mesti terbayang bayang…tak banyakpun sikit…tak sikit mesti banyak…terbayang-bayang… alangkah bertuahnya jika suaraku sepertinya…cukuplah tu…kita sambung lagi, Sheikh Mashary kita ni sudahpun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Sheikh Mashary juga dipanggil dengan gelaran Abu Nuura. Ia merupakan lulusan daripada Universiti Islam Madinah an-Munawarah dalam Kuliyah al-Quran dan ad-Dirosat al-Islamiah. Sheikh Mashary ini juga pelajar dalam jurusan at-Takhasus (pengkhususan) Qiraat 10 dan Tafsir. Maka Sheikh Mashary kita ni bukan setakat hafiz al-Quran sahaja tetapi seorang yang Muqri kerana mempelajari 10 Qiraat. Bukan setakat hafiz, Muqri sahaja bahkan `alim dalam tafsir al-Quran pula… Sheikh Mashary ni bartalaqqi al-Quran sehingga mendapat ijazah iaitu sanad daripada Tok Sheikhnya dalam bacaan menurut riwayat ulama Qura Kufah iaitu Hafs bin Sulaiman ibnu al-Mughiroh al-asadi al-Kufi bagi bacaan `Asim bin Abi an-Najud al-Kufi at-Tabii yang mengambil bacaan daripada Abi Abdul Rahman Abdullah bin Habib as-Sullaimy yang mengambil bacaan daripada Ustman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Thabit dan Ubai bin Ka`ab yang mereka ini semuanya mengambil bacaan daripada Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, saya telah melihat ijazah sanad al-Muqri Mashary, dimana Sheikh Mashary menghafaz dan bertalaqqi al-Quran dari awal sehingga akhir dengan sempurna dengan bacaan tartil serta bertajwid mengikut riwayat Imam Hafs daripada Imam `Asim al-Kufi mengikut toriq, jalan atau kaedah bacaan Imam as-Syatibi al-andalusi. Ini merupakan bacaan secara ifrod (tunggal). Sheikh Mashari juga telah bertalaqqi Qiraat dengan bacaan jama`(7 Qiraat) mengikut toriq as-Syatibi. Bukan itu sahaja Sheikh Mashary juga telah bertalaqqi 10 Qiraat yang diantaranya seperti Qiraat Nafi`, Ibnu Katsir, Abu Amru, Ibnu `Amir, `Asim, Hamzah, al-Kisai, Abu Ja`afar, Ya`qup dan Kholaf al-`asyir(sepuluh) daripada Tok Sheikhnya. Dalam Qiraat 10 Sheikh Mashary bertalaqqi mengikut toriq as-Syatibi dan ad-Durrah (toriq Imam al-Jazari). Alhamdulillah saya telah melihat 2 ijazah Quran yang dimiliki oleh Sheikh Mashary ketika ini. Ijazah sanad Sheikh Mashary telah keluar pada hari Rabu 29 Mei 2002 bersamaan 1423 dan Ijazah kedua pada 18 February 2003. Sheikh Mashary juga hafaz matan as-Syatibi dan ad-Durrah. Alhamdulillah, saya telahpun mendengar bacaan kedua-dua matan tersebut oleh Sheikh Mashary.
Panjang kalau nak cerita semuanya….saya pendekkan ajelah yer. Guru Sheikh Mashari ni ramai, sebab Sheikh Mashari ni bukan hanya bertalaqqi kat Madinah atau Arab Saudi sahaja, bahkan ia juga bertalaqqi Quran di Mesir dan tempat asalnya di Kuwait. Antara guru-gurunya ialah Sheikh Ahmad Abdul Aziz az-Zayat, dengan Sheikh ni Sheikh Mashary bertalaqqi Quran mengikut Qiraat Imam Hafs daripada Imam `Asim mengikut toriq as-Syatibi. Antara lainnya ialah Sheikh Ibrahim Ali Shahata as-Samanudi, Sheikh Abdul Rafiq Ridwan, Sheikh Dr Ahmad Isa yang merupakan seorang ketua dan pakar rujuk al-Quran. Selain itu ia pernah bertalaqqi al-Quran di Mesir, Kuwait dan Arab Saudi. Bulan Ramadan al-Mubarak tahun ni, Sheikh Mashary menjadi Imam solat Tarawih di Masjid al-Kalib di Qortobah, Kuwait.
InsyaAllah kita bersambung pada ruangan akan datang.

Al-Faqir
Muhammad Syamsol Ustman as-Sa`adi
Ma`ahad Qiraat
12:17pm 18 Ramadan 1424H
mohdsyamsol@yahoo.co.uk



TAMADUN ISLAM

4. AL-IMAM MALIK

1. BIODATA;
• Malik Bin Anas Bin Malik
• Lahir 93H di Madinah
• Pengasas mazhab Maliki
• Keturunannya dihormati
• Meninggal dunia pada 179H ketika berusia 86 tahun

2. SIFAT PERIBADI;
• Akalnya cerdas (mampu hafaz al-Quran dalam usia muda)
• Pendiam dan tidak suka berbual kosong
• Berakhlak mulia, bersih dan suka memakai bauan harum
• Suka bergaul dengan masyarakat tanpa mengira darjat (walaupun kaya)
• Tidak suka mencela manusia
• Pemurah (selalu sedekahkan hartanya pada jalan Allah)
• Warak
• Tidak pernah menunggang haiwan di Madinah (kerana menghormati jasad Rasulullah)
• Tabah menghadapi cabaran ketika berdakwah (pernah diseksa kerana mengeluarkan fatwa yang tidak dipersetujui oleh khalifah)
• Sangat menghormati hadis :
- Kebanyakan ulamak hadis mengakui bahawa hadis imam malik adalah yang paling sahih
- Beliau akan mandi, memakai pakaian bersih, memakai bau-bauan dan memakai serban sekiranya persoalan yang ditimbulkan adalah berkaitan hadis
- Beliau menyatakan bahawa hadis adalah petunjuk dan penuluh kepada seluruh manusia



3. PENDIDIKAN;
• Hafaz al-Quran dan hadis sejak kecil
• Menuntut pelbagai ilmu di Madinah
• Belajar daripada 900 orang guru (semuanya ulamak tabiin)

4. SUMBANGAN;
• Ulamak ahli hadis yang dihormati
• Seorang mujtahid dengan mentafsir al-Quran dan hadis melalui pendapat sendiri yang amat disegani
• Menganalisis hadis untuk merumus hukum agama (hingga menghasilkan kitab al-Muattok)
• Kerap mangadakan majlis-majlis ilmu di masjid an-Nabawi bermula dari usianya yang muda
- Bersungguh-sunguh semasa menyampaikan ilmu
- Sering berjaga malam untuk mencari jawapan bagi masalah-masalah yang dikemukakan
- Majlisnya kerap dihadiri oleh guru-gurunya sendiri kerana kebolehannya menjadi seorang guru yang baik.
- Anak muridnya bukan dari kalangan masyarakat setempat sahaja malahan dari neger yang jauh
- Dari pengajarannya bermula pegangan mazhab Maliki

5. PENGHASILAN AL-MUATTOK;
• Menghafaz 100 000 hadis kemudian dianalisis dan hanya 10 000 hadis diterima
• Memadankan 10 000 hadis tadi dengan ayat-ayat al-Quran untuk menentukan kesahihannya
• Hanya 5000 yang diterima dan diakui sebagai hadis Rasulullah
• Hadis disusun mengikut urutan dan dibukukan dalam al-Muattok

6. HUKUM-HUKUM AGAMA YANG DIBUAT OLEH IMAM MALIK BERDASARKAN;
• Al-Quran
• Hadis
• Ijmak ulamak
• Kias
• Masalih mursalah

1 comment:

ARISTIONO NUGROHO said...

Assalamu'alaikum Wr.Wb.
Terimakasih informasinya.
Israel adalah salah bentuk kemaksiatan yang dihadiahkan Inggris kepada Umat Islam. Ketika Inggris mendorong berdirinya negara Israel di tanah Palestina.
Dua kemaksiatan Inggris lainnya adalah: Pertama, mendorong Kemal Ataturk untuk meruntuhkan Khilafah Islam di Turki pada tahun 1924. Kedua, mendorong Mirza Ghulam Ahmad menodai Islam dengan membentuk Ahmadiyah, dan mendirikan Khilafah Islam yang palsu (versi Ahmadiyah dan Inggris) yang bermarkas di London. Kisah ini mirip kepemimpinan Nasrani yang bermarkas di Vatikan (Italia)
Demikian yang dapat disampaikan. Mohon maaf bila ada kesalahan.
Wassalamu'alaikum Wr.Wb.
Untuk share silahkan klik "Sosiologi Dakwah" di http://sosiologidakwah.blogspot.com